Asam Garam Kehidupan: Sabtu @ makan2 di Ikhwan Delight.

Nuffnang

Pages

20 Aug 2018

Sabtu @ makan2 di Ikhwan Delight.

Dah jenjalan.. Eh,  naik bot  di tasik wet land tu,  semestinya perut berkeroncong minta diisi.  Memang plan awal2,  nak paw duit mytoklaki hari ni,  sempena harijadi dia 15/8/2018 yang ke berapa,  takyah taulah,  biarlah rahsia,  wakaka. So,  ke mana kita?

Jom kita ke Ikhwan Delight.  Salah satu anak syarikat di bawah GISB Holding yang makin meriah di seluruh dunia.  Lokasinya di presint Diplomatik,  senang nak cari,  jumpa MyMydin,  ke depan sikit akan jumpa lah Ikhwan delight tu,  tapi buat masa ni namanya Ikhwan Chicken roested.  Ada juga kafe Ikhwan,  bakeri Ikhwan dan poliklinik  Ihkwan.  Baguskan?  Memang terbaik lah syarikat bumiputera Islam yang memperjuangkan ekonomi dan cara hidup Islam yang syumul ni.
Suasana dalam ICR atau nanti Ihhwan Delight.  Kenapa tukar nama?  Nanti akan pindah ke premis lot tepi,  suasana lebih selesa,  sebab kata pengurusnya bila bulan puasa berpusu2 orang datang,  nak masuk tak cukup ruang.  Kalau lot tepi at least ada kawasan yang lebih besar kat kaki limanya,  so boleh taruk meja kat luar. 
Sempena harijadi beberapa orang,  antaranya ensuamiku,  si kakak Aishah,  kakak Nadhrah,  abang Danish dan Umar Zikri,  haa.. Bayangkan berapa punya jimat, jadilah kan,  at least ada juga raikan.  Kami pilih ayam goreng ala kfc.  Mytoklaki tu kalau sebut nak makan kfc mau dia jeling maut kan,  yang ni ok.. Dia pun makan,  tapi kena topap dengan nasi goreng goreng kampung supaya kenyang.  Nak menu masakan panas pun boleh oder kat sini,  nanti dorang amik kat kafe Ikhwan kat seberang jalan je. 
Antara menunya. 
Lagi menu,  lebih kepada masakan western sebenarnya. 
Kami pilih set kombo,  rm49. 90 untuk 15 ketul.  So dapatlah makan 2 ketul sorang. Kenyang la juga.  Ada fries sekali. Ada menu lain yang nampak sedap sangat,  ramai orang oder malam tu,  tapi kami nak oder dah tak cukup bajet,  ngeh... Namanya ayam salai.. dibungkus dan dibakar dengan sos pilihan contohnya kuah lemak kuning,  atau sos lada hitam, memang nampak sedap sangat orang makan sambil menjilat jari,  nasib dah kenyang,  kalau tak mau guling2 minta suami pegi cari atm...

4 comments:

  1. sokong biznes Bumiputra...banyak pilihan..

    ReplyDelete
  2. Wahhh NA, makan besar nampak..

    Selamat hari lahir buat semua..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try ....
    Yelah kalau bukan kita yg support produk islam sapa lagi kan... Teringin nak tengok produk Islam ni akan sama gah mcm KFC

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign