Saidina Umar Al Khatab apabila mendengar ayat-ayat Al Quran tentang siksaan Allah, serta-merta dia jatuh pengsan, apabila dirawat oleh para sahabat, mereka dapati ada dua garisan memanjang di pipi beliau lantaran terlalu kerapnya beliau menangis.
Ka'bul Ahbar ( seorang alim ) berkata: " Sungguh aku menangis kerana takut kepada Allah sehingga airmataku bertitisan, lebih aku sukai daripada aku bersedekah emas seberat timbangan diriku kerana tidak seorangpun yang menangis kerana takut kepada Allah Taala sehingga airmatanya berjatuhan di bumi kecuali dia tidak akan disentuh oleh api neraka."
Denga rahmat Allah yang maha luas, cukup dengan setitis airmata taubat yakni airmata kerana takutkan Allah, dapat menyelamatkan diri dari disentuh oleh api neraka.
Justeru itu marilah kita merenung ke dalam diri sejenak, berapa banyakkah kita telah menitiskan airmata kerana takutkan Allah? Kalau Nabi Adam yang cuma sekali terlanjur itu menangis begitu rupa, sepatutnya kita lebih lagi banyak menangis kerana kita memang sentiasa melakukan dosa....
Bukan sembarangan orang mampu menitiskan airmata kerana takutkan Allah. Hanya orang yang sensitif dengan dengan Allah yang mampu berbuat demikian. Kebanyakan kita menangis bukan kerana takutkan Allah tetapi kerana sebab yang remeh-temeh seperti putus cinta, kerana gagal dapat kerja, kerana gagal dalam dalam peperiksaan....yang kita takut bukan saja airmata itu tiada nilainya di sisi Allah, tetapi akan dipersoalkan pula kerana kita tidak redha dengan ketentuanNya.
Jadi jom kita latih-latih diri kita mengenang dosa, paksa-paksa dulu airmata keluar sebab takut dosa, mudah-mudahan Allah pandang kita dengan pandangan rahmatNya..
Ihsan google |
setitis air mata taubat dapat memadam api neraka. |
Airmata didalam sujud inshaAllah termakbul, walaupun bersyukur atau mempermudahkan penghijrahan. Biasanya bila benar-benar dalam kesusahan.
ReplyDeleteSebab itu Rasulullah suka berada dalam kesusahan dan kemiskinan, kerana ia dapat mengingatkan kita kepada Allah.
Deletelebih ramai yang menitiskan air mata kerana dunia ...
ReplyDeletebetul3x, menangis kerana dunia mudah...
DeleteKekadang kita terlalu leka mengutip dosa-dosa dari perkebunan noda. Kita terlalu jauh dari-Nya dan hanya mengingati-Nya tika derita menyapa. Titis-titis air mata kerna menginsafi dosa-dosa amatlah bermakna utk menghidupkan hidup agar tidak mati sebelum mati.
ReplyDeleteAlhamdulillah..bila dihidayahkan untuk insaf setelah melakukan dosa, yang kita takut, ada yang menyedari dosa, tapi berbangga dengannya, wal'iyazubillah...
DeleteMenangis kerana cinta biasa, menangis kerana dosa luar biasa
ReplyDeletemenangis kerana cinta berkaitan dunia..kan mudah kerana kita telah meletakkannya di hati kita, sedangkan menangis kerana dosa dan takut Allah, sukarnya kerana kita tidak cinta kepadaNya
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteMohon pencerahan.saya ada berkongsi info di atas dlm group wasap sy.ada teguran dr ahli.ayatnya mcm ni.
Maaf madeq...
Banyak kisah diatas tiada sumbernya;-
Contoh- hadist riwayatnya siapa @ kitabnya...
Dan kebanyakan kisah nabi Adam alaihi salam drpd sumber israelliyat...
Wallahu a'lam...
Mohon pencerahan.tq