Asam Garam Kehidupan: Anak dare den kena kacau.

Nuffnang

Pages

2 Aug 2018

Anak dare den kena kacau.

Sape yang kacau anak dare den ni,  Oooooooo... Berani ek?  Tak nampak omak eh dah berdiri cekak pinggang dengan kain batik senteng sebelah tangan pegang parang nih??  Ooo... Meh ni,  den kasi ajor sikit,  berani eh.. kacau anak dare den,  meh sini2x,  siap kau!!

Hehheh..

Sape tak sayang anak weyh.  Lagi2 anak perempuan,  seribu kerisauan,  kekacauan bermain dalam otak mak2 yang ada anak pompuan,  lebih2x lagi kalau anaknya cantik ala2 retis kan,  retis cantik ek?  Kalau den tanya toklaki den.. "Bah,  cantik tak"? Sambil tunjuk gambar kat tv.. Toklaki den pandang sekilas,  pastu biasa dia cakap,..."emhhh.. Mekap je tu",  Ade ke?  Padahal kat mata den memang retis tu cantik.  Eh.. Takdelah den nengok drama melayu sangat pun,  sesekali adalah.. Cam terpaksa rela mengkhatamkan episode2 "andainya takdir 1 dan 2" hehe.. Pecah rahsia den.

Walaupun anak dara den si kakak tu tak secantik Nina Iskandar tu,  tapi adalah manisnya. Tu yang kono kacau tu..

Camni citernya.. Dah cuti sem 3 bulan kan,  memangle boring dok rumah sesaja,  padahal ada je kerja2 surirumah yang boleh dibuat,  dah namanya anak dara tak cukup umur lagi,  lagi best layan twitter kan,  kekunun nak belajar masakla sangat,  den start masak dinner kul 6, dia turun 6.30..bolehla takat2 potong bawang,  potong sayur.  Manalah tak kena bebel selalu, kata nak kawen...kan.

So,  selain dari main twitter naklah juga cari duit poket.  Sebenarnya banyak je kerja2 part time macam cashier,  pembantu taska.. Masalahnya takde kenderaan,  nak harapkan abah hantar, ambil takkan adanya,  hari tu dah dapat kerja pembantu taska. Bolehla kononnya duduk kat situ,  ada staff sorang duduk situ,  kalau duduk berdua ok lah kan.  Gajinya kira gaji hari,  sehari rm35 katanya.  Dah kerja sehari tapi masa nak pergi tu tak sempat bawak kain baju,  kicap,  beras,  telur semua sebab kena 'makan' sendiri.  Jadi den dengan toklaki pun malam tu pergilah hantar barang semua tu.  Tengok2 si kakak tinggal sorang.  Kata bossnya staff lagi sorang tu dah duduk rumah kakak dia dekat2 situ jer.  Yang toklaki den ni memang berkesah orangnya,  dia check semua atas bawah,  tingkap,  dapur,  bilik air.  Tengok2 tingkap pintu semua takde jeriji.  Dahle takde jeriji,  takde mangga plak tu.  Dah sah2 le abah tak kasi kerja,  kena balik malam tu jugak.  Tapi tulah.. Bila tanya gaji,  si BOSS taknak bayar,  walhal katanya gaji hari,  patutnya dah kata gaji hari kenalah bayar walaupun kerja sehari.. Ye tak? Bila den suarakan ketidakpuasan hati den sebagai omak nih,  dia pulak meroyan marahkan kami katanya masuk taska dia tak minta izinlah,  siap bukak tv lah,  mau je den jawab,  "tu anak dare den yang bukak,  habis tu dah duduk sorang2 takkan tv pun takleh bukak? " tapi kekdahnya den ni bukanlah orang yang suka bertokak walaupun dalam wasap je.. So den diam jelah, dan lepaslah den delete jelah contact nombornya.

So menganggurlah kakak dah 2 bulan dah. 

Semalam dapat offer kerja taska tempat lama dia kerja dulu. Yang ni senang sikit nak pergi,  boleh tumpang bas sekolah sebab otw je,  balik kerja bolehlah abah amik.  Lagipun dah biasa kerja kat situ sebelum ni,  dah ada pengalaman dengan suasana tempat tu.

Semalam dia start kerja.  Tapi abahnya takde sebab out station ( tapi masa kisah ni dientrikan,  abah dah balik,  dah tidur tu hah), nak balik naik grab,  amboii mak aii.. 9hengget tambangnya,  padahal takdelah jauh naw pun.  So si kakak decide nak tidur kat taska tu,  sorang2x...

Maka bermulalah kisahnya selepas pukul 12 malam.. Jeng3x..

Katanya dia baru terlelap,  tiba2 dengar ada bunyi benda jatuh, dia dah seram semacam,  bulu tengkuk pun dah meremang, dada dah dup dap2x,.lepas tu sunyi semacam.  Dalam dok takut tu,  dia buka surah al baqarah dalam phone.. dok tengah baca2 tu,  sekali lagi ada dengar bunyi benda jatuh.. Dia teruskan juga bacaan,  dalam dua jam lah juga.  Nasib baik lepas tu dah takde,  dia tidur.. Pukul 3 terbangun dah tak boleh tidur sampai ke subuh...

Tadi abah sampai rumah pukul 5, dia habis kerja pukul 6, tapi tak berani dah nampaknya nak tidur situ,  balik juga naik grab,  sampai rumah abah bayarkan.

So,  camane?  Nak kerja ke tak?  Entahle.  Tunggulah next episode yer.

9 comments:

  1. haih debor jugak gitu ye, nak diteruskan ke tak la tu harap2 semua berjalan lancarlah untuk anak dara akak tu.

    boleh pulak tak bayar gaji dia ye, teruk betul. ye lah kita makayah ni mestilah fikir keselamatan anak kita kan, takpe lah tak kerja pun asalkan keselamatan anak kita terjaga.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan kena kacau dengan orang huhu. .Tapi hat ni lagi seremmmm. 'Cha alip but' je la Kakak!

    Apapun ikut instinct akak sbb ibu. Kadang tu yang tak ghaib ni lagi bahaya dari yg ghaib tu. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Anak dara NA, baik dok kat umah, risau pula nak lepaskan keluar, skrg ni macam2 kes ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud sy gangguan demi gangguan yg tak disangka boleh terjadi.

      Anak laki tak terasa sangat..

      Delete
  4. Berat mata yg membaca ni..berat lg ibu yg memikior kannya..😊belum rezeki dia tu kak...tp seram aihh dok sorang2

    ReplyDelete
  5. seram jugak kalau duduk sorang macamtu yelah safety tu penting lagi lagi anak dara. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 186

    ReplyDelete
  6. Not safe for your anak dare to stay alone at the tadika. Lebih baik jangan kerja kalau macam tu.

    ReplyDelete
  7. huisshh….debo baca. takyah kerja la kakak. tolong omak jo lah kek rumah

    ReplyDelete
  8. saspen juga cerita nie..

    berdoalah selalu kepada Allah mohon pertolongan dan perlindugan..

    doa juga boleh menolak bala.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign