Pernah Saidina Umar Al Khattab ra berziarah ke rumah Baginda, merasa terharu kerana menyaksikan seorang kekasih Allah sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar di tubuh Baginda yang mulia.
Di dalam rumah Baginda yang penuh barokah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Maka menangislah Saidina Umar dihadapan Baginda SAW, lalu Baginda bertanya," Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"
" Aku melihar para Kaisar dan Kisra serta raja-raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur di atas tikar seperti ini,"
" Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku, kita lebih memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia," begitulah jawaban seorang hamba pilihan Tuhan. Luluhlah hati Saidina Umar mendengar jawaban daripada Rasulullah SAW itu.
Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau mengekalkan rasa kehambaannya tetapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya pada Tuhan. Lantaran itulah Baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.
Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius memperhambakan diri pada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan.
Bagaimana sikap orang serius dengan Tuhan? Antaranya ialah dalam keadaan apapun, hati sentiasa cemas dan bimbang terhadap Tuhan. Kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan dirasakan belum berbuat. Kalau berjaya dalam sesuatu tugas atau kerja, dirasakan bukan dari dia, tapi milik Tuhannya.
Di dalam diri tanamkan rasa kurang, rasa lemah, rasa tidak mampu, sehingga dari situ lahirlah benih-benih cinta terhadap Tuhan. Cinta Tuhan itu sangat diperlukan dalam kehidupan seorang insan.

setuju dgn n3 ni.. Sentiasa tidak ckup itu penambahbaikan.. rendah diri dn tawadok
ReplyDeletenak rasa diri tak cukup beramal selalu, nak rasa ada rasa kehambaan selalu, susahnya..
DeleteKesimpulannya "Cinta Tuhan itu sangat diperlukan dalam kehidupan seorang insan", akak setuju 100%
ReplyDeleteya, cuma jalannya bukan mudah..
Deletelove Allah most ♡
ReplyDeleteamin, amin.
ReplyDeleteMendidik hati menjadi tawadhuk memang tak mudah andai tidak istiqamah mengamalkan ajaran yg dilandaskan.
ReplyDeleteDunya-dunya itulah penggoda terbesar buat kita sebenarnya...