Asam Garam Kehidupan: pokok roselle ensomi.

Nuffnang

Pages

15 Sep 2020

pokok roselle ensomi.

Bukan main banyak buahnya, bersisik. Pokoknya ada 5 batang. Baru ni ensomi petik, saya try buat jeruk, sedap tu sedap..tapi buahnya tu berlendir, so takde sape yang sudi menjamahnya hatta yang tukang buatnya pun tak lalu, adalah tersimpan dalam esbok tu tak bermakan.
Buahnya kemain meriah. Pokok ni adik ipar yang bagi, dia semai tapi dia takde tanah sebab rumahnya tak bertanah, sedang elok besarnya nak kena pindah ke tanah, cepat sungguh besarnya ditambah dengan hujan pun banyak, hrmmmm...macam tak cukup batang dia berbuah.
Esok cuti 16 sept, bolehlah minta ensomi petik, saya nak try buat jem dan jus. Kalau dikeringkan boleh buat macam asam keping tau. Masamnya tu memang menciutkan deria rasa, hihi..
Bunganya pun syantikk juga.

11 comments:

  1. Replies
    1. Aah, agaknya sebab ditanam atas tanah subur elok dia

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Baru la ni saya dgr buah roseele buat jeruk.. biasanya kalau saya masa kecik-kecik dulu makan mentah gitu je kelopaknya, takpun buat air.. tapi la ni tempat saya susah dah nak jumpa.. xdak dah orang tanam kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ustaz.
      Tu saya punya idea la camane nak buat dgn rozelle ni tu yg try buat jeruk kot2 boleh lawan jeruk pak Ali, haha

      Delete
  3. Emak pernah dapat buah Roselle daripada adik memang buat jus.

    ReplyDelete
  4. banyaknya rosel xlama dh boleh petik buat jus

    ReplyDelete
  5. Banyak tu kak. Kalau ada roselle banyak suka buat jem atau pati roselle. Tak pernah lagi buat jeruk.

    ReplyDelete
  6. nanti akak share jus dan jem nya ya ;)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, banyak hasilnya..suka warna roselle ni, merah..

    ReplyDelete
  8. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign