Asam Garam Kehidupan: Itu hikmahnya...😩

Nuffnang

Pages

21 Aug 2020

Itu hikmahnya...😩

"Harun (bukan nama sebenar) dah bercerai.." beritahu ensomi.
"Bila?..." terkejut
" Dua tahun dah.."
" Sape beritahu kat abang?"
" Osman..."( pun bukan nama sebenar). Osman ni kawan satu U dengan ensomi.

Subhanallah...itu hikmahnya dulu aku tak jadi kawen dengan Harun. Walaupun sedih sangat masa tu sebab kena reject. Reject?? Awak pinang dia ke?? Haa..nak tau kisahnya teruskan baca yea. Kira ni throwback kisah 24 tahun lepas..

Masa tu saya pengikut jemaah Al Arqam. Bab2 jodoh ni memang ditentukan oleh pihak jemaah. Kami biasa mengikut saja sebab kami harapkan bakal imam kami atau bakal ibu kepada anak2 kami adalah yang terbaik. Dalam jemaah memang tidak ada kisah2 cinta terlarang gitew..kalau di sungai penchala waktu tu siap ada tembok pemisah memisahkan kawasan muslimah dan kawasan lelaki, tetapi muslimah tidaklah dilarang keluar. Cuma dalam kawasan tembok pemisah tu kami bebasla untuk membuka tudung dan stokin. 
Tapi sekiranya kami rasa tidak setuju dengan calon yang ditetapkan, kami tetap boleh menolak secara baik..dan itu lah yang terjadi kepada saya.

Waktu tu saya bertugas sebagai guru tadika, di mana tu..biarlah saya rahsiakan..tapi sebenarnya dah 2,3x kali juga saya nak dijodohkan tapi semuanya tak menjadi, bila tak jadi tu, sedih jugalah kan..sapa taknak kawen cekk oii..
Jodoh tak jadi pertama tu orangnya lebih muda 3 tahun dari saya, saya takla menolak dengan jelas, cuma jawapan saya tu difahami oleh pihak jemaah yang saya tak setuju, so tak jadi. Dah tak jadi dia dicalonkan dengan orang lain yang satu penempatan dengan saya. Penempatan jemaah waktu tu lebih banyak di kawasan kampung2 di mana di situ ada tadika, sekolah rendah yang semuanya milik jemaah. Dan selalunya disitu ada muslimah bujang dan ustaz yang bertugas..dan ramailah yang bertemu jodoh di situ.
Selalunya kalau ada majlis perkahwinan tu, 2,3 pasang pengantin sekali diraikan. Meriah sangat...so bila sidia ni dijodohkan dengan orang lain dan diraikan dalam satu majlis yang meriah...sedih siot weii perasaan aku masa tu.

Pastu saya ditugaskan di penempatam lain. Sekali lagi nak dijodohkan. Difahamkan orangnya ensem macam muka sorang pelakun tu..tapi dia menolak..ermmm...takleh nak kata apalah..tapi lepas tu katanya dia setuju semula, cuma waktu tu hati saya dah tawar..hehe..

Lepas tu saya pindah lagi. Kat mana2 saya pergi pun, jawatan saya dalam jemaah waktu tu adalah sebagai cikgu tadika. Tempat baru ni kira kawasan perumahan. Dan waktu tu jemaah Arqam pun dah dibubarkan. Tapi yang nak carikan jodohkan saya ni adalah kawan2 lama dalam jemaah juga. Macam saya ni, bos tadika saya dan kawan2 dialah yang tolong. So dorang nak jodohkan saya dengan Harun ni. Mula2 Harun ni tak bagi jawaban, lama juga dia diam. Saya pun tertunggu2 juga keputusan dia....sebab saya waktu tu dah amik keputusan nak balik duk di kampung je., kat kampung arwah mak kata ada orang nak masuk meminang juga..

Ada 2,3 bulan kot tak silap baru dia cakap dia tak setuju..sebab dia dah ada calun pilihan sendiri yang satu U dengan dia...Ok..Harun, yelah..takde jodoh antara kita, mestilah dia nak pilih yang terbaik pada pandangan dia kan..walaupun waktu tu hati saya sedih, malu pun ada..sebab saya dah setuju, alih2 dia tak setuju...
Tapi sekarang saya baru rasa hikmah tak jadi kawen dengan dia dulu..mungkin kalau saya kawen dengan dia..jodoh kami tak panjang, menjelang akhir umur 40 an kami berpisah...lagi sedih rasanya, umur dah tua, anak2 pun dah besar...

Fine...saya nak balik kampunglah..tapi tiba2 boss nak jodohkan lagi dengan orang lain...jeng3x..tapi dia ni pun jual mahal juga, lambat juga bagi keputusan...tapi Alhamdulillah..berbaloilah tunggu..akhirnya dia setuju..dialah teman hidup saya saat ini, dan semoga selama2nya, dan semoga bertemu juga di Jannah nanti..
Aamiinnn..

6 comments:

  1. Kampung abah saya di Sungai Penchala.
    Baru nampak hikmah sekarang.

    ReplyDelete
  2. Ammi pun rasa kadang-kadang ada hikmah juga tak jadi kawin ngan ex-bf yang kita sayang sangat2.. sebabnya adalah kerana perbezaan agama. Tapi kalau berkahwin...mampu ke ammi nak bimbing dia padahal masa tu ammi pun kategori solat bila terasa nak solat. (astaghfirullahhalazimmmm)

    ReplyDelete
  3. dulu masa belajar di Damansara Utama, pernah sekali pergi Sg Penchala, masa tu perkampungan Arqam ada lg..

    Berkahwin dgn satu jemaah ni, tenang fikiran, sama2 memahami...

    ReplyDelete
  4. Semoga jodoh berkekalan sehingga akhir hayat

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah bertemu jodoh serasi moga kekal bersama menuju jannah

    ReplyDelete
  6. Allah lebih mengetahui kan kak :)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign