Asam Garam Kehidupan: Salam Maal Hijrah 1439H.

Nuffnang

Pages

22 Sept 2017

Salam Maal Hijrah 1439H.

Salam maal hijrah buat semua. Cantik, indah sungguh cahaya mentari pagi ni, mudah2an berpanjangan hingga lewat petang sebab cadangnya hari ni nak berziarah ke maqam bunda, rindu benar rasanya dah agak lama juga tak ke sana. Kebetulan pula hari ni jumaat kan, awal Muharram pula, mudah2an tiada aral melintang.

Tiada apa nak dibicarakan, sekadar menyampaikan Salam hijrah...semoga apa saja perubahan ke arah kebaikan, hijrah kepada yang lebih diredhai dapat pula kita istiqomahkan, dikekalkan..ya, nak berubah itu susah, tapi nak mengekalkan kebaikan itu juga amat sukar kerana nafsu dan syaitan tidak pernah tidur atau leka dalam usahanya menjerumuskan kita kepada kesesatan.

Sedikit perkongsian dari radio IKIM, bagaimana cara kita nak beristiqomah dalam kebaikan yang kita lakukan, mudah2an boleh sama-sama kita manfaatkan.

* Mulakan dengan amalan yang mudah dulu- contohnya dengan solat sunat 2 rakaat, kemudian bolehla ditambah sedikit demi sedikit, solat dhuha tak dapat buat, doa dhuha jangan tinggalkan.

* Ada jadual- susunlah contohnya hari ni kita nak berselawat, esok bertasbih Subhanallah 1000x, lusa pula bertakbir 1000x..

* Memilih sahabat yang baik- rakan2 dalam grup whatsaap contohnya, grup2 WhatsApp, biarlah grup yang bermanfaat.

* Menuntut dan menambah ilmu- Tak dapat ke masjid atau surau, radio IKIM kan ada

* Berdoa semoga Allah tetapkan kita dalam kebaikan- ini sangat penting. Mintalah agar Allah pegang hati kita selalu. Doakan juga sahabat2 kita.

Cuaca pagi yang damai, suami sedang berusaha menegakkan semula pokok durian belanda yang tumbang akibat hujan dan angin kuat selasa lepas, mudah2an pokok ni dapat bertahan dan memberikan manfaat kepada kami. Aminnn.

16 comments:

  1. Salam Salam Maal Hijrah 1439H jugak.

    ReplyDelete
  2. Salam maal hijrah juga en Adam, trmkasih

    ReplyDelete
  3. Salam maal hijrah Azi
    mudah2an Allah merahmati hijrah kita.

    ReplyDelete
  4. Tq for tips. Salam maal hijrah Mari Kita berhijrah ke Arah lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Mari sama2 berubah ke arah yg lebih baik dan Kita kekalkan momentumnya.

      Delete
  5. Salam Maal Hijrah untuk Azimah dan keluarga..
    Semoga kita istiqomah dalam setiap malan baik..

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah...

    Orang sibuk beri nasihat, kita sibuk juling mata nampak perkataan 'durian belanda'. Tiba-tiba teringin. Kehkehkeh...

    Harapnyalah kan, tahun baru Maal Hijrah dapatlah membantu kita jadi lebih baik. Jangan jadi lebih 'nakal' sudahlah...

    ReplyDelete
  7. Haha..Tau dah.
    Takpelah, takkan Tak masuk sikit pun ke otakmu nasihat ku ini, at least sekelumit pun jadilah, ye tak

    ReplyDelete
  8. Salam Maal Hijrah mak....
    Tadi pun kat radio dengar pasal istiqomah. Allah tu lebih suka hambanya yg buat sikit tapi istiqomah katanya.

    ReplyDelete
  9. Ya betul sesangat, tapi janganlah mentang dikata macam tu, manjang nak buat 2 rakaat je, dah dpt istiqomah tu pelan2 lah tambah.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign