Asam Garam Kehidupan: Masak daging korban.

Nuffnang

Pages

4 Sept 2017

Masak daging korban.

Kami jarang dapat daging korban. Dah banyak surau pakai sistem kupon, ada kupon dapatlah daging, no kupon no daging korban, tapi takpelah..biarlah orang yang lebih patut dapat yang dapat.

Tapi tahun ni rezeki daging korban lebih sikit. Adik ipar yang pergi Makkah ada buat korban, ada lagi mak budak taska tempat si kakak kerja sementara cuti sem pun bersedekah daging korban kat kami, Alhamdulillah..

So hari ni kita masaklah apa yang anak2 mintak nak makan, semua berasaskan daging. Nasi goreng daging, kari daging, sup tulang tu boleh digandingkan dengan mihun dan bubur. Haa..makanlah yea anak2, lepas ni ibu nak rehat sampai malam, ibu masak dah banyak tu, harap2 cukup sampai ke malam. Semua ada tu,  5 orang..si kakak dah nak habis cutinya balik kampus minggu depan, si abang cuti sampai rabu ni, lepas ni tinggallah 3 orang semula.
Sup tulang, Kari daging..memang kesukaan anak2.
Ikutlah nak lawankan dengan apa, nak makan nasi pun ada ibu dah masak, bubur tu sedap juga gandingkan dengan sup tu. Resepi mudah dan ringkas ni senang kerja ibu nak siapkan.

9 comments:

  1. Mmmm...sedap2 belaka masakan ticer. Senang buat macam ni, masak sekali gus, lepas tu boleh rehat.

    ReplyDelete
  2. Untuk seminggu ni rasanya makan daging korban jela :) Siqah suka sup daging. Sedap.

    ReplyDelete
  3. Sedap2 belaka menunya tu kak. Samalah kita dah lama tak dapat daging korban, tahun ni murah lak rezeki dapat jugalah dagingnya.

    ReplyDelete
  4. Saya pun jarang dapat daging korban. Kalau dapat rasa seronok sangat.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Musim raya korban ni memang menunya daging la manjang. Sup daging tu memang feveret, kecur air liur dibuatnya. Harap belum terlambat untuk saya mengucpkan selamat hari raya 'eidul adha. Taqabbalallahu minna wa minkum solehul a'mal...

    ReplyDelete
  6. Saya pun tahun ni murah pulak rezeki daging korban. Kebetulan kawan baik HD buat korban, maka dapatlah berkilo-kilo daging korban diberinya. Kata HD kalau ikutkan kita tak layak tapi dah orang memberi, kita menerimalah dengan tangan terbuka, ya tak?

    Saya pun tengah bercita-cita tinggi nak masak menu berasaskan daging aje sampailah habis daging korban tu semua. Mahu pengsan lepas ni dok makan daging aje!

    Saya pun dah buat sup tulang dan daging black pepper. Hari ni nak masak kari daging pulak. Lepas tu daging masak lemak cili padi. Lepas tu mi bandung dengan daging pulak. Eh, penuh juga komen ni nanti dengan menu daging saya. Hahaha!

    ReplyDelete
  7. Kamu sekeluarga tade rezeki Azi tahun ni ....sekilo daging pun tak dpt...takpelah oranglain lebih perlu kan kan.
    Banyaknya menu daging...seronok kan anak2 semua ada berkumpul tentu lebih berselera dgn masakan ibunya.

    ReplyDelete
  8. bermacam pilihan ada..yang penting anak2 suka, pasti ibu suka, err..saya pun suka menu sukahati gu sendiri apa nak makan gini kak..tak kisah lah semuanya daging pun, kan aidiladha :)

    ReplyDelete
  9. Betul tu mak ....aku pun jarang dapat daging korban, tp tahun ni sebab laki aku gi tolong melapah, dapatlah kupon hihi...

    Ha a masak je sekali harung tak payah dah nak masuk dapur banyak kali hihi...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign