Asam Garam Kehidupan: MENGAPA PENJARA DI DUNIA DIPENUHI LELAKI manakala PENJARA DI AKHIRAT DIPENUHI WANITA?

Nuffnang

Pages

17 Aug 2013

MENGAPA PENJARA DI DUNIA DIPENUHI LELAKI manakala PENJARA DI AKHIRAT DIPENUHI WANITA?

Di mana-mana negara di dunia hari ini penjara-penjaranya dipenuhi kaum lelaki. Ini tidaklah pelik kerana kebanyakkannya yang merompak, membunuh, menculik, merampas pesawat adalah di kalangan lelaki. Ertinya mengikut penilaian dunia kaum lelaki ramai yang jahat berbanding kaum wanita. Tetapi pada waktu yang sama kaum wanita mendapat satu khabar yang mencemaskan iaitu Rasulullah SAW memberitahu bahawa penghuni neraka 2/3 daripadanya adalah kaum wanita. Mengapa terjadi demikian?

Kerajaan manusia dan kerajaan Tuhan tidak sama.Oleh itu ukuran manusia dan ukuran Tuhan juga adalah tidak sama. Ada perkara di dalam kerajaan Tuhan salah, tetapi bagi kerajaan manusia tidak salah. Begitu juga sebaliknya. Contohnya dalam kerajaan Tuhan berat atau ringannya kesalahan tidak diukur dari sudut lahiriah atau nilaian fizikal. Sebab itulah ia mudah dilakukan oleh kaum wanita seperti menjadi pelacur, penyanyi, dedah aurat, bergaul bebas, melawan suami dan lain-lain. Ianya tidak berat dari sudut fizikal. Sebab itu ramai dari kaum wanita melakukannya. Pada kerajaan manusia ia bukanlah satu kesalahan. Manakala kesalahan-kesalahan di dunia banyak yang berat-berat, tidak larat dan tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita seperti mencuri, membunuh dan sebagainya, sebab itulah ramai kaum lelaki yang buat.

Di sinilah sebabnya mengapa ramai penghuni neraka adalah kaum wanita, kesalahan yang nampak kecil disisi manusia tetapi besar di sisi Tuhan. Kesalahan itu akan jadi lebih besar apabila yang buat dosa tidak merasa berdosa lalu tidak bertaubat malah terus mengulanginya. Sepatutnya kita kaum wanita merasa amat cemas dengan peringatan daripada Rasulullah ini kerana begitu mudah untuk tergelincir ke neraka jika tidak berhati-hati. Biarlah kita susah dan sakit sikit di dunia dalam mentaati perintah Tuhan dan menjauhi laranganNya bagi mengelak sakit yang berpanjangan dan berkekalan di sana........

2 comments:

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign