Asam Garam Kehidupan: Makwe baru @ Setia ecohill Park.

Nuffnang

Pages

26 Aug 2018

Makwe baru @ Setia ecohill Park.

Wit wit sape tu?  Janganla terkezut korang,  ini bukanla imej baru hakak,  ni saje je taknak bagi muka sun burn masa naik bukit setia ecohill ahad minggu lepas,  haaa.. .salah niat?  Hehe,  pelan2 kayuh. .In shaa Allah satu hari dapat istiqomah semula,  la ni tengah mengumpul kekuatan mental dan fizikal ni.  Tak caye?  Ni tengah mendaki bukit ni,  tengah mengasah kekuatan fizikal la ye tak? Walau pun sayup tertinggal di belakang.. 
Takdela rasa janggal sangat pun sebab dah pernah pakai zaman bujang dulu2 dalam jemaah Al Arqam sebelum diharamkan,  mytoklaki pun suko den pakai ni,  lansung diajak bergambar kenangan. 
Selepas mendaki bukit,  singgah ke majlis perasmian pecah tanah projek perumahan setia ecohill 2, ada basikal free boleh kayuh dua orang,  jom kita kayuh basikal,  lupakan kejap lutut yang sakit tu
Sebenarnya kawasan rekreasi ni baru dibuka kepada orang ramai,  jadi belum ramai yang tau tempat ni. Kalau korang nak pergi sini,  sampai ke semenyih korang google map jelah,  in shaa Allah sampai.  
Nak kata bukitnya tinggi tak juga,  dan tak perlu struggle pun sebab jalannya bertar,  tapi den tetap tak mampu bersaing dengan ensuami tu,  tengok tu,  sayup dia tinggalkan den di belakang. 
Hutannya sunyi,  udaranya segar.. Elokla sesekali kita berekriasi bagi badan berpeluh sikit kan,  terutama bakal2 jemaah haji yang nak menguji stamina,  nanti kat Makkah kena banyak guna kaki kan,  eh. .bukan den.. Den lambat lagi,  tak taulah daftar TH dah lambat,  gilirannya dalam 60 tahun lagi,  entah sempat entah tidak...Tapi minta2lah ada rezeki dipermudahkan jalannya. 

5 comments:

  1. Byk projek sp setia kt semenyih...exercise di kwsn hijau mmg best..udara segar..jemaah Al Arqam dulu popular kt sg penchala, ada produk sendiri..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya NA suami isteri. . rajin..

    Alyapun dah mula ada minat berniqab ni tapi tidaklah sepenuh masa, ada ketika, tengok kpd moid dia.. 🤗

    ReplyDelete
  3. best jln2 tempat baru gitu...tenang je suasana,tapi utk saya yg agak penakut ni👻..kna ramai orang baru confident sket😅

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....moga dipermudahkan ehem ehem....

    Aku kalau ada rezeki insyaallah tahun depan ni mak. Tulah ingat nak exercise exercise jugak ni. Tak larat wei bawak badan berat ni

    ReplyDelete
  5. seronok juga sesekali beriadah macam ni kan

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign