Asam Garam Kehidupan: 30 Ramadhan hari ni..

Nuffnang

Pages

23 May 2020

30 Ramadhan hari ni..

Jumaat, last jumaat, 4x jumaat....masih dalam pkp..bersyarat katanya..pandai2lah kita, masing2 dah cukup dewasa, dikurnia Allah akal yang sempurna, boleh menilai dan menimbang mana yang baik dan buruk untuk diri dan keluarga..
Hari ni 30 Ramadhan...sabtu..dan esok ahad..in shaa Allah kita meraikan aidil fitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa..
Dah makin ke hujung puasa ni dah makin malas nak berentri, hrmmmm..

Persiapan raya? Serius tahun ni lansung tak buat apa2, cuma kemas2 rumah..tapi kemas rumah tu kan memang selalu buat. Cuma kali ni dapat buat bersama anak2..sorang menyapu, sorang cuci kipas, sorang mengemop.

Semalam keluar cari bahan nak masak untuk pagi raya, sekadar buat rendang dengan masak nasi impit, cukup dah tu untuk raikan anak2, beli kerepek sikit camtulah..mak aiiii...ramai sungguh orang keluar nak beli barang, banyakkk kereta kat jalan cam bukan dalam pkpb dah...kat pasaraya tu nak masuk memang kena beratur, tapi kat dalam pasaraya tu ramai orang, nak kata jaga jarak semeter tu takkan adanye lah wey..

Ermmm cukuplah takat ni jer, nak gi settlekan ayam untuk buat rendang petang kang, nak sambung kemas dapur sikit, nak buang apa2 yang tak boleh guna tu..
Korang, sahabat2 alamaya yang dikasihi..selamat menyambut syawal dengan norma2 yang lain dari syawal2 kita sebelum ni..kita masing2 ada cara kita sendiri untuk meraikan syawal, walaupun mungkin tak semeriah syawal kita sebelum ni, syawal tetap kita raikan sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa..dahla takyah la sedih2 sebab tak dapat balik kampung, kita kan masih ada keluarga kita masing2 ye dok, at least kita tetap ada rendang, ketupat, nasi minyak, lemang bagai..jauh lebih baik kalau nak dibandingkan kita dengan ummat islam yang tinggal di negara yang tengah bergolak seperti Syria tu, kan??
Dan minta ampun maaf salah silap bicara saya di sini, yang terlebih gurau, terlebih komen tu, maafkan saya ye..

Salam syawal 1441 H, semoga Ramadhan dan syawal kali ni bukanlah ramadhan dan syawal kita yang terakhir, dan kalaulah yang terakhir pun, mudah2an inilah ramadhan dan syawal kita yang terbaik.
Terang lagi bersuluh dah ni, haha..

6 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA NOR N FAMILI BERGEMBIRALAH MENYAMBUTNYA

    ReplyDelete
  2. Samalah takde buat persiapan sangat. Buat rendang dan sambal udang.
    Ya harap Ramadan terbaik tahun ni. Tingkatkan jika berkesempatan jumpa Ramadan tahun depan.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Azi. Maaf zahir & batin ye. Sama lah kita ala kadar je raya tahun ni. Kat rumah je 😁

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Selamat hari raya maaf zahir batin buat akak sekeluarga. moga syawal yang diraikan memberikan kegembiraan biarpun sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya buat akak sekeluarga 🌹

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign