Asam Garam Kehidupan: Jalan syaitan...?

Nuffnang

Pages

16 Jul 2014

Jalan syaitan...?

Jalan syaitan ni bertentangan dengan jalan Allah, jalannya tidak banyak rintangan, digemari manusia yang mengikut nafsu, ia dikelilingi dengan kenikmatan yang mengelabui mata manusia.

Antara jalan syaitan:

  1. Jalan tepi jurang-mereka yang ikut jalan ini adalah mereka yang tidak mengakui Allah sebagai Tuhan, mereka tidak diterima Allah kecuali setelah menukar aqidah. Ini adalah jalan orang bukan islam.
  2. Jalan simpang-siur- mereka mengamalkan islam kerana lahir dalam keluarga islam. Ibadahnya tidak menyeluruh, hanya ibadah yang asas sahaja. Dia mengatur hidup tanpa berpandukan syariat islam, sebaliknya menggunakan akal fikiran dan ideologi yang diyakininya. Ternyata dia gagal mengatasai masalah hidupnya, dia selalu menghadapi krisis dalam hidupnya.
  3. Jalan lurus di pangkal, bengkok di hujung-orang ini pula aqidahnya tepat, bahkan berusaha mengikut kehendak syariat, tetapi akhirnya tertipu oleh ibadahnya sendiri, rasa dah banyak melakukan ibadah, sehingga rasa selamat, timbul rasa riak,  ujub, hairan diri kerana dapat beribadah banyak. Mereka ini tidak selamat, kerana rasa hebat dengan ibadah yang dilakukan.
  4. Jalan bengkok dari awal- orang begini aqidahnya betul, cuma dia tidak mampu melaksankan perintah Allah, malah tidak berusaha menambahkan ilmu, jadilah ibadah yang dalam keadaan jahil.
  5. Jalan bengkok di awal, lurus di hujung- mereka ini adalah golongan yang ke-4 tadi, tetapi akhirnya dengan rahmat Allah dia akhirnya mendapat pimpinan dari Allah, mungkin dalam masa dia beribadah dia benar-benar ikhlas dan inilah yang mendapat penilaian di sisi Allah.
  6. Jalan bengkok lurus, bengkok lurus- orang begini sentiasa berusaha untuk melawan kehendak nafsu tetapi masih belum berjaya sepenuhnya. Tatkala dia bertaubat, dia benar-benar merasakan dirinya berdosa dan berjanji tidak mahu mengulanginya lagi. Tetapi bila berhadapan dengan maksiat, dia tidak kuat melawan kehendak nafsunya, akhirnya dia terdorong untuk mengulanginya.
  7. Jalan lurus, tapi orangnya berjalan tak lurus- Orang islam yang menempuh jalan lurus tetapi melakukan amalan secara tidak beraklak, samada dengan manusia ataupun dengan Allah, misalnya dalam masa berdakwah, dia lebih banyak mengutuk daripada mengisaflkan orang. Ini menyebabkan islam yang dibawanya dipandang serong dan akhirnya tidak menarik minat orang kepada islam.





6 comments:

  1. Bila baca tu kakak mula membandingkan diri kakak yg lemah ini Azie.
    Adakah itu semua dlm diri kakak ni? takutnya...

    ReplyDelete
  2. saya rasa saya macam ada kat jalan no 6 tu, kalah-menang, kalah-menang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita istiqamah dengan perubahan positif yang kita buat..

      Delete
    2. nak dapat istiqomah tu yang perit..

      Delete
  3. thanks for sharing kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada manfaatnya buat kita bersama utk muhasabah diri.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign