Asam Garam Kehidupan: Kem Motivasi ala madrasah.

Nuffnang

Pages

13 Nov 2014

Kem Motivasi ala madrasah.

Bagaimana nak tahu anak anda sudah pandai menipu anda? Bagaimana mahu memantau pergerakan dan pergaulan anak remaja anda semasa anda tiada di rumah? Mengapa anak anda tidak mahu berkongsi masalahnya dengan anda? Apa akan berlaku jika rakan atau teman anak anda mula mengajak anak anda keluar tanpa pengetahuan anda?

Kuncinya ialah pada didikan dan tarbiyah untuk anak anda. Bagaimana proses tarbiyah ini boleh dilakukan oleh ibubapa yang sibuk. Bahkan ada ibubapa merasakan diri mereka tidak mampu menjadi pendidik yang baik untuk anak-anak mereka.... Semuanya perlukan jawapan.

Untuk itu anda perlu berusaha hadir mengikuti sesi taklimat khas untuk ibubapa. Semua yang datang menghantar anak mereka bagi mengikuti KEM MOTIVASI ALA MADRASAH di Puchong pada 8 Disember nanti akan berpeluang mendapatkan jawapan serta teknik yang perlu dilakukan. Banyak pendekatan rohaniah dan lahiriah yang hanya akan diketahui daripada tokoh-tokoh yang terbukti telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Mereka akan menceritakan pengalaman mereka. 

Inilah yang akan kami kongsikan bersama para ibubapa nanti. Selamat datang ke KEM MOTIVASI ALA MADRASAH..

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan

Anjuran      : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814 / 019-6226183)
Tempat  KEM  : Sek. Men. Islam Zadut Taqwa   (Rumah Amal Limpahan Kasih - RALK)
                          Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor

Tarikh              : 8 Hingga13 Disember 2014 (Isnin - Sabtu)
Umur Peserta : 10 - 13 tahun / 14 - 16 tahun / 17 tahun dan ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI      : Ust Haji Johari: 019-6226183   / Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200    

Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:
1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
            - Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK
           
2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
            - Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk

3. Hafalan Doa dan surah-surah utama  dalam Al-Quran
            - Kaedah tasmik harian selama 6 hari.

4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai - Tazkirah yang diutamakan; tidak rasmi

5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran - Proses “RECALL” / muhasabah diri

6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
            - Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.

7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
            - Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.

8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) -  Senaman berirama nasyid

9. Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) -  Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program

10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
            - Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama

11. Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
            - Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama

12. Ekspedisi khas dan rehlah dengan bas ke Putrajaya dan Lembah Kelang
            - Tarbiyah dan berinteraksi secara santai di sepanjang ekspedisi
           
13. Program Mengasah Minda& Menyuburkan rohaniah:
            - Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran
              membina kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.

14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
            - Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.

15. Program taklimat khas untuk ibubapa
            - Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
              dan apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.

________________________________________________________________________________
SUMBANGAN (6HARI 5 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang hanya RM500)
AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: 562777220661
            

5 comments:

  1. best ada kem macam ni.. tapi soalan terkejut soalan pertama, jika ditukar macam ni adakah anak anda bercakap benar? pun terkejutkan.. doakan anak yang baik2 kan....

    ReplyDelete
  2. guru pertama adalh ibu bapa..
    bgus kem ni... dkt tmpt knor Daurah di masjid..
    utk anak2 remaja.. azhn pernh mngikuti sekali slma cuti sekolah msa tgktn 2 tk silap..
    utk kli ni msih ada, mungkin dia tk nk... budak bya dia tk ada dh...

    pengisian kt rumah jrlh kli ni... sesekli bwa pg rmh anak2 yatim, masjid ikut ayh dialh

    ReplyDelete
  3. bagus tau kem ni. nnti anak sy dah besar , nak suh dia join.

    salam singgah dari http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kalau dekat, nak sangat hantar anak ke sana..

    Oh ya jemput join GA..

    http://mimialya1.blogspot.com/2014/11/pencarian-anugerah-tropi-untuk-blogger.html

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign