Asam Garam Kehidupan: 10 Ramadhan pkp.

Nuffnang

Pages

4 May 2020

10 Ramadhan pkp.

Alhamdulillah, akhirnya anak yang sangkut di UIA kampus Kuantan selamat sampai ke rumah pagi semalam. Alhamdulillah terasa lepas beban yang berbuku di hati. Lega perasaan melihat 5 orang anak berkumpul waktu berbuka puasa. Lepas terawih pakat moreh sisa2 makanan berbuka depan tv.
Sosial distansense (betul ke salah ejaan aku nih🤭) atas seat sebelah dia tolong bawak balik guinea pig kawan dia 2 ekoq, tu dalam beg hitam dalam kotak..kawannya sama duk semenyih tapi dah lepas balik awal dah.

Hermmmm..hari ni 4hb..pkpb...kawalan pergerakan dah dilonggarkan. So kawan2 saya nak pesan pada diri saya dan pada sape2 yang sudi menerimanya..jom kita ambil iktibar dari kisah perang Uhud, pada pusingan pertama tentera islam menang cemerlang sehingga musuh lari bertempiaran. Tapi sebelum perang baginda nabi sudah berpesan sungguh2 pada tentera pemanah yang berada di atas bukit supaya jangan turun dari bukit walau apapun yang terjadi..walau melihat jasad baginda dan sahabat dirobek burung pemangsa sekalipun, jangan turun dari bukit, tetapi bila melihat musuh lari bertempiaran sahabat yang bertahan di atas bukit lupa pada pesan Rasulullah, dari 50 orang tinggal tak kurang dari 10 orang sahaja yang masih ingat dan pegang sungguh2 pesan Rasulullah supaya tidak turun dari bukit...apabila tentera musuh melihat tiada lagi pertahanan islam di atas bukit, mereka mengambil peluang menyerang kembali dari belakang...dan kali ini tentera islam telah dikalahkan dengan memakan korban sehingga 70 orang sahabat syahid di medan uhud tersebut. Baginda sendiri cedera parah sehingga menitis darah baginda yang mulia di medan uhud...

So..ambillah iktibar dari peristiwa perang Uhud...ingat..kita belum menang sepenuhnya.

14 comments:

  1. Betul tu belum menang lagi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semua ada di rumah...dah start PKPB, kena pergi pejabat, lemas pakai mask dlm air-cond..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lagi kot nohas pakai mask dlm ekon, hihi..cer bayangkan doktor nurse pakai mask, pakai baju ppe yg tebal dan berlapis tu, huhu takleh bayangkan

      Delete
  3. ALHAMDULILLAH DPT BERKUMPUL SEKELUARGA

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah akhirnya dapat balik jugak ehh dekat rmh tu. Nasib baik, aril balik awal2 lagi. Hehe. Aril singgah sini jap ehh... Uitm tu dh pksa balik awal2.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Alhamdulillah dah selamat sampai dan dpt berkumpul semua sekeluarga. samalah mcm saya, Bila dh nampak anak2 depan mata barulah lega.. moga Allah SWT mengangkat ujian ini dan meadaan kembali pulih seperti sediakala..amiinn

    ReplyDelete
  6. Anak sedara yang belajar di uitm puncak alampun selamat sampai di rumah 2 hari lepas.

    Nak balik ke kg halamanpn tak pasti bila, jadi bila dapat peluang balik, dapatlah beraya dia dgn kami di sini.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah selamat smpi anak dirumah ye zimah..
    Tak kena kuarantin dulu dirumah..

    Betul Tu..
    Kita belum menang..
    Kita jaga Kita..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ... cukup korem ye Zim....Apa yg ko maksudkan dengan guinea pig tu?.... mcm bear tu ek hihi.... bizi body nak tau jugak hahhaha...
    Yelah kan.... belum betul betul stabil sebonar eh sekarang ni, kena berhati hati jugak. Tapi den lega sebab budak lum naik sekolah

    ReplyDelete
  10. Ala...cam hemster tu, tapi lagi besar, siap ada jambul lagi, kiut wey..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..lega bila anak dah balik rumah dan duduk rumah bersama. Kalau tidak dibebani kerisauan je kan. stayshome staysafe. Moga kemenangan milik kita semua. Aaminn...

    ReplyDelete
  12. tq atas reminder tu.
    perang uhud. sgt bermakna.
    terus aida nak google more about perang uhud.

    lega la kan. anak2 complete depan mata.
    hati senang.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign