Kejadian wanita amat unik berbanding dengan kejadian kaum lelaki. Sengaja Allah jadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia. Dengan adanya perbezaan ini, manusia ( lelaki dan wanita ) dapat saling mengerti, sayang-menyayangi dan saling bantu-membantu dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah. Ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
" Dan di antara tanda-tanda ( kekuasaanNya ) dijadikan untuk kamu dikalangan kamu ( manusia ) jodoh untuk kamu bersenang-senang dengannya, dan dijadikan di antara kamu rasa cinta dan saling berkasih-sayang."
-surah Ar Rum :21.
Di antara beberapa kelebihan atau keistimewaan yang telah diberi kepada kaum perempuan tetapi tidak kepada kaum lelaki ialah:
i. Allah memerintahkan kaum lelaki supaya memuliakam kaum perempuan sama ada anak perempuan, isteri dan juga ibunya. Sehinggakan diangkat taraf kaum wanita dengan begitu tinggi sekali. Pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW katanya:
" Saya hendak berjihad pada jalan Allah." Nabi lalu bersabda, " Apakah ibumu masih hidup?" jawab lelaki itu, " Ya, beliau masih hidup," sabda Nabi, " Di bawah telapak kakinya terdapat syurga."
ii. Kaum oerempuan ( ibu ) mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari menyebabkan kelahiran seorang lelaki. Dengan rahmat Allah ibu yang sabar menahan sakit bersalin itu, dihapuskan semua dosa-dosa yang lalu seakan-akan bayi yang baru lahir bersih dari dosa.
iii. Allah menegah perbuatan kaum jahiliah yang menguburkan anak perempuan hidup-hidup dan mencela perbuatan tersebut. Firman Allah:
" Dan apabila anak perempuan ditanam hidup-hidup kelak akan ditanya, lantaran dosa apakah maka ia dibunuh?"
surah At Takwir: 8-9
Demikianlah antara keistimewaan kaum perempuan yang dikurniakan Allah. Dan dengan rahmat Allah juga perempuan yang lemah itu dapat membangkitkan kekuatan kaum lelaki dengan hati perempuannya. Dapat memberi kekuatan dan peransang kepada kaum lelaki dengan sifat kasih-sayang dan kelembutannya. Dan ketahuilah bahawa cinta, kasih-sayang dan belaian mesra itu merupakan rahsia yang kekal bagi kaum perempuan untuk kebahagiaan kaum lelaki. Terutama jika wanita itu berusaha menjadi wanita solehah yang mana sabda Rasulullah juga 3 hiasan dunia yang disukai oleh Baginda iaitu, solat, wangi-wangian dan wanita yang solehah.....Allahuakbarr....
wanita itu sememang unik kak...
ReplyDeletebersyukur jadi sorang wanita ye
Deletesangat setuju..
ReplyDeleteterimakasih knor
DeleteHormat anak lelaki sebagai pemimpin, sayang anak perempuan bagai permaisuri? Saya pun tak pasti :)bagai menatang minyak yang penuh.
ReplyDelete