Orang yang rohnya kuat walaupun jasadnya sakit, dia tidak akan terasa lemah. Tamsilannya jika kita sedang dalam keadaan kelaparan dan terserempak pula dengan harimau. Sudah tentu kita rasa kecut perut, takut teramat sangat hingga hilang rasa lapar tadi. Ketakutan pada haiwan tadi telah menguasai diri kita sepenuhnya, begitulah roh yang 'melihat' Tuhan takutnya seperti ketakutan melihat harimau.
Bagi orang yang rohnya tidak kuat, bila lapar saja dia sudah tidak larat, sudah mula pening kepala dan sudah tidak tentu arah. Dia mesti makan juga barulah boleh bekerja, berwirid atau berzikir. Begitulah yang terjadi pada generasi muda hari ini, roh sudah tidak lagi memberi kekuatan pada diri sendiri.
Saya pun rasa roh saya tak kuat. Mudah takut dengan masa depan, fikir bukan-bukan.
ReplyDelete-wina1979-
nanti akak cuba cari artikel cara-cara utk kuatkan roh, salah satu caranya ialah dengan selalu merintih-rintih, mengadu-ngadu apa saja masalah kita pada DIA, kerana dengan DIA kita boleh berbicara pada saja...
Delete