Asam Garam Kehidupan: Dimandikan Malaikat

Nuffnang

Pages

28 Nov 2013

Dimandikan Malaikat

Salah seorang sahabat juga jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat banginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting!

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub. Berlakulah peperangan hebat hingga ramai tentera Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan masih berjunub.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yag bermaksud:

   " Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.

Sungguh beruntung Hanzalah. Mendapat layanan yang begiti istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia penghuni syurga tanpa dihisab...

Subhanallah, MasyaAllah, Allahu Akbar....

4 comments:

  1. bertuahnya...bagaimana di kala aku nanti..?

    tak perasan dh bertukar wajah rupanya blog ni...cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita minta agar kita dapat yang baik juga..Allah Maha Belas kasihan..

      knor lama tak datng kot..saya pun baru je jenjalan pagi ke rumah knor tadi..pun cantik la

      Delete
  2. Hanzalah lebih mencintai untuk berjihad daripada duduk sahaja :)

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah para sahabat Rasulullah...mereka sangat cintakan syahid

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign