Asam Garam Kehidupan: November 2013

Nuffnang

Pages

30 Nov 2013

Makan Angin pun boleh jadi ibadah....

Rasanya cuti sekolah panjang camni dah ramai yang plan nak makan angin..melancong tak kira lah ke mana..semoga dengan adanya perubahan suasana dapat juga merehatkan otak setelah seharian membuat kerja rumah atau pejabat. Anak-anak pun tentu seronok, sesekali dapat menziarahi tempat-tempat bersejarah, atau pantai peranginan indah melihat ciptaanNya yang berbagai atau di mana saja tempat menarik dan boleh membangunkan  jiwa untuk menyegarkan semula mood setelah sekian lama terperuk dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Jadikan perjalanan anda sekeluarga sebagai ibadah. Sabda Rasulullah SAW: 
    " Barang siapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka dia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah dia kembali."

Antara syarat yang perlu kita tempuh untuk menjadikan perjalanan kita sebagai satu ibadah, apabila dicuaikan atau ditinggalkan, ia tidak lagi dikira sebagai menempuh perjalanan yang diredhai Allah.

Tata-tertib perjalanan:

*  Niatkan perjalanan kita dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik, semoga sentiasa diberkati Allah.

*   Eloklah kalau dapat lakukan sembahyang sunat musafir dua rakaat sebelum berangkat. Selepas salam berdoalah agar Allah memberi keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan kita.

*   Untuk keberkatan juga, bacalah doa keluar rumah. Umpamanya seperti doa berikut:



           
*   Ketika menaiki kenderaan sunat berdoa:

 
*   Patuhi undang-undang kerana ini juga dituntut dalam Islam.

*   Tidak meninggalkan perkara-perkara asas dalm Islam seperti sembahyang fardhu. Masjid dan surau kan merata, tak susah pun nak cari.

*   Menjaga batas pergaulan, tidak bercampur bebas antara lelaki dan perempaun, agar aktiviti yang kita lakukan benar-benar menjadi ibadah.

*   Sebarkan salam dan senyum kepada orang yang ditemui.

*   Membantu orang yang memmerlukan pertolongan, kereta orang habis minyak misalnya..tapi kena hati-hati juga kan, sekarang ni ramai yang niat tak baik.

*  Latih diri dan anak-anak mencari hikmah yang tersirat di sebalik ciptaan Allah. Umpamanya bila melihat awan putih berarak di kebiruan langit yang tenang dan berbagai lagi.

*   Jauh perjalanan luas pemandangan, makin banyak pengalaman, bila melihat perbezaan nasib manusia yang ditemui dalam perjalanan, moga timbul keinsafan dan simpati pada yang kurang bernasib baik dan datang rasa syukur yang tidak terhingga di atas setiap nikmat kurniaanNya.


Semoga dapat manfaatnya, Selamat Bercuti buat semua...

28 Nov 2013

Dimandikan Malaikat

Salah seorang sahabat juga jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat banginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting!

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub. Berlakulah peperangan hebat hingga ramai tentera Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan masih berjunub.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yag bermaksud:

   " Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.

Sungguh beruntung Hanzalah. Mendapat layanan yang begiti istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia penghuni syurga tanpa dihisab...

Subhanallah, MasyaAllah, Allahu Akbar....

27 Nov 2013

BUAT ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN

HAKIKAT PERKAHWINAN: MENCARI REDHA DAN AMPUNAN TUHAN

 Keinginan untuk mempunyai pasangan hidup adalah fitrah semulajadi setiap manusia. Fitrah ini telah wujud bersama terciptanya manusia yang pertama iaitu Nabi Allah Adam di dalam syurga. Kerana kesunyiaan, Baginda telah berdoa kepada Tuhan memohon seorang teman sebagai penghibur dari kesunyian. Maka erciptalah Siti hawa.

Fitrah yang lahir bersama kejadian manusia ini, adalah suci dan bersih. Bersama fitrah yang dibekalkan ini, Allah juga menyediakan jalan keluar yang paling baik dan selamat. Keinginan lelaki terhadap wanita dan wanita terhadap lelaki disalurkan melalui ikatan perkahwinan. Fitrah yang disalurkan dengan cara yang baik ini, akan memberikan keuntungan yang besar di dunia bahkan di akhirat. Bukan saja perbadi dapat mengecap nikmatnya, tetapi masyarakat turut mendapat keselamatan dan berkatnya. Namun bagi para pencinta Tuhan, di sebalik segalanya ini ada sesuatu yang lebih besar yang menjadi buruan dari sebuah perkahwinan. Itulah KEREDHAAN DAN AMPUNAN TUHAN.

Sabda Rasulullah SAW:
" Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu menanggung beban rumahtangga hendaklah segera kahwin, kerana hal itu lebih dapat memejamkan mata ( yakni tidak memandang wanita) dan lebih dapat menjaga kesucian diri ( dari perbuatan zina )."

Hadis Muttafaqun Alaih.

Manusia yang memburu keredhaan dan ampunan Tuhan, tentu cara hidup, cara berfikir dan tindakannya jauh berbeza dari orang lain. Segala yang diusahakan semuanya diharapkan mendapat keredhaan dan keampunan Tuhan. Kerana hanya itulah jaminan kebahagiaan manusia untuk kehidupan yang kekal di Akhirat kelak. Perkahwinan dilakukan semata-mata untuk merebut keredhaan Allah sekaligus dapat mengelakkan kemungkinan terjerumus ke lembah dosa. Takutnya pada dosa berserta harapnya pada kasih sayang Tuhan, dapat mencorakkan langkah dan tindakannya dalam kehidupan.

Fitrah inginkan pasangan jika disalurkan mengikut landasan syariat akan terdiri dengan mudah. Keinginan anak-anak akan disambut dan diusahakan dengan cara yang baik oleh ibu bapa. Apatah lagi bila anak perempuannya dipinang oleh lelaki beriman. Rasa syukur pada Tuhan, menyebabkan pinangan lelaki diterima dengan baik dan diraikan.

Sabda Rasulullah SAW:
 " Keberkatan tersebar di dalam perkahwinan ialah perkahwinan yang paling ringan bebannya."

Urusan perkahwinan dipermudah dan tidak disusah-susahkan. Ibu bapa meletakkan hantaran atau mas kahwin yang berpatutan. Mereka bimbang pada keupayaan anak perempuan mereka untuk menjadi isteri yang baik dan taat lalu diberi panduan agama yang cukup. Kerana itu mas kahwin yang diminta dipastikan tidak akan membebankan bakal menantunya.

Manakal hantaran pula, dipulangkan kepada kemampuan pihak lelaki. Pihak perempuan akan menerimanya dengan baik bukan didorong oleh nafsu tetapi atas keperluan sebenar. Keperluan itu boleh juga disampaikan kepada pihak lelaki sekiranya difikirkan munasabah. Tetapi keputusan pada jumlah sebenarnya, tetap pada pihak lelaki. Masing-masing memikirkan keutamaan yang dituntut oleh Allah. Sikap bantu membantu dan ringan meringankan beban bakal keluarga jika dibuat atas dasar menuntut keredhaan Allah, akan melahirkan suasana yang harmoni dan kasih sayang.

Bagi calon pengantin lelaki pula, apabila pinangannya diterima, rasa syukur menyebabkan dia rasa terhutang budi kepada bakal ibu dan bapa mentuanya. Dari sini akan timbul rasa hormat dan kasih kepada mereka kerana kepercayaan mereka memberikan tanggungjawab memperisterikan anak mereka. Si lelaki pula berazam akan membantu keinginan keluarga perempuan untuk membuat kenduri kesyukuran. Wang hantaran yang diberikan, adalah hasil pertimbangan antara keperluan pihak perempuan dan dengan kemampuan yang dia ada. Ia diberikan bukan kerana paksaan, tetapi dengan hati yang rela dan lapang dada. Ia diberikan atas nama hadiah, bukan paksaan.

Pemberian ini diterima oleh keluarga pengantin perempuan dengan penuh syukur. Jika nilainya besar, banyaklah manfaat yang akan dilakukan. Peluang itu diambil antaranya mengadakan kenduri untuk menjamu para fakir miskin dan juga sahabat handai dan saudara mara bagi meraikan kegembiraan dan rasa syukur atas perkahwinan anak mereka. Kedatangan para tetamu yang membawa rahmat diharapkan akan menambahkan berkat perkahwinan tersebut. Tidak terlintas niat untuk bermegah-megah dengan kenduri besar-besaran yang diadakan.

Tetapi jika nilainya tidak besar, pihak perempuan tidak pula berkecil hati. Ia diterima sebagai rezeki yang memang telah ditentukan oleh Allah. Mereka juga sedar, tanggungjawab pihak lelaki hanya menyediakan mas kahwin. Lelaki tidak diwajibkan memberi  apa-apa keperluan selagi belum berlaku perkahwinan. Pemberi itu jika ada, hanyalah hadiah yang wajib disyukuri walaupun kecil jumlahnya.

Jika mereka berhajat membuat kenduri besar supaya dapat menjamu lebih ramai orang, maka segala perbelanjaan ditanggung sendiri. Jika tidak, maka cukuplah dengan apa yang ada. Tidak terlintas di hati mereka untuk menyusahkan bakal menantu samalah seperti membebankan bakal menantu samalah seperti membebankan dan menyusahkan anak sendiri. Sedangkan amanah yang bakal dipikul oleh bakal menantu itu saja sudah cukup besar dan berat.

Sabda Rasulullah SAW:
  " Keberkatan lebih baik baginya dan bagi anak perempuan daripada semua emas yang ada di muka bumi dari memberatkan lelaki ( soleh ) yang meminang. Sesungguhnya ada yang telah ditentukan oleh Allah dalam kebenaran, dan Allah menunjukkan jalan yang lurus."

Walaupun pelbagai pandangan serong masyarakat akan ditempuhi, mereka tetap tabah menghadapinya. Dihina kerana berbuat sesuatu yang baik itu jauh lebih baik dari mempertahankan kebatilan semata-mata kerana takut pada cercaan manusia.
Apalah ada pada kata nista manusia, jika dibandingkan dengan kemurkaan Tuhan yang Maha Keras.

Bagi bakal pengantin perempuan harga dirinya tidak akan sanggup diletakkan pada nilai wang ringgit yang bersifat sementara. Wanita yang diberkati adalah wanita yang rendah maharnya.

Bagi bakal pengantin lelaki pula, keinginan  untuk mencorak suasana rumahtangga bermula dari majlis perkahwinan itu lagi. Lelaki beriman akan berusaha memastikan majlis perkahwinannya berjalan dalam batasan syariat. Walau mempunyai kemampuan untuk mengadakan majlis yang besar, kenduri kahwin tetap diadakan mengikut keperluan yang sepatutnya.

Hanya dengan iman, seorang lelaki akan dapat bertanggungjawab dan berperanan. Ini lebih penting dan utama bagi seorang wanita, melebihi wang hantaran walau setinggi mana sekalipun nilainya.

Hanya lelaki yang beriman sahaja yang akan dapat mendidik dan membawa isterinya untuk turut menjadi insan beriman. Kerana itu, jika kurang berkampuan dia akan rasa terhina. Seperti firman Allah SWT:

   " Janganlah kamu merasa hina dan bersedih, sesungguhnya kamu yang tertinggi kalau kamu beriman."                                                            - Ali Imran: 139.


Dan langkah indahnya lagi jika masyarakat turut berperanan, turut sama-sama berusaha agar majlis yang dijalankan mengikut landasan syariat dan kasih-sayang. Sudah cukup kekusutan hidup masyarakat yang mengambil kebendaan sebagai jalan mencari kebahagiaan. Mereka ingin kembali kepada apa yang digariskan oleh Tuhan sebagai jalan selamat dan tepat dalam mendapatkan bahagia.

Bermula dari ibu bapa, bakal pengantin dan juga masyarakat, semuanya berperanan dan berusaha untuk membaiki keadaan yang ada, semata-mata kerana mengharap redha dan ampunan Tuhan.

Bila ini dilakukan semata-mata untuk mengharap redha dan ampunan Tuhan, lihatlah buahnya nanti dalam rumahtangga yang dinina. Keindahan dan esenangannya nanti bukan pada kecukupan atau kesempurnaan material, tetapi pada hati yang tenang dan puas dengan apa yang telah diberikan oleh Allah.

Firman Allah SWT lagi:

    " Dialah Allah yang menurunkan ketenangan kepada hati orang mukmin dengan iman."

Inilah syurga dunia sebelum Syurga kekal yang bakal diberikan oleh Allah di Akhirat kelak.



24 Nov 2013

Seniman Agung P. Ramlee
Syeikh Abdullah Fahim.

Tiap-tiap penonton ketawa terkekeh-kekeh dan rasa puas apabila mereka menonton lakunan seniman agung P, Ramlee.Tetapi tiada seorang pun yang mengetahui yang seniman itu mengalami 'derita jiwa' sebelum meninggal dunia.

" I banyak dosa, I derita, I harap I sempat taubat sebelum I mati...." kata Allahyarham P. Ramlee kepada saya kira-kira tujuh bulan sebelum dia meninggal dunia.

" Kalau ikut rasa nak tinggalkan dunia filem ni, tapi kerana nak cari makan, I terpaksa teruskan juga." katanya lagi.

Dia termenung sejenak dan merenung muka saya dan berkata dengan suara merendah, " I dengan you seguru, kan kita sama-sama belajar pada Syeikh tu?"

Seniman agung itu menjadi teman saya yang rapat kerana tiga sebab,iaitu pertama kami belajar agama pada satu guru, kedua saya menjadi penulis surat khabarnya ' Gelanggang Filem' dan ketiga kami menjadi rakan karib Sultan Perak Almarhum Sultan Idris Shah.

Sebelum berpindah ke Singapura, P. Ramlee sempat belajar ilmu Tauhid dan sufi kepada Allahyarham Syeikh Haji Abdullah Fahim ( Pulau Pinang ) yang menjadi pengasas Sekolah Agama Daeratul Maarifatul Wataniah, Kepala Batas.

Dia meneuntut ilmu sufi kerana untuk melengkapkan dirinya menjadi seorang penyair dan penulis lirik lagu, kerana menurutnya setiap syair dan lagu yang diresapkan dengan sufi boleh mempesonakan manusia.

" Lagu Azizah misalnya, bukan saja kerana nama my girl tapi bererti mulia. Azizah simbol kemuliaan makhluk Allah," jelasnya.

Allahyarham juga berkesempatan belajar ilmu Tauhid kepada Allahyarham Syeikh Tahir Jalaluddin dan Allahyarham Fadzullah Suhaimi di Singapura. Dia banyak mempelajari ilmu sufi dan tarekat dari ulama-ulama tersebut.

Sebagai seorang murid sufi, dia banyak mengamalkan wirid nama-nama Allah terutama nama yang disebut  ' Asma Ul Husna' dan ' Bismillah ' 40 kali.

Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim pernah berkata kepada saya, bahawa Ramli Putih ( P. Ramlee ) dalam ilmu agamanya, terutama ilmu Tauhid dan ilmu sufi.

" Sebelum dia berpindah ke Singapura, dia ada beritahu saya, dia nak jadi bintang filem, jadi orang wayang. Saya tak larang, tapi saya pesan jangan lupa ilmu dalam dada," Kata Syeikh Abdullah Fahim.

Allahyarham P. Ramlee berkata kepada saya, " You bernasib baik, jadi ustaz, jadi wartawan. Kalau you jadi bintang filem, orang wayang macam I, you pun hanyut macam I juga."

" Sungguh pun I tunggang langgang, tapi I tak lupa ilmu yang I belajar pada orang tua kita ( Syeikh Abdullah Fahim)," kata seniman agung itu.

" Saya berdosa  kepada Allah, tapi apa boleh buat, dah terlanjur jadi orang wayang. Hidup penuh glamor. I harap I sempat taubat," katanya lagi.

" Kalau I lupa ayat tu ( ayat Al Quran yang dituntut dari Syeikh Abdullah Fahim ), I dah nak mati, I harap I sempat taubat," Kata seniman agung itu sambil mengeluh.

Allahyarham memberitahu, bahawa hidupnya sebagai bintang filem dan penghibur, penuh dengan bermacam-macam kegembiraan, tetapi kerana memikirka dosa, hampir saban malam beliau bersedih. Dia menjelaskan, keran hidupnya sentiasa dalam derita jiwa, dia menjadi orang boros, kaki judi dan minum minuman keras.

Apabila saya membaca berita tentang kematian P. Ramlee dalam akhbar, saya teringat akan banyak sikap dan perkataannya dalam pergaulannya dengan saya. Dia tidak suka kepada perangai sombong, besar diri, belagak, menindas sesama manusia.

Di antara filem-filemnya yang memprotes golongan feudal dan hartawan ialah  Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang  dan  Penarik Beca. Filem  Musang Berjanggut  memprotes golongan istana dan ulama yang bersikap macam musang dan filem Penarik Beca  memprotes golongan kaya-raya.

Boleh dikatakan semua filem P. Ramlee mempunyai kritik dan kecaman terhadap orang-orang yang tidak mengikut ajaran Islam. Manusia ini, walau macam mana tinggi dan agung namanya, dia tidak boleh lari dari takdir dan iradat Allah. Begitulah Allahyarham P. Ramlee yang hidup penuh glamor, tetapi akhirnya dia sedar dan menjadi seorang yang derita batinnya.

Manusia yang hidup mewah, dikelilingi wanita-wanita cantik selalunya lupakan Allah, tetapi Allah tidak pernah lupakannya dan akhirnya dia sendiri tersungkur dengan keinsafan atas dosanya yang banyak.

Pada akhir hayatnya, Allahyarham P. Ramlee menjadi seorang insan yang tidak mahukan harta dan kekayaan dan dia menjadi seorang manusia yang miskin tetapi kaya dengan karya seninya.

Kerana dia sudah menyatakan yang dai akan bertaubat, maka saya yakin sebelum beliau meningga dunia, beliau sempat bertaubat dari segala dosanya.

Kini lagu-lagu yang diserapkan dengan roh sufi masih bergema di mana-mana, tetapi siapa yang mengetahui akan dirinya yang asing dari kita dan hanya berada di hadapan Allah yang akan menilai dirinya - apakah dia seorang hamba yang masih berdosa atau tidak.

Kisah ringkas seniaman agung ini boleh menjadi contoh dan teladan bagi kita yang masih hidup. Kerana kita yang hidup ini tentulah mengalami dan sedang mengalami apa yang telah dirasakan oleh Allahyarham P. Ramlee pada masa usianya masih muda dan hidup penuh glamor. Manusia tidak selama-lamanya dalam kebahagiaan , dalamkemewahan seperti juga manusia tidak selama-lamaya muda remaja. Akhirnya badan mejadi tua dan ketika tangga kata pergi dan pusara kata mari, barulah insan itu sedarkan diri, terasa dosa menjadi beban dan ketika itulah sesal datang bertimpa-timpa.



Artikel ini saya jumpa dalam sebuah majalah lama dan ia ditulis oleh penulis yang menamakan dirinya AKHDIAT MIHARJA. Moga kita dapat jadikan pedoman dan sempadan dalam kembara hidup kita yang sementara ini.

23 Nov 2013

BAHASA HATI

" Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak selesai. Aku tidak dapat tidur di malam hari, takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai."

Saidina Umar Al Khattab RA, apabila ditanya kenapa beliau kurang tidur sejak menjadi khalifah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Seorang Imam yang adil hendaklah menyamakan dirinya dengan orang fakir supaya orang fakir itu jangan menyesali Tuhan lantaran kefakirannya. Sebab dilihatnya imamnya sendiri tidak ubah halnya dengan dirinya."

Khalifah Ali KW. Ketika ditanya kenapa berpakaian murah dan makan ala kadar.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Aku berjuang bukan kerana Umar, tetapi keran Allah SWT."

Saidina Khalid Ibnu Walid. ketika ditanya perasaannya menerima surat pemecatan sebagai panglima tentera daripada Khalifah Umar Al Khattab.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Aku tidak senang jika tempatku ini diganti dengan Rasulullah, bahkan aku tidak akan senang di rumah bersama anak isteriku andainya kuketahui baginda tercucuk duri sekalipun."

 Khabbab. ketika hendak disalib oleh orang musyrik.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Ibuku mengajarku agar takut pada Allah sahaja, bukan pada manusia."

Abdullah bin Zubair.  Sewaktu masih kanak-kanak , menjawab pertanyaan khalifah Umar Al Khattab kenapa dia tidak takut dengan kehadiran khalifah, seperti kanak-kanak lain yang melarikan diri.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Apakah Allah telah lupakan aku?"

Saidina Ali KW.  yang kerisauan kerana seminggu dia tidak diuji oleh Allah, samada kesakitan,kelaparan atau kesusahan.

*********************************************************************************

Jauhnya peribadiku dibandingkan dengan mereka, ibarat langit dengan bumi.......aku masih jauh dengan Tuhanku, masih senang dan tidak terasa apa-apa bila tidak diuji,  tidak terasa apa-apa di hatiku ketika menyebut nama Tuhanku..tiada takut, tiada gentar...,,

MasyaAllah... wahai Tuhanku..bagaimana aku ini? Bagaimanakah agar aku dapat merasa cinta hanya kepadaMu?
Tolong..tolong...tolong...

Imam Malik- "Aku rasa malu menunggang kuda ini..."

Sedari kecil dia berusaha sendiri mencari rezeki. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Pernah dia menjual kayu bumbung rumahnya yang gugur bagi memenuhi keperluan hidupnya.

Ujian kesulitan dan kesempitan hidup itu merupakan didikan lansung dari Allah dalam membentuk peribadinya yang mulia. Walaupun hidup susah, dia tidak pernah mengeluh apalagi meminta-minta. Baginya cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung.

Itulah peribadi Imam Malik rhm. Setelah dewasanya dia menjadi seorang yang tawadhuk dan pemurah. Lebih-lebih lagi sebagai ulama yang terkenal, beliau sering menerima pelbagai hadiah dari orang ramai, termasuk dari Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dan Khalifah Harun Al Rasyid.

Imam Malik tidak mensia-siakan nikmat Tuhan yang diperolehinya itu. Wang dan harta-hartanya dibahagi-bahagikan kepada orang ramai, terutama kepada fakir-miskin yang benar-benar memerlukan. Tanpa dilantik sesiapa, beliau berperanan sebagai bank kepada masyarakat.

Tawadhuknya pula amat ketara. Pernah tercatat suatu peristiwa tatkala seorang muridnya menziarahi beliau. Murid itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Syafie yang ketika itu masih kecil. Terpandang Imam Syafie akan seekor kuda sambrani tertambat di hadapan rumah gurunya. Kuda itu rupanya hadiah daripada seseorang kepada Imam Malik.

Tiba-tiba terpacul Imam Malik dari rumahnya. Sambil tersenyum Imam Malik berkata," Kuhadiahkan kuda ini buatmu."

Imam Syafie terkejut lalu berkata," Terimakasih wahai Imam, tetapi ambillah ia buat kegunaan tuan."

Kata Imam Malik, " Tidak. Demi Allah, saya rasa malu menunggang kuda ini dengan menginjak-nginjakkan kakinya di atas bumi, di mana di dalamnya ada jasad Rasulullah."

22 Nov 2013

LEMAK BADANNYA PADAMKAN API

Pada zaman Rasulullah SAW hidup seorang hamba abdi bernama Khabab. Kerana Khabab mengikut seruan Rasulullah sejak awal kedatangan Islam lagi, maka penderitaan yang ditanggungnya juga agak lama.  

Pernah Khabab dipaksa tuannya memakai baju besi. Lalu disuruh berbaring di atas padang pasir. Mengelupas seluruh kulitnya kerana sengatan terik mentari.

Bukan itu saja penderitaan yang terpaksa ditanggung demi cintanya. Kepalanya diselar dengan besi panas yang membakar. Kemudian diheret ke atas satu timbunan bara api, sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari sekujur tubuhnya itu dapat memadamkan bara api yang menyala.

Sewaktu Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, beliau telah bertanya kepada Khabab tentang penderitaannya semasa memeluk agama Islam dahulu. Khabab lalu menunjukkan parut-parut luka di sekujur tubuhnya, sebagai jawaban ke ats pertanyaan Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata, " Sesungguhnya aku belum pernah melihat bekas penderitaan yang sedemikian rupa."

Tetapi peliknya apabila Islam telah berkembang sehingga menguasai tiga suku dunia, Khabab bukannya bergembira, malah sebaliknya dia sering dijumpai menangis kebimbangan sambil merintih:
" Nampaknya di akhirat kelak tidak ada ganjaran yang bakal aku terima kerana Allah telah memberi ganjaran terhadap segala penderitaan yang pernah aku alami."

20 Nov 2013

Cuti Sekolah Sudah Bermula - Banyaknya Kenduri Kahwin Dan Cepatnya Mereka bercerai!!

Sekarang sudah mula cuti sekolah. Maka bermulalah pesta kenduri kawin di seluruh negara. Seolah-olah satu perlumbaan atau 'musabaqah' bilamana ada ibubapa berhempas pulas memastikan perkahwinan anak mereka dipuji orang. Apatah lagi kalau dapat disiarkan dalam akhbar atau media elektronik. Paling tdak diriuh-rendahkan di dalam facebook sesama keluarga dan kenalan. Rasa bangga, seronok dan puas hati berlebih-lebih membuak di dalam jiwa masing-masing. Tidaklah dinafikan ada yang berniat jujur untuk maraikan perkahwinan anak seadanya - mengelak dari membazir, bangga diri dan menempa kemurkaan Tuhan.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah saw. Ianya ajaran yang mudah dan ringkas. Itulah sunnah dan ibadah yang sangat bermakna. Bukankah ibadah itu adalah perlaksanaan lahir dan penghayatan rasa hati terhadap Allah dan Rasul? Menyambut menantu sepatutnya penuh dengan rasa hati yang sangat cemas, bimbang dan penuh munajat ke hadhrat Allah swt. 

Apa yang sangat diperlukan dalam majlis perkahwinan ialah keberkatan. Ianya bermakna ada perhatian dari Allah swt kepada semua elemen yang wujud di dalam majlis tersebut. Keberkatan ini sangat memberi kesan kepada hubungan antara suami-isteri dan juga sesama keluarga. Keberkatan dari langit menjadikan rumah tangga yang dibina, berkembang wangi, indah, bahagia dan saling bertanggung jawab.

Semua pasangan pengantin melalui proses yang panjang sebelum berkahwin. Maklumlah untuk menjadi Raja Sehari adalah suatu yang sangat diidam-idamkan oleh semua insan terutama remaja. Proses dengan pejabat agama juga tidaklah mudah. Selain menghadiri kursus pra perkahwinan, banyak dokumen yang perlu disiapkan. Malah wajib pula 'menyerah diri' untuk disuntik bagi melepasi ujian HIV. 

Setelah semuanya selesai, persiapan majlis yang berbagai acara terus berjalan. Itu semua tidak diambil kira majlis merisik, meminang, menghantar cincin, menetapkan belanja hantaran dan majlis akad nikah. Kemuncaknya tentu majlis kenduri doa selamat dengan berbagai acara yang penuh kemeriahan. Malah doa selamat ini pun sudah tidak dilakukan lagi. Semuanya lebih menumpukan kepada acara persandingan dan menepung tawar pengantin! Demikianlah acara demi acara akan dilangsungkan dalam majlis perkahwinan itu. Setelah semua tetamu pulang, barulah tuan rumah sedar, banyaknya hutang yang perlu dilangsaikan!!

Malangnya kerap berlaku, 2,3 hari atau seminggu dua atau sebulan dua selepas majlis 'wedding of the year' itu selesai, anak dan menantu tersebut sudah berbaris di depan kaunter pejabat agama - memohon berpisah dengan alasan tidak serasi!! Ramainya pasangan baru yang bercerai. Bahtera rumah tangga yang diharapkan akan bahagia dalam menempuh pelayarannya hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja. Rapuhnya bahtera yang dibina. Ianya tenggelam tanpa ada ribut taufan menggila di tengah lautan kehidupan.   
LIHAT MAKLUMAT 10,000 PASANGAN BERCERAI SETIAP BULAN?

Agak sibuk....

Jika engkau tidak sanggup menahan kesusahan
yang sedikit dan sementara
kerana meninggalkan kelazatan duniamu
dan berlalai-lalai dengan maksiat
Apakah engkau sanggup menanggung
kesusahan yang berkekalan di Akhirat nanti?



* untuk tempoh dua minggu ni ( sehingga 30 novembar ) saya agak sibuk dengan latihan persembahan akhir tahun para pelajar KAFA dan tadika saya, jadi jengah blog pun masa agak terhad, maaflah kalau takde yang terbaru ( ada ke orang yang nak kesah... he he )*

18 Nov 2013

TANDA HATI MATI..

Jika seseorang melihat orang yang susah
Mungkin sakit atau miskin dan papa
Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati
Menunjukkan jiwa orang itu telah buta.

Kalau melihat orang yang mendapat bala
Jiwanya tidak menderita, Melihat biasa saja
Tidak terasa apa-apa pada jiwa
Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah

Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah
Hanya terpesona pada mata sahaja
Tidak terasa kehebatan dan kebesaran Allah
Menunjukkan jiwa orang itu telah mati

Orang yang hatinya buta atau mati
Kemanusiaannya sudah punah
Ditunjuk ajar dia marah, diingatkan dia sakit hati
Kalau ada kuasa, dia akan bertindak ganas

Oleh itu, telitilah , suluhilah hatimu
Apakah aku termasuk orang yang buta hati
Kerana jika buta hati, tidak akan nampak jalan ke akhirat
Ke Nerakalah padahnya..
Wal'iyazubillah

Ilham Mursyidku Tercinta.

Si Kaya yang menjadi bank kepada masyarakat.

Ummul Mukminin Aisyah ra berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda," Ku lihat Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak,"

Sebahagian sahabat menyampaikan cerita Aisyah itu kepada Abdul Rahman, lalu dia pun menemui Aisyah dan berkata, " Engkau telah memperingatkan aku suatu hadis yang tak pernah kulupa akannya. Dengan ini saksikanlah bahawa seluruh kafilah ini dengan muatannya kupersembahkan untuk fisabilillah."

Dia juga pernah berkata, Sungguh kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu nescaya kutemukan dibawahnya emas dan perak."

Dia sering menangis dan berkata, " Sesungguhnya aku khuatir dipisahkan dari sahabat-sahabatku kerana kekayaanku yang melimpah,"

Justeru segala kekayaan yang ada dilaburkannya di jalan Allah. sehingga pernah dikata orang, Seluruh penduduk Madinah bersyarikat dengan Abdul Rahman bin Auf pada hartanya. Sepetiga dipinjamkan kepada mereka, sepertiga lagi dipergunakannya untuk membayar hutang-hutang mereka dan sepertiga sisanya diberikan dan dibahagikan kepada mereka." 

Dalam Al Quran ada menyebut:

Maksudnya: Umpama orangyang menafkahkan hartanya kerana menghendaki keredhaan Allah dan menetapkan ( Keimanan ) hatinya.  ( Al Baqarah : 265 )

17 Nov 2013

ANTARA SEBAB JIWA TIDAK TENANG..

Antara sebab mengapa jiwa tidak tenang:

1.  Banyak menzalimi orang.
2.  Banyak membuat dosa.
3.  Menghina dan menzalimi ibu bapa.
4.  Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan akhirat.
5.  Tidak percaya wujudnya Allah Taala. ( lihatlah mereka-mereka yang tidak beriman kepada Allah, bukankah mereka itu cuba mencari ketenangan jiwa dengan berbagai cara yang tidak masuk akal )
6.  Tidak mengharapkan pertolongan Allah. ( Allah kata sesiapa yang tidak meminta kepadaNya, itu tanda sombong, cuba perhatikan, ramai orang bersembahyang selesai je terus bangun tanpa berdoa )
7.  Orang yang kena uji, bila imannya lemah atau tidak beriman ( bila tak tahan lagi dengan berbagai masalah, jalan singkatnya..bunuh diri )

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.

16 Nov 2013

ALLAH bersama hati hamba yang hancur luluh (2)

Suara yang membisik di hati wanita tersebut telah membuatkan dia membatalkan niat jahat dan bodoh itu. Hampir saja dia putus asa denga Tuhan dan ini bermakna neraka padahnya. Wanita itu menangis teresak-sak bila mengenangkan dirinya hampir terpedaya dengan tipuan syaitan. Alhamdulillah kerana suara yang membisik ke dalam hatinya tadi telah dapat menyelamatkannya. Tidak silap ia datang dari ilmu yang dipelajarinya. Benarlah apa yang dikatakan ilmu itu penyuluh hidup.

Dengan langkah longlai dia menapak pulang. Hatinya mendesak agar cuba mencari jalan penyelesaian dengan suaminya. Manalah tau, mungkin hati sang suami telah lembut dan berubah mahu memaafkannya..itulah harapannya. Kebetulan si suami juga baru pulang, cuma menjeling sepintas lalu dengan wajah tanpa reaksi. Dia menangkap tangan suaminya cuba menjernihkan suasana.." Abang saya minta maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, jangan hukum saya begini, saya tak bersalah, Allah saksi saya," Tapi sang suami seakan kering hatinya,melepaskan tangan isteri dan berlalu tanpa menjawab sepatahpun. Hatinya seakan pecah bak kaca..

Orang ramai makin ghairah memperkatakan peribadinya. Situasi itu telah membuatkan wanita tersebut mengasingkan diri dari masyarakat padahal sebelum ini dia bukan begitu orangnya. Dia orang masyarakat, orang berjuang. Wanita itu juga membisu seribu bahasa melainkan hatinya sering menangis dan merintih kepada Tuhan minta sentiasa berada dalam petunjuk. Minta diberi kekuatan untuk menempuh ujian maha berat untuk seorang wanita lemah sepertinya.

Salah seorang sahabat karib wanita itu telah datang bertemu dengannya menyatakan bahawa dia telah bermimpi melihat wanita itu dalam keadaan telanjang. Setelah ditanya kepada orang yang arif tentang maksud mimpi tersebut, mimpi itu katanya membawa maksud wanita itu dalam keadaan terfitnah ataupun maruahnya sedang jatuh disebabkan sesuatu perkara. Memang tepat tafsiran mimpi itu dengan keadaan yang menimpa dirinya saat itu. 

Kepada sang suami si sahabat wanita itu cuba menerangkan keadaan, kasihan benar dia melihatkan wanita itu teraniaya, tapi nampaknya sang suami masih berhati batu...

Wanita itu tidak peduli lagi. Baginya biarlah Allah yang menyelesaikan masalahnya kini. Perkhabaran mimpi itu telah membuatkan wanita itu tambah kuat bermunajat dengan Tuhan setiap malam. Merintih dan merayu supaya diampunkan dosa kerana setiap ujian yang Allah datangkan tidak lain kerana dua sebab, samada untuk pengampuanan dosa atau meninggikan darjatnya di sisi Tuhan. Tapi bagi dirinya dirasakan ujian itu tidak bukan melainkan untuk pengampunan dosa-dosanya yang telah lepas, dia orang masyarakat, mungkin secara tak sengaja banyak melukakan hati orang di sekelilingnya.

Rupanya ujian berat itu telah membuatkan wanita tersebut bertambah dekat dengan Tuhannya. Dia telah mula merasakan kemanisan merintih-rintih dengan Tuhan yang diiringi dengan air mata penyesalan di kala orang lain lena diulit mimpi. Sebelum ini dia belum pernah merasai keindahan bersama Tuhan. Jiwanya yang hancur luluh dirasakan kian terubat dan menjadi tenang apabila dia mengadukan masalahnya kepada Allah. Dia percaya kepada firman Allah: " Aku bersama-sama dengan hambaKu yang hatinya hancur luluh"

Terdetik di hati wanita tersebut, " Patutlah orang-orang soleh merasa susah hati apabila tidak diuji, mereka merasa Tuhan telah jauh. Ya! rupanya ujian itu adalah tanda kasih syang Tuhan. Supaya hambaNya sentiasa hampir dengan Tuhan dengan mengadu-ngadu dan merintih-rintih kepadaNya, aku faham kini, terimakasih Tuhan, Engkau bermaksud baik kepadaku, aku saja yang sering tidak sabar menerimanya..ampunkan aku wahai Tuhan..."

Di saat-saat begitu juga datang seorang ustazah menasihati dirinya kerana begitu simpati terhadap penderitaan dirinya, " Di saat-saat begini tanamkan rasa harap lebih daripada rasa takut kepada Allah di dalam hati. Supaya kamu tidak patah semangat dengan ujian yang berat dan supaya hati kamu sentiasa mengharap dan ingat pada rahmat Allah SWT yang maha luas. Allah terpelihara dari sikap hendak menganiaya hambaNya melainkan ada sesuatu sebab atau hikmah mengapa Dia jadikan demikian. Cuma mata hati kita tumpul untuk memahami siasah Tuhan kepada hamaba-hambaNya. Sebab itu jangan kamu putus harap dengan Tuhan. Di saat begini tiada siapa dapat menyelamatkan kamu melainkan Allah. Sebenarnya Allah amat suka melihat hambaNya berkeadan begini, sering menangis mengenangkan dosa walaupun benar kamu tidak melakukannya."

Hati wanita tersebut terasa bagai disirami embun pagi dan semangatnya pulih kembali untuk memulakan hidup baru. Baginya biarlah suaminya tidak menyayanginya dan tidak mempedulikannya asalkan Allah bersamanya. Hatinya terus merintih.." Tuhan, terimakasih di atas ujian hidup ini, kerana dari ketentuan ini aku telah dapat mengenaliMu dan siapa diriku,"

Setelah dua tahun berlalu suami wanita tersebut dan masyarakat sekeliling telah dapat pengesahan bahawa isterinya tidak bersalah. Sang pembawa fitnah itu sendiri mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Bila perkhabaran gembira ini disampaikan dengan penuh riang oleh suaminya, dengan rasa tenang wanita itu bersujud syukur sambil hatinya berkata, " Tuhan, berita pembelaan ini sudah tidak bererti bagiku, melainkan aku bersyukur kerana hasil dari ujian ini, Engkau talah mengajarku erti cinta yang hakiki."

Begitulah sepatutnya kita bila diuji, tidak ada gunanya kita meminta simpati manusia, kerana mereka sama lemahnya dengan kita, kembali kepada Allah..kerana Dia tidak menguji kita dengan apa yang tak mampu kita tanggung...

15 Nov 2013

Allah bersama hati hamba yang hancur luluh..

Ada seorang wanita pernah ditimpa ujian yang besar dan berat di dalam hidupnya. Semasa dua tahun usia perkahwinananya, wanita tersebut telah difitnah berlaku curang semasa suaminya out station. Berita kecurangannya telah tersebar dengan luas sampai kepada pengetahuan suami yang sedang menjalankan tugas. Dengan perasaan yang marah dan jiwa yang kusut suaminya pulang untuk mendapatkan kepastian.

Wanita tersebut telah menyambut kepulangan suaminya dengan hati yang riang dan ssenyuman yang indah kerana sudah lam tidak bertemu. Apabila soalan tentan kecurangannya dikemukan, wanita tersebut amat terkejut dan terus menangis menerima tuduhan yang begitu berat. Walaupun airmata kuyup membasahi pipi namun tidak sedikitpun meredakan kemarahan suaminya.

Tapi bagaimana untuk diselesaikan? Untuk diceraikan isterinya tidak ada saksi dan bukti. Dikhuatiri juga isterinya teraniaya. Tapi masakan orang ramai boleh memperkatakan tentang kecurangan isterinya kalau perkara itu tidak benar. Berpusing-pusinglah kepala suaminya untuk membuat keputusan dan akhirnya suaminya mengambil sikap dingin saja sementara menunggu Tuhan sendiri memberi kepastian dan jalan penyelesaian.

Orang ramai masih juga tidak menutup mulut dengan peristiwa tersebut meskipun mereka tahu rumahtangga yang diperkatakan itu sedang sangat tegang. Bukan sehari dua ujian itu ditanggung tapi hampir memakan masa dua tahun. Suaminya masih juga bersikap dingin dan tidak menggaulinya sebagai isteri.

Alangkah terseksanya wanita tersebut menanggung ujian ini. Habis semua orang hilang kepercayaan terhadapnya. Kepada siapa lagi patut diadukan masalahnya. Dia tidak tahu. Dunia dirasakan begitu sempit dan gelap gelita. Hendak diadukan kepada ibu dan ayah pasti mereka akan turut sama bersusah hati dan ini bukan sikapnya.

Penderitaannya bertambah berat apabila adik iparnya sendiri datang berjump suaminya dengan linangan air mata dan berkata, " Abang saya telah dengar segala yang berlaku pada rumah tangga abang, maafkanlah saya. Kerana sayalah abang jadi begini. Sayalah yang beria-ia menyuruh abang mengambil kakak sebagai isteri. Saya rasa sungguh bersalah dalam hal ini. Tapi waktu itu saya melihat kakak seorang wanita yang amat baik dan saya tidak menyangka sama sekali dia sanggup menduakan abang."

Seluruh tubuhnya menggeletar kerana menahan kepedihan mendengar kata-kata itu. Hendak membela diri tidak ada siapa yang akan percaya. Ketika itu wanita tersebut merasakan dirinya seolah-olah tidak berada di bumi lagi, melayang-layang entah ke mana. Dia menangis lagi meskipun dia tahu air mata itu sedikit pun tidak mampu membela kebenarannya.

Pernah di suatu hari di petang yang redup wanita itu berjalan-jalan di tepi pantai membawa hati yang hancur luluh lebih-lebih lagi bila mengenangkan sebentar tadi suaminya berkata, " Aku tidak dapat membela dirimu, sekiranya engkau bersalah maka bertaubatlah dan aku tidak teragak-agak untuk melepaskan dirimu." Bila mengenang kata-kata tersebut tiba-tiba terlintas di sudut hatinya ..." Kalau begini hidupku lebih baik saja mati menjadi pilihan," Apabila kaki menjejaki pergigian air tiba-tiba terdengar suatu suara menasihati hati wanita tersebut, " Apabila kamu ditimpa ujian yang berat maka berdoalah kepada Tuhan, mintalah petunjuk dariNya, janganlah kamu berputus asa dari rahmatNya...."

apa yang terjadi seterusnya?..........

Mana lebih susah (2)

Setuju tak jika saya katakan bahawa banyak urusan /kerja akhirat sebenarnya senang dan mudah untuk kita lakukan, tetapi untuk melakukannya kita perlu bermujahadah, mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa terbeban, rasa terhina terasa malu dan berbagai rasa lagi yang amat membebankan hati kita...

Tetapi untuk urusan dunia sebenarnya banyak yang sukar dan terlebih susah, tetapi manusia sanggup bersusah payah, diperahnya otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, tidak jemu-jemu, walau menderita dengan berbagai-bagai cabaran dihadapi, tetapi manusia sanggup berhadapan dengannya.

Tak percaya? Tak mengapa.. baca je..

1.  Mana lebih berat, sembahyang subuh dua rakaat sekadar 10 ke 20 minit, berbanding kerja lapan jam sehari kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah....namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang subuh yang sekadar 10 ke 20 mini itu tetapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari lapan ke sepuluh jam kerana mencari duit.

2.  Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon berjam-jam, kadang-kadang terpaksa naik turun bukit, menyeberang sungai, harung lecak tapi kerana nama dan  galamor sanggup je. Susah lagi walkathon tapi orang sanggup buat, berbanding menolong kawan kerana mencari keredhaan Allah..

3.  Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kerana kesalahan orang terhadap kita berbanding hendak naik gunung Kinabalu kerana nama dan glamor, padahal tidak naik gunung Kinabalu bukanlah satu kesalahan tetapi orang lebih mampu naik gunung daripada memberi maaf yang diperintah.

4.  Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan tidak pula meletihkan dibandingkan hendak pergi berkelah dan membuang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup menghadapi kesusahan kerana mencari keseronokan dunia..

5.  Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat kerja bagus bertahun-tahun lamanya, tinggalkan ibubapa, tanah air, korban wang ringgit...mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak pula berpisah dengan ibu bapa dan tanah air...namun ke Amerika boleh pergi, ke masjid tidak mampu pergi...

6.  Mana lebih susah, berkhidmat dengan ibu bapa sekadar satu dua jam dibandingkan hendak melayan boyfriend, girlfriend yang lebih banyak kerenah dan kehendaknya?

7.  Mana lebih berat, menderma kepada kelab-kelab hiburan dibandingkan dengan hendak bersedekah kepada fakir-miskin?

8.  Menonton filem, game, membaca novel yang melalaikan hingga berjam-jam atau sekadar 30 minit membaca Al Quran dan berzikir,  tapi orang seronok menghabiskan masa berjam-jam daripada 30 minit untuk mencari keredhaan Allah.

Begitulah...orang yang sudah jatuh hati dan cinta dengan dunia, lupa Akhirat, sanggup bersusah payah dengan dunia, sanggup menerima risiko yang berat sekalipun mati kerananya. Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang membuatnya, namun berat rasa hendak membuatnya kerana tidak cinta..

Setujukah kita bahawa kerja-kerja untuk dunia itu susah sebenarnya berbanding dengan kerja-kerja untuk Akhirat...jadi apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhan di Akhirat kelak.. tidak ada hujah dan alasan sebenarnya!

terimakasih buat teman ukhwah baru- azieazah dari http://azieazah-aa.blogspot.com/  dan Mohd Helmi Ahmad ( maaf, saya tak jumpa link saudara saya ni ) kerana sudi menjadi teman alamaya saya, moga ukhwah kita berkekalan hingga ke Akhirat.

12 Nov 2013

Hanya sekeping bata lagi...


Terbaca kisah seorang sahabat tatkala azan berkumandang memenuhi ruang angkasa, lantas diberhentikan kerjanya  cuma tinggal sekeping bata sahaja lagi. Lantas seorang sahabat lain bertanya, "Mengapa tidak kau siapkan kerjamu , bukankah kita kita masih sempat berjemaah?". Dijawab oleh sahabat tadi, "Aku bimbang sekiranya ku siapkan sedangkan seruanNya telah berkumandang, aku lebih membesarkan dia (bata) dari Tuhanku,".

(Terima kasih buat adik kesayanganku tolong update entri ni, saya masih OTW ke Kuala Terengganu)

11 Nov 2013

Dah tak se'best' dulu

Hari ni kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu, mungkin dalam pukul 9.30 pm camtu, sedang bersiap apa yang patut, sempat jugala update..

Balik kampung ( kuala Hiliran, cabang Tiga, Kuala Terengganu..terkenal dengan keropok losong tu ) dah tak mendatangkan kegembiraan macam dulu. Kalau dulu masa Ma masih ada, rasanya setiap kali cuti sekolah aku yang lebih merengek mengalahkan anak-anak sebab nak ajak larling balik kampung. Seminggu lagi nak balik dah siap packing barang, tapi sekarang, nak balik pagi ni..malam tadi pukul satu baru packing.

Sekarang, nak balik kampung kena bawakla apa patut, maggi, biskut kering, bawang, ikan bilis sebab semua tu dah tak ada kat rumah Ma, dulu nak balik tak payah pikir semua tu, dalam peti sejuk Ma penuh dengan makanan, lauk semua Ma beli..tinggal nak masak je..

Sekarang balik kampung mesti singgah rumah adik dulu kat Dungun, tidur semalam kat rumah dia. Dulu larling ajak singgah rumah adik selalu menolak, nak cepat sampai rumah Ma.

Itulah bezanya..masa Ma masih ada, nak balik kampung tu rasa macam nak pergi luar negara je ( tak pernah pergi luar negara pun...tunggu pergi Mekah jelah kot..kesian kat saya kan..). Sekarang balik kampung dah tak membawa makna apa-apa.. cuma anak-anak je seronok nak berjalan..

Apapun, selamat bercuti buat semua..

10 Nov 2013

YANG DIJAMIN PASTIKAN TIBA

Bererapa orang dari satu kafilah yang tersesat jalan menjumpai sebuah gua. Mereka masuk kedalamnya untuk mencari teduh dari teriknya mentari. Tiba-tiba mereka mendapati Imam Az Zahidi berada di dalamnya. Mereka terus menegurnya tapi tiada jawaban. 

   " Mungkin dia kedinginan sehingga tidak boleh berbicara." Sangka mereka. Lalu mereka menyalakan unggun api bagi memanaskan badannya. Lalu mereka mengemukakan beberapa pertanyaan lagi. Tapi ternyata masih tiada apa-apa perubahan.

    " Mungkin dia lapar," Sangka mereka lagi. Mereka menghulurkan makanan kepada beliau., tetapi sedikit tidak diambilnya.

    " Dia sudah lama tidak makan, panaskan saja susu untuknya," Ternyata Imam Az Zahidi tidak sedikitpun berpaling kepada mereka, dia seakan-akan patung yang kaku..

    " Mungkin mulutnya sudah kaku dan gigi-giginya sudah rapat, "  Kata salah seorang dari mereka. Segera datang dua orang yang lain membukakan mulut Imam Zahidi lalu menuangkan susu ke dalam mulut beliau. Tiba-tiba Imam Zahidi ketawa.

    " Apakah engkau gila?" Mereka bertanya kehairanan.

Imam Zahidi pun menjawab untuk menjelaskan peristiwa lucu tersebut. 

    " Aku bukan gila, tetapi hanya ingin mencuba bagaimana Allah menjamin rezekiku, sekarang aku sudah tahu bahawa Allah memberi rezeki kepadaku dan hamba-hambaNya bila-bila sahaja, walau di mana dan bagaimana keadaan hambaNya sekalipun."

Begitulah orang yang kuat pergantungannya dengan Allah....

DI SEBALIK ASINNYA AIR LAUT.....

5/7 daripada bumi ini diliputi oleh air dengan rasanya yang asin. Setiap waktu berjuta-juta kotoran dari sungai dimuntahkan ke perut laut. Sekiranya air laut tidak masin, segala kotoran itu akan mengeluarlkan bau yang amat busuk, bukan saja menjejaskan kesihatan malah seluruh kehidupan di bumi turut terjejas.

Renungkanlah kebesaran Allah ini, dengan air asin itu Allah telah melindungi segala kehidupan di muka bumi ini.

     " Dan Ia ( Allah ) lah yang mencampurkan dua lautan, laut yang sangat tawar dan laut yang sangat asin. Dan Ia jadikan antara keduanya batas dan halangan yang tak dapat ditembus."
                                                           ( Al- Furqan : 53 )

Laut tawar yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah sungai-sungai, telaga dan tasik yang kelihatan seperti laut.

Marilah kita fikirkan perlindungan yang Allah berikan pada kehidupan dan keselamatan manusia, moga dengan cara ini akan menambah keimanan pada Allah. Semoga manusia terhindar dari kekufuran yang merupakan kecacatan terbesar dalam peradaban manusia sejak berzaman. Bila kita terus memikirkan perlindungan dan kasih-sayang Allah kepada hambaNya termasuk segala tumbuhan, binatang seperti burung-burung dan ulat, bahkan setiap bulu yang tumbuh pada badan manusia merupakan perlindungan bagi keselamatan hidup manusia di muka bumi ini, moga kita selalu menjadi hambaNya yang bersyukur..
pertemuan dua air- tawar dan masin----bukti kekuasaan Allah bagi yang mahu mempelajarinya.


9 Nov 2013

10 muharram dalam sejarah

Hari ni baru 5 Muharram, tapi dah jumpa artikel pasal 10 Muharram ni, apa salahnya terus update kan?

Antara peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram:

1. Arasy, kursy dan syurga dicipta

2.  Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.

3.  Nabi Adam dicipta daripada tanah.

4.  Nabi Adam dimasukkan ke syurga.

5.  Taubat Nabi Adam diterima Allah SWT.

6.  Bahtera Nabi Nuh mendarat di Bukik t Judi.

7.  Nabi Ibrahim keluar dari api setelah genap 40 hari di dalamnya.

8.  Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.

9.  Nabi Yusuf dikeluarkan dari perigi.

10. Nabi Ayub sembuh daripada penyakit kulit.

11. Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut-pengikutnya tenggelam dalam laut Merah tersebut.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan ( kerajaan ).

13. Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.

14. Nabi Isa dilahirkan.

15. Nabi Isa diangkat ke langit.

16. Hujan turun buat pertama kalinya membasahi bumi.

8 Nov 2013

Tiada istimewanya aku...

Pagi ini aku merenung-renung ke dalam diriku, mencari-cari kelebihan apakah, keistimewaan apakah, kehebatan apakah yang aku miliki, sehingga kadang-kadang aku lupa, lalai, terasa megah walaupun perasaan-perasaan itu tidak sampai zahir keluar. Setelah jauh ku telusuri, aku sedar tiada apa yang istimewanya, semuanya yang zahir di jasad kasarku ini kotor, jijik atau paling tidak menjengkelkan... 

1.  Air yang keluar dari badanku, peluh namanya.. baunya masam, menjijikkan orang.

2.   Yang keluar dari telingaku, tahi telinga atau nanah yang busuk dan meloyakan...

3.   Yang keluar dari hidungku, hingus namanya atau tahi hidung, menjijikkan dan meloyakan, tiada siapa yang suka sekalipun aku yang empunya diri..

4.   Yang keluar daripada mulut, air liur namanya, berbau busuk terutama di waktu baru bangun dari tidur, adakalanya najis ( air liur basi ).. aku sendiri jijik melihatnya..

5.   Air mata..memang mendatangkan simpati tetapi jika berlebihan akan menjengkelkan orang melihatnya..

6.   Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan, pintu depan dan pintu belakang, bukan saja terlalu busuk, jijik, bahkan najis. Wajib dibasuh, jika tidak akan merosakkan ibadahku, mengotorkan dan mencemarkan udara, menjejaskan kesihatan malah mengganggu ketenteraman.

Apatah lagi jika kemudian hari aku ditimpa perkara-perkara yang menjijikkan dan menyusahkan, malah dibenci seperti penyakit-penyakit mendatang seperti kudis, kencing manis, kayak, tokak, bisul, barah.. yang mengeluarkan nanah busuk, kotor, jijik, menyakitkan dan melemahkan seluruh tubuhku, serta bakal menyusahkan orang-orang di sekelilingku....

Jadi apalah yang lebihnya, istimewanya diriku ini ( fizikal luarku atau jasad kasarku ).. melainkan jika aku menjaga hubungaku dengan Khaliqku, menjadi hambaNya yang benar-benar mengabdikan diri kepadaNya..di samping menjalankan tugas sebagia khalifahNya mengikut kemampuanku sebagai seorang  wanita yang fizikalnya tidak segagah mana, agar aku selamat dan bahagia di dunia hingga ke akhirat..

Kerana yang akan kubawa 'pulang' nanti adalah jasad batinku, yang akan menghadap raja segala raja nanti adalah rohku, yang akan menerima segala pengadilanNya nanti adalah  jasad halusku, bukanlah jasad kasar ku ini ( ia akan hancur menjadi tanah )...... 
Jika aku tidak menjaganya maka: 

1. Penyakit rohku atau penyakit hati akan membawaku ke neraka, penyakit lahir membawa ke syurga kerana segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah atas dosa-dosaku..

2.  Penyakit lahir walau bagaiman teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tetapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia.

3.  Penyakit badan kalau sudah teruk sangat hanya membawa mati, tetapi penyakit rohku akan membawa matinya iman.

4.  Penyakit badan tidak kekal, tetapi penyakit hati seksanya kekal abadi 

5.  Penyakit badan hanya dibenci manusia, tetapi pentakit hati dibenci Allah.

6.  Penyakit lahir tidak dipandang hina dalam Islam, tetapi penyakit hati, penyakit batin dipandang hina..

Dan banyak lagi sebenarnya kenapa aku perlu sangat menjaga, memelihara rohku atau hatiku bersungguh-sungguh, berbanding dengan aku menjaga jasad lahirku...

Rohku atau hatiku mesti ku jaga dengan;

1.  Wajib kuberi makanan yang cukup.. makanannya adalah sembahyang, zikrullah, membaca AlQuran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaranNya dan mengingati mati.

2. Memberi ia pakaian iaitu dengan pakaian taqwa.

3.  Jauhkan sifat mazmumah seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riak ujub dan sebagainya.

4. Muhasabah terhadapnya selalu.

5.  Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia makan dan pakai yang sepatutnya...

Dan aku sangat sedar bahawanya semuanya bukan semudah yang kukatakan... Tuhan.. tolonglah daku selalu..aku tak mampu....

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign