Kisah pertama berlaku sewaktu aku dalam lingkungan usia belasan tahun. Waktu itu aku sudah mula mendapat kesedaran islam dan cuba menutup aurat dengan sempurna. Kalau sebelumnya aku memakai tudung tiga segi, aku mula berjubah, berstokin dan bertudung labuh. Semuanya hasil kesedaran islam kerana membaca majalah islam keluaran Al arqam waktu itu.
Waktu tu aku tinggal di rumah yayasan(macam asrama la, disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan).
Kalau tinggal di rumah yayasan ni kira dekatlah dengan sekolah, boleh pergi jalan kaki je. Kalau duduk kat rumah kena naik bas, kalau terlepas bas sekolah, kena naik bas awam yang penuh, nak sampai ke sekolah pun makan masa sebab ada je penumpang nak naik atau turun. So...Alhamdulillah dapat duduk rumah yayasan. Tapi kena masak sendiri. Masing2 bawak dapur minyak tanah sendiri, waktu tu dah ada dapur gas tapi lebih mudah bawa dapur minyak tanah sebab kecik je, kuali kecik, periuk sebiji, pinggan sebiji, cawan sebiji..kira dah biasa berdikarilah..
Tapi kalau nak balik ke rumah atau nak balik ke rumah yayasan tetap lah bas menjadi kenderaan utama..jadi cerita ni terjadi masa aku naik bas nak balik semula ke rumah yayasan selepas bercuti jumaat dan sabtu di rumah..kat terengganu sampai sekarang sekolah hari ahad sampai khamis, cuti hari jumaat dan sabtu..so naik bas awam dari stesen bas, memang dah agak penuh dengan penumpang, tapi Alhamdulillah saya dapat tempat duduk...sebelah seat saya kosong,
Sepanjang perjalanan penumpang turun naik dan tak lama duduklah seorang lelaki berambut pendek macam askar atau orang yang baru keluar dari penjara..tapi mungkin orang yang baru keluar penjara kot..sebab apa? Ha nanti saya cerita..
Mula2 tak ada apa2 berlaku..tiba2 saya perasan lelaki ni mukanya makin dekat dengan muka saya dengan urat mata yang kemerahan..saya jauhkan muka saya dan mula rasa sangat tak selesa..dan tiba2 saya rasa ada benda merayap bawah tudung labuh saya..tapppp...otomatik saya tepis..ya Allah tangan dia rupanya..saya duduk makin ke tepi tingkap dan terus pandang keluar tingkap je dalam keadaan ketakutan. Ingatkan dah tak ada apa2.
Tiba2 lagi sekali saya dapat rasa benda merayap di perut saya..kali ni saya tepis dan terus menjerit..membuatkan semua penumpang lain berpaling melihat ke arah saya...alangkah takut dan malunya saya waktu tu.
Selepas tu baru dia tak berani buat apa, dan tak lama lepas tu dia turun..dan Alhamdulillah takde orang duduk sebelah saya sampailah saya selamat sampai di rumah yayasan..
Saya menangis dan menyumpah2 kat lelaki tu sebab rasa marah dan geram sangat, tapi tak cerita pun kat kawan2 yang sama2 duduk kat rumah yayasan tu..
Peristiwa ni membuatkan saya takut nak naik bas..dan saya tak pernah pun ceritakan kat arwah mak..adalah cerita kat suami dan anak2..
Kisah kedua ni terjadi waktu saya dah bertunang, pun melibatkan bas tapi bukan dalam bas..tapi dalam surau...
Waktu ni dah ikut jemaah Arqam dan pakai purdah..ha..cer teka mana satu saya?
Waktu tu saya nak balik kampung sebab nak settlekan urusan perkahwinan. Dari tempat kerja ke stesen bas entunang (masa tu) sewa teksi dan tolong hantar ke Pudu. Dia pun ada ikut duduk sebelah driverla kan, mana boleh duduk sebelah saya. Bas pukul 11 malam kalau tak silap. So maghrib dah selesai di rumah,tapi isyak tak sempat..lepas maghrib dah keluar ingatkan sempat solat di Pudu. Rupanya sampai kat Pudu, surau dah dikunci..hrmmmm...dah susah hati dah,tapi entunang cakap boleh solat masa bas berenti kat mana2 sebab nanti mesti ada yang nak makan nak rehat kan..
So betullah bas berenti rehat..tapi....nak jadi cerita..orang lain turun makan, saya turun cari surau, tanya2 kat orang kedai dia tunjuk ke arah surau dalam keadaan gelap weyh..tapi takde pilihan saya beranikan diri pergi juga, agaknya waktu tu dah pukul 1 ke 2 pagi saya tak pasti.
Sampai kat surau, dengan lampu tak dibuka..memang gelap sungguh..adalah cahaya sikit2 dari kedai..
Kat surau ada seorang lelaki muda, saya agaklah..dan seorang pakcik sedang baring..jadi saya tanyalah kat orang muda tu kat mana bilik air. Dia tunjuk, saya pergi..dia ikut..saya nak masuk bilik air, dia nak masuk juga..saya kata.."eh..saya nak amik air semayang ni"..dalam hati takdelah syak apa2..lagipun waktu tu saya fokus nak solat isya, nak selesaikan urusan dengan Allah je..
Selesai amik wudhuk, saya masuk solat di kawasan muslimah yang bertabir..orang lelaki tu saya dah tak nampak dah. Saya selesaikan segera solat. Tapi siap solat waktu nak lipat telekung saya rasa ada basah2 kat telekung saya tu, tapi saya tak terpikir apa2 waktu tu..
Saya balik ke bas dengan perasaan lega..
Saya sempat sampai di rumah sebelum subuh. Nak balik ke rumah kena naik beca. Waktu tu masih ada beca, pakcik2 tua yang kayuh beca. Tambangnya murah je..rm1.
Waktu nak solat tu saya keluarkan telekung, dan perasan ada lagi basah2 tu..terus pakai telekung mak.
Bila dah kawen barulah faham apa yang basah2 kat bahagian bawah belakang telekung tu..dan waktu tu baru terasa aduihhh ngerinya, takutnya...mungkin saya selamat waktu tu sebab adanya pakcik yang tidur dalam surau tu, dan Allah pelihara sebab tulusnya perasaan saya nak selesaikan urusan dengan Dia waktu tu..
Ya Allah..sampai sekarang bila teringat terasa sangat ngerinya..
Padahal waktu tu saya dah memakai purdah..
Saya tak salahkan semua lelaki, dah nak jadi cerita saya terjumpa dengan lelaki yang tak baik..sebab tu saya pesan sungguh2 kat anak2 perempuan saya .. Jangan layan lelaki, kalau dorang beri salam ke, senyum2 ke..jangan jawab, jangan balas senyum..buat tak tau je..bahaya..
Itulah 2 insiden ngeri dalam hidup saya..yang saya tak boleh lupa sampai sekarang.
Alhamdulillah, Allah Maha Pelindung...semoga kita & anak2 terpelihara drpd perkara2 yg tidak baik..
ReplyDeleteKes dlm bas tu, pernah jg kena, saya ambik pin tudung, cucuk tangan dia, terus dia bangun & blah..
Masa tu takut sangat, tak sempat nak fikir apa dah
DeleteAlhamdulillah selamat. Memang kena jaga diri betul-betul.
ReplyDeleteP.S: Ingat cerita hantu sebelum baca. Hehe.
DeleteYa, jaga diri dan minta perlindungan Allah selalu.
DeleteDasyat sungguh. Walaupun wanita bertudung/pakai purdah, sanggup lelaki buat hal macam tu. PH pun pernah alami keadaan macam tu dalam bas. So PH faham perasaan ticer.
ReplyDeleteYe PH..nasib tak baik saya waktu tu jumpa lelaki mcm tu.
DeleteTapi ramai lagi lelaki yg betul2 baik dlm dunia ni😀
Mujur tak jadi apa2 kan kak, seram betul!
ReplyDeleteYe..Alhamdulillah syaz tak jadi yg betul2 buruk.
DeleteMmg seram kak. huhu. GV cadangkan agar budak budak zaman skang belajar seni pertahanan diri dari kecil agar tidak mudah dibuli atau dikacau oleh orang lain. Sama-samalah kita berdoa dijauhkan daripada benda yang tidak diingini ini. InsyaAllah. Aamin.
ReplyDeleteKan betul sangat cakap GV tu..elok sangat anak2 perempuan belajar seni mempertahankan diri.
DeleteBetul kak, mungkin sbb niat akk baik dan sentiasa ingat Allah maka dipelihara-Nya.
ReplyDeleteAllah Maha Baik pd hamba2Nya..
DeleteAllahu Akbar, mujur puan dalam lindungan Allah swt
ReplyDeleteAlhamdulillah ye puan
Deletememang kita kena jaga diri sentiasa kan, selalu kena pesan dengan anak2 ni zaman sekarang ni lagilah mencabar
ReplyDelete