Asam Garam Kehidupan: DUNIA menipu daya

Nuffnang

Pages

10 Sept 2013

DUNIA menipu daya

Tuhan
Engkau takdirkan hamba-hambaMu
Tinggal sementara waktu di dunia ini
Pada diri mereka Engkau jadikan nafsu
Nafsu itu pula dia sentiasa berkehendak
Bahkan kemahuannya tidak puas-puas
Sedangkan Engkau jadikan dunia ini pula
Serba indah dan cantik
Mempesona dan menarik
Mempengaruh dan meransang
Menipu daya dan melalaikan
Serba sedap dan lazat
Apabila nafsu berkehendak dengan dunia
Yang telah disifatkan tadi
Nafsu sentiasa sahaja digodanya
Akibatnya digoda dan dinodanya
Oleh itu wahai Tuhan
Siapalah yang dapat lari dari perangkapnya
Siapalah yang dapat selamat dari jebaknya
Kalau Rasul dan nabi Engkau pelihara mereka
Mereka boleh selamamt dari tipu daya dunia
Macam mana dengan kami yang bukan nabi dan Rasul ini
Apalah yang dapat menjamin keselamatan kami
Sedangkan tipu daya dunia amat dahsyat
Kasihanilah kami ini Tuhan
Pelihara dan selamatkanlah kami
dari tipu daya dunia
Yang sudah jutaan manusia ramainya
telah diperdaya
Janganlah kami juga terpedaya
Musnahlah nanti kehidupan kami di dua negara
Selamatkanlah kami Tuhan
Dengan rahmatMu.


                          


No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign