Asam Garam Kehidupan: Sketsa 24 dan 25 Ramadhan pkp..quiche and leko.

Nuffnang

Pages

18 May 2020

Sketsa 24 dan 25 Ramadhan pkp..quiche and leko.

Dah 25 Ramadhan...dah nak habis sebulan puasa...macam2 perasaan berhimpun dalam dada..mesti korang pun ada rasa2 itu..kan??

Ramadhan yang bahagia. Kami anak beranak teruja nak mengkhatamkan 30 juz, walaupun yang perempuan terpaksa mengambil cuti bergilir2..
Lebih bahagia rasa hati bila 5 orang anak sudah berkumpul dan semua turun mengerjakan tarawih berimamkan abah. Abah pulak selesai 4 rakaat akan bagi turn kepada 2 orang abang besar untuk sama2 jadi imam terawih. Si Umar Zikri pun dah boleh jadi bilal...Subhanallah wabihamdih...dah lancar pun baca doa terawih.

Semalam edisi western. Ejaannya quiche, sebutannya den tak sure, quici ke quisi, Umar Zikri sebut kuaci..haha.
Den takdo acuan yang boleh buka2 tu jadi guna jelah loyang biasa tu. Yang base dia tu..tepung gandum secawan, mentega sejuk, garam dan air sejuk. Bancuh2, simpan setengah jam dalam esbok, keluarkan canai2 letak dalam loyang bakolah dalam 30 minit suhu 150c.
Intinya.
-cendawan butang 5 biji.
-Bawang holland sebiji potong dadu.
-karet separuh..potong halus.
-capsicum merah sejuring potong dadu.
-isi ayam potong nipis2.
-3 ulas cili akar hijau, ni den yang pandai2 tambah sebab nak ada rasa pedas2 sikit.
-secubit garam.
Semua bahan tu tumis sekejap je. Lepas tu pecahkan sebiji telur dalam sesuku cawan susu cair. Patutnya guna heavy cream, den tak ponah boli menatang ni, mana nak ada kan, so ganti jelah dengan susu cair. Dahtu tuang dalam base tadi, atasnya tarukla cheese, dahtu bakar semula dengan suhu 160c dalam setengah jam juga. 
Boleh tahan sodap eh, sesuailah dengan selera anak2.

Hari ni den buat kopok leko pulak. Buat sikit je. 
Yang ni den taknak rebuih. Kang nak buko terus goreng je.
Ni den guna ikan selayang, atau orang KL panggil ikan sardin. 5 ekor jr. Amik isinya. Blend, campur dengan 3 senduk kecik tepung sagu. Tepung sagu ni den boli masa balik Terengganu dulu, ket sini den tak taulah ada ke tak jual. Orang teganu memang guna tepung sagu untuk buat kepuk leko. Dah campur tepung sagu, den campur agak2 dua senduk kecik tepung ubi kayu, secubit garam dan sikit je ajinomoto. Uli2 dan gentel2 jadi macam dalam gambar kat atas tu. Kalo nak rebus boleh rebus, kemudian goreng. Pun sodap juga.

13 comments:

  1. Alhamdulillah..tarbiyyah bermula di rumah..sedapnya kepok leko homemade..sedap ni buat kudapan moreh..

    ReplyDelete
  2. Wah keropok leko home made.
    Quiche pun buat sendiri. Serba boleh.

    ReplyDelete
  3. Wah...alhamdulillah 30 juz...saya niat juga tapi cuba setakat mampu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..anak2 semangat nak mencuba fida.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    new normal yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. saya juga yang berdua sahaja dengan ibu_suri sepanjang pkp...

    ReplyDelete
  6. Rajin awak memasak ya..

    Kita makin hari makin lemau.. kdg2 idea ke laut.

    Jika teringin je order nasi kerabu talam @ beli nasi kukus.. tukar2 selera

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..
    Hikmah Di sebalik PKP Kan Azimah..
    Byk yg bermanfaat bersama Di lakukan..
    Mendidik mereka semua kejalan yg diredhai Allah SWT..
    Maka terbentuk lah keluarga sakinah.. warahmah..

    Den puasa ni byk beli dr jiran2 yg meniaga.. dorang selalu meniaga Di bazar Ramadan.. Tahun ni Kita sokonglah meniaga online dorang Kan..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..seronok berkumpul macam ni dan berjemaah sekali.

    ReplyDelete
  9. Terliur nengok quiche tu buat sendiri lagi. Keropok lekor mmg sedap tak boleh bawak bincang 🤤🤤

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign