Dengan rendah hati saya persembahkan penampilan baru di sini, dengan bantuan anak bujang saya. Kalau harap saya sendiri yang buat, tak taula macam mana jadinya, saya tak pandai...
Saya tambah nama baru- Suri Serikandi. Suri tu kerana saya seorang isteri yang ada cita-cita mengejar title isteri solehah, Serikandi- kerana saya ada cita-cita untuk memperjuangkan Allah dan Rasul, serikandi akhir zaman, InsyaAllah, moga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan, aminnn.
Saya masih gunakan 'asam garam kehidupan' kerana asalnya blog ni saya buat untuk meluahkan rasa rindu dan kesedihan saya terhadap arwah bunda saya, moga setiap kenangan bersama bonda terus kekal di ingatan saya dan bisa juga menjadi tatapan untuk anak cucu saya mendatang..
Terima kasih buat semua teman ukhwah saya yang setakat ini berjumlah 43 orang. Saya kira anda semua jujur bersahabat dengan saya, kerana saya tiada apa yang istimewa boleh dikongsikan. Ada teman anjurkan supaya buat 'segmen' untuk tambahkan follower, saya kata saya tak pandai dan kalau saya buat pun saya tak ada apa nak berikan sebagai hadiah...Jadi tak mengapalah, siapa yang sudi bersahabat secara jujur dengan saya, saya terima dengan besar hati dan tangan terbuka sahaja....
Dan terimakasih juga buat teman-teman yang sudi memberi komen, ( bila ada yang sudi komen, dah cukup memberi rasa bahagia ), dan terimakasih buat sesiapa jua yang sudi singgah di sini, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang Allah...
Banyak juga berbanding IM. IM pun suka follower yang ikhlas ikuti blog IM. Bukan yang di'rayu' untuk follow.
ReplyDeletepink kaler, sejuk mata memandang
ReplyDeletesgt cantik semoga sama2 dpt manfaat dr pengisian di sini
ReplyDeletecantik...terbaik
ReplyDeleteIM, umi alya, knor, Kancil..terimakasih atas komen yang sangat membina, InsyaAllah sama-sama kita teruskan memberi satu perkongsian yang bermanfaat dan dinilai di sisi Allah SWT.
ReplyDelete