Asam Garam Kehidupan: PEMBERIAN TUHAN PADA MANUSIA KERANA KASIH SAYANGNYA.....

Nuffnang

Pages

1 Nov 2013

PEMBERIAN TUHAN PADA MANUSIA KERANA KASIH SAYANGNYA.....

Kalau Tuhan beri nikmat atas sifat kasih sayang, maka ia selamat lagi menyelamatkan. Kalau Dia beri atas dasar pemurah, maka ia berisiko sedikit kerana tidak ada rahmat. Untuk lebih faham..pemberian Allah kepada orang mukmin adalah atas sifat kasih sayangNya, sedangkan pemberian Allah kepada hambaNya yang 'asi adalah kerana sifat pemurahNya, bukan atas sifat kasih sayangNya.

Tetapi kenapa Tuhan beri lebih kepada orang kafir atau fasik sedangkan kepada orang baik itu, atas dasar kasih sayang, diberiNya sedikit?...kerana kepada orang yang Dia kasih, pemberian itu dalam rahmat.

Atas dasar kasih sayang kepada orang-orang yang paling Tuhan sayang iaitu para Rasul, Dia beri nikmat sedikit tetapi banyak ujian kesusahan. Di sini ada nikmat dalam nikmat. Dia beri sedikit tanda Dia kasih. Rupanya Dia beri sedikit itu ada kasih sayang yang besar yang akan berlaku di Akhirat. Sebab kalau beri banyak di sini, akan dapat sedikit di Akhirat ( lihatlah...jarang si kaya yang bersyukur malah makin takbur )

Dia beri sedikit di sini sebab dunia ini tidak bernilai dan tiada guna. Dia hendak beri banyak pada kekasihNya di Akhirat. Di sini ada rahsiaNya yang jarang kita faham...

Dan mari bersama kita cuba fahami maksud Tuhan ini.. 

Pada orang baik yang Tuhan beri dengan kasih sayang. Makin sedikit diberi, makin Tuhan sayang. Kalau orang baik diberi banyak, Tuhan kurang sayang. Atau kalau si penderhaka lagi banyak pemberian Tuhan kepadanya. Sungguh perkara ini jika kita lihat dengan akal ia seakan terbalik, tapi jika kita suluh dengan mata hati, kita akan faham maksud Tuhan..


Sungguh kalau manusia tidak faham, akan jadi masalah..Mengapa?  Sesetengah manusia bila diberi banyak, dia jadi lupa, jadi sombong, makin jadi derhaka kepada Tuhan. Dia rasa segala kekayaannya adalah atas usahanya sendiri, bukan atas pemberian Tuhannya, orang beginilah  nikmat kekayaan itu bukan lagi Allah bagi atas sifat kasih sayangNya, tetapi atas dasar kemurkaanNya sahaja.

Bagi si hamba yang redha dengan pemberianNya, dapat sedikit atau banyak dia tetaplah bersyukur. Bila dia mendapat banyak dari Tuhan, sebab dia takut hilangnya kasih sayang Allah padanya, maka dia akan  memberi-beri, mengagih-agihkan nikmat. Jika mendapat sedikit, dia redha, faham bahawa dia dapat sedikit kerana Tuhan  dan Tuhan hendak beri banyak padanya di akhirat.

" Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" ( An Nahl: 18 )









No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign