Asam Garam Kehidupan: Jom buat kerisek sendiri.

Nuffnang

Pages

25 Aug 2020

Jom buat kerisek sendiri.

Ni untuk adik2 yang baru memasuki alam rumahtangga, mana tau kot2 nak cuba buat kerisek sendiri kan. Kalau beli tu kadang dah tengik la rasanya. Baru2 ni kan viral pasal satu kilang proses kerisek yang 'mengerikan' tu..sebab tulah saya tak suka beli kerisek segera tu. Kalau malas buat kerisek saya rela tak letak kerisek pun contoh baru ni raya haji buat rendang daging, tak letak kerisek pun..habis juga. Hari tu masak pajeri nenas pun tak letak kerisek juga. Tapi hari ni nak buat sarak ikan iaitu sejenis makanan tradisi Terengganu, in shaa Allah saya up resepinya lain kali yea.

Jom kita..
Mula2 sangai kelapa parut sampai berwarna kecoklatan.
Bila dah agak suam, masukkan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga hancur dan keluar minyak. Proses ni agak makan masa, tapi tak lama lah, dalam 10 minit rasanya bergantung pada jumlah kelapa yang kita nak guna.
Haa..dah jadi..tengok tu, dah keluar minyaknya. Kalau yang beli tu kemain banyak minyaknya. Ada kawan cakap minyak tu minyak masak dicampur nak bagi nampak berminyak. Yang ori ni berminyak juga tapi taklah sampai bertakung..

Okeh adik2..selamat mencuba.

7 comments:

  1. Masa bujang dulu, tiap kali raya, nak masak rendang tender buat kerisik ni memang akan kena dekat saya..huhu..lenguh juga tangan menumbuk sampai keluar minyak..

    ReplyDelete
  2. Saya selalu beli je, mak saya rajin buat sendiri :D

    ReplyDelete
  3. Mak saya yg rajin buat, dia tk percaya yg dijual...dulu kena gilir2 tumbuk..lenguh hoi..

    ReplyDelete
  4. Mak sy dulu pernah juga wat kerisik nie.nice resepi kak. hihi. :D

    ReplyDelete
  5. pernah jugak buat kerisek nih memang jenuh nak menumbuk,dulu2 dengan arwah mak memang kena la buat kerisek ni kalau nak masak

    ReplyDelete
  6. mahal gak jika beli pes krisek segera. yg di kelate ni diimport dari Thai.

    ReplyDelete
  7. Rajinnya awak NA

    Lesung batu kt rumah cetek, pemberian arwah Mil, jadi tak berapa rajin nak menumbuk2..(alasan)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign