Asam Garam Kehidupan: LEMAK BADANNYA PADAMKAN API

Nuffnang

Pages

22 Nov 2013

LEMAK BADANNYA PADAMKAN API

Pada zaman Rasulullah SAW hidup seorang hamba abdi bernama Khabab. Kerana Khabab mengikut seruan Rasulullah sejak awal kedatangan Islam lagi, maka penderitaan yang ditanggungnya juga agak lama.  

Pernah Khabab dipaksa tuannya memakai baju besi. Lalu disuruh berbaring di atas padang pasir. Mengelupas seluruh kulitnya kerana sengatan terik mentari.

Bukan itu saja penderitaan yang terpaksa ditanggung demi cintanya. Kepalanya diselar dengan besi panas yang membakar. Kemudian diheret ke atas satu timbunan bara api, sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari sekujur tubuhnya itu dapat memadamkan bara api yang menyala.

Sewaktu Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, beliau telah bertanya kepada Khabab tentang penderitaannya semasa memeluk agama Islam dahulu. Khabab lalu menunjukkan parut-parut luka di sekujur tubuhnya, sebagai jawaban ke ats pertanyaan Saidina Umar. Lalu Saidina Umar berkata, " Sesungguhnya aku belum pernah melihat bekas penderitaan yang sedemikian rupa."

Tetapi peliknya apabila Islam telah berkembang sehingga menguasai tiga suku dunia, Khabab bukannya bergembira, malah sebaliknya dia sering dijumpai menangis kebimbangan sambil merintih:
" Nampaknya di akhirat kelak tidak ada ganjaran yang bakal aku terima kerana Allah telah memberi ganjaran terhadap segala penderitaan yang pernah aku alami."

No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign