Asam Garam Kehidupan: ANTARA Wanita Penghuni Syurga dan Wanita Penghuni Neraka.

Nuffnang

Pages

29 Jan 2014

ANTARA Wanita Penghuni Syurga dan Wanita Penghuni Neraka.


Rasulullah SAW didatnagi oleh sekumpulan wanita yang meminta penjelasan daripada Baginda tentang jihad Fisabilillah. Mereka cemburu terhadap kaum lelaki yang selalu sahaja keluar berjihad.
Rasulullah tersenyum seraya berkata:

" Barangsiapa di  kalangan kamu yang tinggal di rumahnya dan menyempurnakan tanggungjawabnya, mendidik anak-anaknya dengan agama, maka mereka itu mendapat pahala seperti pahala kaum lelaki yang berjihad fisabilillah."

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG MASUK SYURGA

1.  Wanita yang menjaga kehormatan dirinya, taat kepada Allah dan kepada suami.

2.  Wanita yang mempunyai banyak keturunan, sabar dan menerima nafkah dengan gembira daripada suami walaupun sedikit.

3.  Mempunyai sifat malu. Bila ia ditinggalkan suami maka ia menjaga kehormatan diri dan harta benda suami. Bila suaminya ada di rumah ia menjaga lisannya.

4.  Wanita yang kematian suami ( balu ), maka ia menjaga kehormatan diri dan mengasuh anak-anaknya sehingga tiada yang terlantar kelaparan.

EMPAT GOLONGAN WANITA CALUN PENGHUNI NERAKA

1.  Wanita yang jahat lisannya ( kata-katanya selalu menyakitkan hati suami ). Bila suami tiada di rumah, ia tidak menjaga kehormatan dirinya. Bila suami ada di rumah, ia selalu berkata perkara-perkara yang menyakiti hati suaminya.

2.  Wanita yang selalu meminta tanggungan yang lebih dari keperluan dan kemampuan suaminya, sedangkan suaminya tidak berupaya menyediakan.

3.  Wanita yang mendedahkan auratnya di hadapan lelaki lain.

4.  Wanita yang tidak punya keinginan untuk sembahyang. Tidak taatkan Allah, Rasul dan suami. Wanita tersebut mendapat laknat yang berpanjangan sehinggalah dia bertaubat.

KELEBIHAN ANAK PEREMPUAN

Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang mendapat susah kerana mempunyai anak perempuan,  tetapi ia berlaku baik pada mereka, besok pada hari Qiamat mereka ( anak-anak pperempuan ) akan menjadi dinding dari api Neraka."
                                                                                                               Riwayat: Bukhari dan Muslim.


Ihsan google

6 comments:

  1. moga moga kita tergolong di kalangan penghuni syurga yer kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn, amin..kita mohon dengan rahmat dan kasih-sayangNya, bukan kerana hebatnya ibadah kita..

      Delete
  2. Replies
    1. InsyaAllah..moga Allah pandang kita dengan pandangan rahmatNya..

      Delete
  3. tq atas ingatan & perkongsian ini yer !

    ReplyDelete
  4. sama2, moga kita ambil peringatan ini bersama

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign