Asam Garam Kehidupan: Hukum tidur selepas Isya.

Nuffnang

Pages

20 Nov 2020

Hukum tidur selepas Isya.

Biasa yang Rasulullah buat, baginda terus tidur selepas solat Isya. Lepas tidur kira-kira 3 jam, baginda akan bangun untuk solat sunat sehingga hampir masuk waktu subuh, Rasulullah tidur sekejap untuk menguatkan badan bagi mendirikan solat subuh. Saidina Bilal lah yang selalu datang memberitahu Rasulullah sudah hampirnya waktu azan subuh itu, lalu Rasulullah duduk sebentar, menyapu wajah baginda bagi menghilangkan kesan2 mengantuk. Rasulullah tidak mengambil wudhuk kerana baginda tidur sedangkan hatinya tidak tidur. Kalau Rasulullah dalam keadaan berjunub barulah baginda mandi dan mengambil wudhuk semula. Pernah Rasulullah sudah berdiri untuk mengimamkan solat subuh, baginda berhenti dan meminta para sahabat berdiri di tempat masing2, lalu baginda pulang seketika, kemudian baginda datang semula mengimamkan solat subuh tersebut. Rupanya Rasulullah terlupa waktu itu baginda dalam keadaan berhadas. Ini menunjukkan baginda juga adalah manusia biasa yang ada waktunya lupa, ada waktunya sakit, gembira seperti kita. Bezanya Rasulullah maksum iaitu terpelihara dari melakukan dosa.

Jadi hukum tidur selepas isya adalah sunat kerana ikut apa yang dilakukan oleh nabi. Melambatkan tidur pula hukumnya makruh kecuali bila kita ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Lagipun menurut kajian sains hormon growth akan keluar di awal malam, hormon yang meransang kesihatan sel badan kita, meransang awet muda..haa..bagus kan, sebab tulah Rasulullah awet muda, rambut baginda kekal hitam sehinggalah baginda wafat.

Ummm..tapi tulah, buat masa ni saya tak mampu lagi nak tidur lepas isya. Ada je urusan2 yang nak kena buat. Agaknya tunggu ensomi pencen, anak2 dah tinggal berdikari baru boleh buat kot, in shaa Allah..mudah2an.
Jom hari jumaat kita selawat 1000x..
Dan perbanyakkan sedekah juga. 
http://bit.ly/WinterAppeal_irmalaysia-jom kita santuni saudara seislam kita di Syria kerana mereka bakal menghadapi musim dingin dalam keadaan serba dhaif, tanpa rumah, tanpa makanan, tanpa baju sejuk..Allahu Akbar..

19 comments:

  1. Pernah juga tidur lepas Isyak. Kadang-kadang tidur sebelum Maghrib tapi bangun kemudian untuk solat Isyak dan tunggu Subuh.
    Tapi tidak selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita org melayu ni payah sikit nak tido lps isya, byk agenda kt tv betul tak😁

      Delete
  2. mari tidur awal. saya juga sedang mencuba tidur awal sekarang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusla az..kaum ibu ni payah sikit nak tido lps isya, byk tugas nak kena setelkan dulu.

      Delete
  3. selalu waktu lepas isyak tu memang mata rasa berat jee nak tido. tapi ada certain period kalo dah terlepas waktu tu segar mata kadang sampai ke pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul, kalo dah terlepas waktu ngantuk tu, lps tu jenuh nak lelapkan mata semula.

      Delete
  4. akak yg xde apa kerja nak buat lagi pun susah nak tidur lepas isyak.Kadang pukul 11 /12 pun payah nk tido.Tapi pasti sedar awal .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya pun ada mcm akk, susah nak tido, insomnia ke kak?

      Delete
  5. Terus rasa ngantuk..hihik.. hujan2 ni sedap tido, namun dah jadi mak2 ni tido memang terjaga je sokmo ☹️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila hujan mmg rasa nak berlengkor je kan syaz, tarik selimut best

      Delete
  6. LEPAS ISYAK BERAT JA MATA NAK TIDUR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla tu kak PI, tido lps isya ikut sunnah.

      Delete
  7. saya pula tidur lewat huhuuu..tgh cuba nk perbetulka waktu tido..tq sharing kak azimah :)

    ReplyDelete
  8. Kalau boleh saya pun nak amalkan selalu tidur selepas Isya' sebab memang ada bezanya jika tidur lewat malam. Tidur lepas Isya' badan lebih segar apabila bangun, dan dapat kembalikan tenaga sepenuhnya. Tidak lesu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya samala amie, tapi org ppuan ni biasa ada jr tugas yg nak diselesaikan, betul tak?

      Delete
  9. Tidur lepas isya' ni selalu akan terjaga awal sebelum subuh. Tapi kalau terlewat sikit nak tune semula waktu tidur lps isya tu payah. Sekarang pun waktu isya' awal. Hujan hujan ni lepas isya' lagilah mudah nak terlelap.

    ReplyDelete
  10. Tidur lepas isyak ni boleh kalau siang tu betul2 penat. Kalau tak pukul 1,2 baru lelap

    ReplyDelete
  11. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign