Asam Garam Kehidupan: Kenangan terakhir.....

Nuffnang

Pages

26 Sept 2013

Kenangan terakhir.....

Pagi tadi saya terima berita kepulangan abadi seorang kawan jauh.....

Terkejut.....tapi itulah hakikat sebuah kehidupan...

Saya sempat bertemu kawan ini dalam bulan 5 baru ni. Rumahnya di Kuang, Selangor. Sebenarnya saya ke sana kerana nak ziarah seorang kawan lain yang mengidap kanser usus.

Kalau saya ke Kuang ( amat jarang sebenarnya... batasan masa dan jarak yang jauh ) ke rumah kawan nilah saya tuju. Saya panggil dia cik Lah. Saya tak tau sakitnya yang lain selain tiroid. Cik Lah ni seorang yang sangat meraikan tetamu, kalau tahu saya nak datang dia akan siapkan makan tengahari walaupun dengan hidangan yang amat sederhana. Suaminya hanya seorang tukang rumah dan cik Lah pula cuma sesekali terima tempahan jahitan sebab katanya tak larat dek sakit tiroidnya itu. Sungguh saya amat terkenangkan sambal ikan dan tumis labu air yang dihidangkannya tempohari.....

Selepas raya puasa baru ni anak cik Lah kahwin, tapi saya tak dapat pergi sebab suami tengah tak sihat. Terkilan juga...

Saya tak bawa kamera masa ke Kuang tu, patut boleh snap dengan phone, pun terlupa juga...jadi tiadalah gambar kenangan saya bersama cik Lah...

Semoga suaminya tabah, Nadhrah ( anaknya ) juga tabah, dan semoga cik Lah tergolong bersama hamba-hambaNya yang muttaqin, semoga Allah membalas segala kebaikan cik Lah terhadap saya, Al Fatehah...

4 comments:

  1. Innalillahi wainna ilaihi rojiuun.. moga rohnya tenang di sana.
    Khususon ila ruhi almarhumah Cik Lah al-fatehah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dariNya kita datang....
      pagi tadi sempat bertanya khabar pada suaminya, rupa-rupanya cik Lah kena strok lumpuh sebelah badan

      Delete
  2. Innalillahi wainna ilaihi rojiuun..
    Semoga Allah menempatkan roh almarhumah diakalangan insan2 yg diredaiNYA....
    Al-Fatehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KepadaNya kita kembali....terimakasih sudi berkongsi rasa

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign