Asam Garam Kehidupan: Gulai masam.

Nuffnang

Pages

25 Nov 2019

Gulai masam.

Salam isnin. Salam cuti sekolah. Salam musim hujan, hihi...
Hari ni jom den nak share satu resepi yang sangat2 simple tapi, den jamin sodapppp.  Ni lauk kampung sangat2, even den pun dah lupo pasal lauk ni, teringat balik sebab terjumpa balik dengan kawan2 lama kampung dalam group wassp. Antara kawan2 tu ada sorang kawan yang sangat rapat masa sekolah rendah dulu, terpisah sekian lama, lost contact, tapi Alhamdulillah di zaman teknologi sekarang ni, yang jauh jadi dekat, yang hilang dapat dicari gitew. In shaa Allah den akan kisahkan pasal sahabat den ni di lain entri ye.

Ok, back to our resepi, bahan2nya.
Ubi kayu seketul.
Ubi keledek manis seketul.
Putik jagung 5 ketul.
Terung kampung 5 biji.
Ikan bilis (nak sedap taruklah banyak)
Cili api merah.( nak pedas taruklah ikut mana kemampuan anda menahan pedas )
Serbuk kunyit.
Asam keping.
Garam.
Sedikit serbuk perasa (kalo suka)

Semua bahan dipotong sewajarnya. Ikan bilis buang perut, jangan tumbuk, nanti just lebur  je dalam periuk, cili kenalah tumbuk. Dah siap semua bahan masukkan dalam periuk, masukkan air..ok..hidupkan kompor anda..hahaha..sejak bila aku jadi indon nih, ok..tutup periuk tu biar cepat empuk semua bahan.

Tadaaaaa...
Seyes sedakkkk wey..kalah tomyam. Ubi kayu dia, ya Allah dengan melekit2 isinya, keledek yang sweet2 tu bercampur2 dengan rasa2 masam...ya Allah...cubalah kome, tak rugi. Den jamin sedap. Den dah laaaaaama tak makan lauk ni, semalam den masak ni, berhirup2 kuahnya, nasi sikit je, tapi kenyang sampai ke petang sebab bantai sayur tu sorang2, ensuamiku cuma amik isi jagung dengan kuah,anak2 amik kuah je..hihii..ensuami ku itu tak pernah rasa lagi lauk ni, jadi tak kena lagilah kot dengan tekaknya, anak2 plak jenis tak suka sayur. Jadi semua tu..denlah tukang perabihnya. Sekian,hihi..

14 comments:

  1. kalau demam mmg mak selalu masak gulai masam nih..
    selalu masak gulai masam keladi..

    ReplyDelete
  2. Hihi, nohas org Pahang ke? Sbb org pahang je femes dgn gulai masam ni

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa or tengok kak. Tapi tetaplah nampak sodap ni. Kalau ubi kayu masak lemak tu biasa juga bagi org Berlin hihi...

    ReplyDelete
  4. Oh, org Berlin lagila kena cuba ni, tak cuba tak tau, hihi

    ReplyDelete
  5. Wahhhh tak pernah rasa ni.
    Mesti cuba 😋

    ReplyDelete
  6. NA..
    Kali ini ubi kayu kopek kulit tak?? 🤔🤔

    Saya suka lauk2.simple gini, sedap weyhhhhb..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Sedap wak, saya jaminn,wak kan byk tanam sayur kampung

      Delete
  8. Sedapnya, saya suka jenis kuah masam-masam macam ni. LEpas tu buh pulak toyu ( kicap) alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya oked, sedap lauk org kampung camni, sihat pun sihat sbb tak pakai minyak

      Delete
  9. akak nak save lah resepi Azi ni.Memang tak pernah makan atau jumpa org Johor masak mcm ni.Kalau masak bening ubi atau keledek pernah lah mkn masa budak2 dulu sebab itu je yg termampu mak akak masak selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, nnt tunjuk kt grup aweks ye bila dah masak, hihi

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign