Asam Garam Kehidupan: KHIDMAT SEORANG ISTERI BUTA.

Nuffnang

Pages

26 Feb 2014

KHIDMAT SEORANG ISTERI BUTA.

Diriwayatkan seorang perempuan Bani Israil yang buta sebelah matanya sebagai seorang isteri yang amat setia dan berkhidmat dengan sepenuh hati kepada suaminya. Antaranya ialah memberi layanan dan menemani ketika suaminya makan. Apabila suaminya makan terutamanya di waktu malam, dia akan menunggu sambil memegang pelita sehingga suaminya selesai makan.

Pada suatu malam, ketika sedang melayan suaminya makan, tiba-tiba pelita di tangannya padam kerana kehabisan sumbu. Dengan segera dia memotong rambutnya yang panjang  dan dicelupnya ke dalam minyak, lalu dijadikan sumbu pelita. Dan terus menunggu suaminya selesai mengadap hidangan makan malam yang sangat sederhana itu.

Pada keesokan paginya, perempuan ini mendapati kecacatan pada sebelah matanya pulih kembali!! Kedua-dua matanya menjadi sempurna berkat keikhlasannya berbakti kepada suami.


* Allahu Akbarr *

6 comments:

  1. Begitu sekali dia taatkan suaminya kan dan Janji ALLAH itu benar..Nikmat manakah lagi yg ingin kita dustakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabda Rasulullah..saya tak ingat detail dia..tapi jika kita sebagai wanita ni cukup dengan menjaga 4 perkara..sembahyang, puasa, menjaga maruah dan taat perintah suami, maka kita diberi pilihan untuk masuk ke syurga melalui mana2 pintu yang kita suka..tapi bukan mudah juga...

      Delete
  2. Subhanallah ! besar pahala berbakti kepada suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kat dunia, ganjaran di akhirat...Subhanallah..

      Delete
  3. subhanallah ! keajaiban ada di mana - mana asalkan Allah mahukan ianya berlaku .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah mampu dan boleh berbuat apa saja, ada satu lagi kisah..bagaimana tangan seorang gadis yang dipotong ayahnya dikembalikan berkat bersedekah..

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign