Asam Garam Kehidupan: Rasa macam tak dapat apa-apa dari Ramadhan.....

Nuffnang

Pages

1 Aug 2013

Rasa macam tak dapat apa-apa dari Ramadhan.....

Hari ni 1 ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H. Ramadhan sudah makin ke hujung, madrasah Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya, pelajar Universiti Ramadhan sudah hampir ke hari graduationnya....

Entahlah... rasanya Ramadhanku kali ini masih sama seperti ramadhan yang lepas. Rasanya tiada apa yang bertambah dalam diriku ini, usahkan ibadah hati iaitu bertambahnya rasa kehambaan, ibadah lahir pun sangatlah kurang....

Bila membaca kisah para salafussoleh, malah Baginda SAW sendiri bagaimana hebatnya mereka meraikan Ramadhan dengan segala macam pesta ibadah seperti taddarus Al Quran, tahajjud malam, sedekah dan lain-lain, terasa sangat jauhnya ketinggalan diriku ini dalam mengejar rahmat Tuhan yang begitu banyaknya dalam bulan penuh berkat ini....

Ramadhan akan tetap pergi meninggalkan aku, betapalah aku telah mensia-siakanmu wahai Ramadhan, betapalah aku tak mampu mengisimu walaupun iblis dan syaitan telah dirantai, betapalah aku tak mampu mengalahkan nafsu yang bersarang di dalam dadaku....aku sedar betapa ruginya aku kerana mensia-siakan mu wahai Ramadhan....aku benci diriku kerana itu......

Wahai Tuhan, Wahai Yang Maha Belas Kasihan...tolonglah aku hambaMu yang serba lemah ini, tolonglah aku agar dapat mengisi walau cuma sekelumit dari Ramadhan yang masih berbaki ini. Aku tak mampu tanpa campur tangan dariMu, kasihani daku wahai Tuhan, kasihani daku, kasihani daku........

2 comments:

  1. Sayu meniti hari kerana pasti ramadhan akan berganti syawal. Mengharap walau sedikit bekalan ini mampu meringankan perhitungan dipadang mahsyar kelak... Allah... kakak pun sama terasa masih terlalu sedikit kemampuan ini utk dibandingkan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita direzekikan bertemu Ramdhan pada tahun hadapan.. dan Allah rezekikan kita puasa roh :)

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign