Asam Garam Kehidupan: Last day sekolah for 2019, uhuk uhuk..

Nuffnang

Pages

22 Nov 2019

Last day sekolah for 2019, uhuk uhuk..

Sedar tak sedar dah habis sesi setahun persekolahan yek. Cuti lebih kurang sebulan lebih maka bermulalah pula sesi baru 2020😲😲😲..nape? Terkezut?? Tak perasan hari ni last day sekolah bagi 2019??  Maka bermulalah juga sesi mengira2 duit di poket dan di akaun berapakah yang tinggal selepas pokai akibat membeli serba serbi kelengkapan persekolahan untuk tahun depan.

Itu belum masuk bajet nak balik kampung sempena cuti panjang, belum lagi kisah anak2 nak pi jenjalan bercuti sana-sini sinun, adoiiiii...pokai, berlubang poket makpak.  Bagi makpak yang takde bajet besar macam kami lakibini cukuplah bawak balik kampung sari, dua..kat kampung den Terengganu tu macam2 ado, nang masjid terapunglah, nang pulau warisanlah, nang jembatan angkatlah..pendek kato pueh hati lah kalo balik ke sanun, tu belum citor pasal kopok leko, nasi dagang, pulut lepa, sata..eh macam2lah.. Sapo pernah sampai mesti tau keistimewaan dan ke-best-an berada di Terengganu, hihi..
Dengan bangganya dia simpan anugerah semalam di sini. Kesian abang Iman..kata dia, dia je takde medal dalam rak ni, abang kakak, Ibi, baby semua ada..nak wat camane..abang Iman takde kebolehan dalam pelajaran, tapi in shaa Allah tetap ada kelebihan lain..

Ermmm tak taulah dapat ke idok Umar Zikri jadi pengawas, temuduga yang sepatutnya pada hari rabu, cikgu temuduga tak masuk kelas katanya. Rupa2nya temuduga tu dibuat semalam hari khamis, dia pulak tak pergi sekolah. Semalam kami lakibini ada hal di luar kawasan seharian, dia ada anugerah kat sekolah agama pukul 2 petang, van sekolah pulak datang lebih awal dari biasa. Jadi kalo dia pergi sekolah kebangsaan lambat pulak nak ke sekolah agama..so terpaksa korbankan satu..


Tapi mak eh ni memang rasa terkilan.


7 comments:

  1. makan2 kt tengganu mmg best...rugi lah kan tak jadi pengawas. dulu2 masa sekolah, pengawas ni mcm level up sikit dari pelajar2 lain..hihi..

    ReplyDelete
  2. Kan, tu yg buat mak dia ni terkilan. Lagi satu kan, ni rahsio kita duo org je yo nahas, kalo jadi pengawas kan baju biru takyah lah susah2 kono nilo laie kan, hehe

    ReplyDelete
  3. Alahaiiii maknyapun, banyak pula haluannya, kesian pula kat menantu i tu kena buat pilihan..

    Psttt: mana hadiahnya?

    Sy baru balik dari terengganu awal bulan, kursus kat sana 3 hari 2 malam.. macam2 ada, tak rugilah..

    ReplyDelete
  4. Nak buat camane UA, kebetulan pulak serentak..terpaksa memilih..huhu.

    Salah satu piala yg ada dlm tu, cer teropong hehe.

    ReplyDelete
  5. Iyelah kak, terbatuk-batuk hujung tahun ni memikirkan segala macam bajet :(

    Anak2 sy belum ada rezeki jadi pengawas, dapat shortlisted tapi tak berjaya. Adalah rezeki lain tu insha Allah

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan menjadi pengawas sekolah. macam-macam ujian.

    macam cik puteri cakap nama dia disebut sebagai pelajar terbaik matematik tapi dia tak hadir ke sekolah. entahlah sampai sekrang tak dengar cerita

    ReplyDelete
  7. Tahniahlah yor.....makcik tumpang banggo cukuplah wei hihi....
    Anak den dah lamo dah last day nya, on off....hahahaa .
    Tak pe wei rezeki org kan lain lain.... bajet ciput ke bosar ke yg penting kita happy

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign