Asam Garam Kehidupan: Aid Milad Ya Rasulullah..

Nuffnang

Pages

13 Jan 2014

Aid Milad Ya Rasulullah..

Jom kita berselawat sebanyak-banyaknya ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW,  moga dengan berkat selawat itu kita layak mendapat syafaat Baginda di Yaumil Mahsyar nanti.

Saya sangat terkesan dengan kata-kata Ustaz Zul Ramli dalam program Halaqah- " Kalau kita taknak berselawat, bukan kita yang taknak nabi, tapi nabi yang taknak kita "


Bagaimana yea kalau nabi yang taknak kita? Sedangkan saat genting di Yaumil Mahsyar nanti seluruh umat manusia mencari Baginda untuk meminta syafaat agar dipercepatkan hisab, tiba-tiba bila kita berdepan dengan beliau, beliau tidak memandang pun kepada kita, tidak kenal kita, kerana apa? kerana kita malas berselawat ke atas Baginda..

Esok 12 Rabiul Awwal 1435H,  aid milad ya Rasulullah, wahai Tuan..kecintaan Tuhan keatasmu tidak sedikitpun membuatkan engkau hilang rasa kehambaan padaNya. Mulianya Tuan,  di sisiNya sehingga dari Nur Tuanlah maka diciptaNya alam dan seluruh isinya...

Wahai Tuan..perjuangan gigihmu selama 13 tahun di era Mekah sehingga para sahabat takut dengan Tuhan , cinta dengan Tuhan, rasa besar dengan Tuhan, rasa bahagia dengan Tuhan, seronok dengan Tuhan..sebab itu dunia tidak berjaya mempengaruhi mereka...kerana itu mereka boleh bersatu, bekerjasama, sanggup jual seluruh dunianya untuk Tuhan...

Wahai Tuan, sungguh aku rasa begitu kerdil bila mengenangmu, dan di sisi para sahabatmu, aku mengaku cinta padamu, padahal aku tidak gigih memperjuangkanmu,maafkan aku, ... namun aku tetap berharap moga Tuan sudi memandangku di sana nanti,moga Tuan sudi mensyafaatkan daku...


12 comments:

  1. Farah..rindu Farah, sori sangat jarang pergi rumah farah, kadang sempat pegi du tiga rumah je,

    Aid Milad Ya Rasulullah, salam maulidurrasul kembali..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. salam maulidurrasul kembali, moga kita tergolong di kalangan org yang merindui Baginda

      Delete
  3. Di pagi penuh barakah ini. Kita menangisi, merindui insan agung SAW. Sebak di dada mengenang pengorbanan dan kasih sayang baginda kepada umat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insan agung yang begitu menginginkan keselamatan buat kita dunia dan akhirat, begitu besar jasa Baginda kepada kita

      Delete
  4. Salam Maulidur Rasul. Semoga Nabi SAW yg menjadi idola kita akan cuba kita ikuti seberapa banyak sunnah dlm kehidupan baginda.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maulidurrasul kembali, InsyaAllah...moga dengan mengamalkan sunnah baginda kita selamat dunia dan akhirat

      Delete
  5. Berselawat itu bagus tapi lagi bagus kalau kita juga cuba berbuat sepertimana insan yang kita selawatkan itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selawat itu tanda kita ingat dan rindu pada Baginda..

      Delete
  6. salam kenal, dan salam maulidur Rasul...

    ReplyDelete
  7. salam kenal kembali, salam maulidurrasul, salam ukhwah fillah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign