Agak-agak kalau kengkawan sebagai ibubapa mendengar luahan kemarahan begini dari mulut seorang guru bergelar ustaz, bagaimana perasaan kengkawan?
Terus-terang saya katakan saya takkan dapat menerima kata-kata begini dihamburkan terhadap anak saya, walaupun katalah anak saya nakal sekalipun ( Alhamdulillah, anak saya takdelah nakal melampau )
Sebenarnya kata-kata seorang guru terhadap muridnya makbul seperti doa sorang ibu terhadap anaknya. Memang tak dapat disangkal kadang-kadang kita hilang sabar dengan kenakalan anak-anak murid. Tapi... kalau anak murid anda nakal, ganas, tidak mendengar kata, susah didisiplinkan, koreksilah diri sendiri... suluhlah ke dalam diri sendiri, apakah kita seorang yang taat pada Allah? Guru yang baik, maka akan baik juga murid-muridnya.
Siapa guru sebenarnya?
Kecintaan dan takutnya pada Tuhan membuatkan anak-anak muridnya amat menyayanginya, bila bersamanya anak-anak muridnya akan merasakan seolah-olah berada bersama dengan ibu dan ayahnya sendiri, ada pertautan hati yang cukup kuat. Diamnya melambangkan kewibawaan yang membuatkan anak-anak muridnya semakin menghormatinya.
p/s: maaf ye para cikgu, sebenarnya saya menulis entri ni setelah anak saya balik sekolah, dengan sungguh2 mengadu ada kawannya kena marah, sampai dia boleh ajuk gaya dan nada suara cikgu yang sedang marah itu. Saya tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapapun, ampun maaf banyak-banyak.
ihsan google |
agaknya ustaz tu dh hilang sabar kot dgn kenakalan ank muridnya. Atau mungkin murid itu ulangi kesalahan yg sama berulang2 kali. kita pn tak tahu punca sebenar hingga ustaz tu bertindak sedemikian...skrg ni mmg terlalu banyak cabaran dlm mendidik anak2....tapi sebagai seorg guru kita perlu byk beristifar, tahapkesabaran yg tinggi perlu ada.......doakn yg baik2...marah krn syg dan anggap mrk sbgai sebahagian ank2 kita jugak....
ReplyDeletecabaran mendidik zaman sekarang memang hebat, dengan anak murid yg terlebih advance, dan ada parents yg anaknya tak boleh dicuit pun, tapi macam NzA cakap sbg guru mmg perlu banyk istigfar dan saaaabar banyak-banyak, sbb anak-anak hari ini adalah generasi akan datang, kalau mereka rosak.....
DeleteHendak marah murid boleh tapi perlulah guna psikologi, jangan sesekali marah di depan kawan2 sebaya @ sekelas,tentulah pelajar akan lebih memberontak dan perangainya makin teruk.
ReplyDeletesetuju sesangat.
DeleteApa nak hairan. Guru bukan malaikat. Saya sendiri pernah dilempang oleh guru lelaki sewaktu berusia 8 tahun hanya kerana saya terlupa bawa buku b inggeris dan ketika itu saya hanya seorang anak perempuan yg bertubuh kecil Sedihnya masih terasa hingga kini
ReplyDeleteMasya Allah..tapi memang betul, saya pun masih ingat kena cubit kat perut, kena tarik anak rambut, dan yg irononya bagi sayalah..bagi saya je..yg garang tu mmg samada guru math dan BI..dua matapelajaran tu kan susah, dari zaman sekolah rendah sampailah sek men..dua subjek ni cikgunya mesti garang.
Deletesori..ironi..typo
Deletenauzubilahiminzalik, berdoa agar ustaz tu minta maaf kepada kanak-kanak itu.
ReplyDeletemoga ustaz tu dah sedar kesalahannya kan..
Deletesalam kenal..singgah blogwalking kat sini..
ReplyDeletemungkin ustaz dah hilang sabar sbb murid tu nakal sgt kot..apepun moga ustaz n murid tu sedar silap masing2 dan sama2 mintak maaf antara satu sama lain..
amin, sama-sama kita doakan..
ReplyDeleteTq sbb singgah sini, nanti kita ke rumah awak plak yea..:)
Sebagai guru seharusnya memberi contoh yg baik pada anak murid tp tulah..... namanya pun manusia ada masa mmg tk tertanggung dah dgn kenakalan anak muridnya kot
ReplyDeletebetulla tu, bila hilang sabar keluarla segala marah, caci maki, bila dah cool..baru nyesal
ReplyDeletememang menahan kemarahan ni perkara yang amat susah sebenarnya, tak ramai org yg lulus ujian ni.
salam..
ReplyDeletekesian anak tu yer..begitu cepat menghukum dengan kata-kata yg kasar pulak tu..sebagai budak kecil, memang akan diingat sampai bila2..
betulla siti. akak pun masih ingat kena cubit dan tarik rambut tepi telinga masa darjah satu dulu, tapi mudah-mudahanan cikgu tu dah sedar, tau..jadi cikgu ni tak mudah..tapi kerana ada murid la ada keje kita sbg cikgu, ye tak?
ReplyDelete