Asam Garam Kehidupan: Life baggage by Syaz Eym.

Nuffnang

Pages

5 Feb 2021

Life baggage by Syaz Eym.

Selamat sampai ke tangan cikMah pada 2/2/2021. Sebut tarikh ni teringat pulak dah setahun berlalu kenangan umrah. Rinduu..

Benda pertama yang ditanya oleh Nadhrah hannani anak dara peminat novel tu, katanya.."ibu, kali ni nama watak dia ok tak? Dalam novel first tu siries (cara anak dara tu nyebut serius) nama Busrain tu ibi bayangkan orang tu pendek, gemuk perut buncit, kepala botak macam najib..," cikMah sakit perut gelakkan dia.
Dia pun baca sekali lalu sebab nak cari nama watak2 dalam novel kedua ni. .."ermmm..okla sikit nama2 dia, cuma ada sorang tu nama Saidun, nama macam orang kampung.." ha..Itulah komen first dia. Syaz jangan amik hati ye, anak daro den tu besar do kelilingi nama2 moden yang terbelit lidah kita nak menyebutnya.
Tapi tulah nak tanya juga kenapa Syaz tukar nama certain watak macam Jiha jadi haifa, Edna jadi Dewi, nama Leyha tu nak sebut Leya ke Leha? Kalau akak bantai sebut Leha jelah. Nama Edna lebih sesuai, Dewi tu dok terbayang pulak dia pakai sari, hehe..jangan marah ye Syaz.
Pastu ada sikit kesalahan tertukar nama watak, mula sebut nama lama, dalam baris seterusnya sebut nama baru pulak. 
Syaz tak perasan tu. Dalam cetakan seterusnya nanti bolehla dibetulkan semula.
Beli satu dapat dua. Terimakasih Syaz. Overall jalan cerita sangat menarik, bak kata anak dara cikMah, dalam setiap episode plot twist dia memang sesuatu yang tidak dijangka. Satu jer tekaan yang cikMah rasa betul, Najah akhirnya bertemu jodoh dengan Hatim. Akhirnya ada pelangi di celah2 rintik hujan panas..agitew. 😁
Nanti korang pun kena dapatkan novel terbaru Syaz Eym ye. Tak rugi tau, besttt sangat.

11 comments:

  1. wah ko jadi pengulas buku ya nor tahniah syaz..novel ketiga pilih nama watak urban heh,,heh..

    ReplyDelete
  2. Hihihi terima kasih kak azimah sudi beli novel saya ni, wahh penerbit bagi buku percuma ya 🀩

    Sebut Leha je kak untuk Leyha tu hihi.
    Ada beberapa watak saya tukar nama dari blog tu kasa dibukukan, yang Jiha tu terrrrlepas pandang seketul haha!

    Edna tu nama yang ada kaitan dengan jew/hebrew rupanya, tu saya tukar sob sob.. 😁

    ReplyDelete
  3. Oh Kak Nor Azimah peminat setia Syaz. Hehe nama jadi faktor untuk cerpen dan novel si Nadrah itu hendak baca ya?

    ReplyDelete
  4. hebat syaz kan rajin menulis, kak ana belum berkesempatan lagi nak support syaz, in shaa allah di masa akan datang :)

    ReplyDelete
  5. belum sempat membeli lagi....wasap syas dah tenggelam dek lautan group kerja sekolah anak

    ReplyDelete
  6. wahh pembaca prihatin nih., syabas jugak utk syaz eym ituuu., ;p

    ReplyDelete
  7. Seronok ye dapat habiskan baca npvel. Tahniah kedua-duanya, penulisnya Syaz dan pembaca setianya, Azimah.

    ReplyDelete
  8. ASsalamualaikum. Wah seronoknya dapt membaca dan support kawan-kawan penulis.

    ReplyDelete
  9. Menarik ya! nanti boleh dapatkan juga :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign