Asam Garam Kehidupan: Seharian mengerjakan cik Roselle.

Nuffnang

Pages

17 Sep 2020

Seharian mengerjakan cik Roselle.

Kan cuti semalam, so dapatlah encomi kita petik hasil ladang(lah sangat🤭 kan..eh, bolehkot panggil ladang sebab dia tanam macam2 di tanah rezab sekangkang monyet tu..monyetlah tukar sudah, sebab banyak monyet) iaitu buah roselle yang ranum, eh..ranum untuk buah yang manis kan?

So, dia dah petik dia lah kena mengerjakannya iaituuu..membuang biji roselle supaya dapat direbus untuk dibuat jus dan jem oleh sang isteri dia..
Biji roselle ni pun direbus untuk mendapatkan pectinnya..korang jangan tanyo den pobondo pectin tu, tapi den tengok ket dalam youtube kono buek camtu. Rebus sampai tinggal separuh air rebusan tu. Laie satu, jangan dikomplen dinding belakang tu yo, den baru siap masak sambal tu, takdan laie nak berosihkan, dah siap kang baru lap sumo tu, sonang takdo nak kono lap bebanyak kali.
Ni kelopak roselle direbus sampai layu. Asal penuh piuk ni, dah layu tinggal banyak ni. Dah sudah, kita keluarkan kelopak dia tu, masukkan gula perang. Den nak bagi sukatan tak ghotilah plak sebab takdo penimbang, tak tau berapa kilo entah yang dipetik semalam tu. Tapi kalau ikut resepi yuotube 1:1..sekilo roselle, sekilo gulo. Den guno gulo perang nak bagi sihat sikit. 

Pastu nak buat jem, kelopak tadi campur dengan pectin yang kita rebus dari biji tu kan. Agak den ada sekilo kot. Campur dengan 3 biji epal hijau. Takyah bebanyok yo, kang roselle masam, epal masam..kang bertambah2 kemasaman. Pastu tambah sekilo gula perang, tu pun tak cukup manis, den tambah lagi dengan 3 keping gula nisey/nisang. Alahhh..tu yang orang buat inti buah melaka tu, tapi yang ni jenis nipis punya...barulah manis secukup rasa.

Siap untuk dipasarkan..ehehhh..takdo maknonyo lah..den nak bagi kat mak2 budak ngaji den ni jer. Yang dalam botol tu jus eh, yang dalam bekas kecik tu jem eh. Mana yang dapat jus tak dapat jem, mana yang dapat jem tak dapat jus..gitulah ceritanya.

Memang boleh tahan sodap jus roselle ni. Bancuh ngn air sojuk lak tu. Haduihhh...logo anak tokak. 

Ada separuh lagi buah roselle kat pokok tu.

27 comments:

  1. Alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki berbakti pd tanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ya betul. Nak bagi sedekah duit pun, duit takdo banyak..hihi

      Delete
  2. Haha banyaknya. Boleh jual tapi bagus beri hadiah pada orang lain.
    Jus roselle memang sedap kalau pandai proses jus awal-awal.
    Wah pengetahuan baru biji itu boleh buat pectin. Saya tahu apa itu pectin iaitu ejen pemekatan memang selalu digunakan dalam buat jem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh pectin tu ejen pemekat yo. Nak cari dlm google malas la pulak,hihi

      Delete
  3. Terbayang bayang pulang air reselle sejuk lalu kat tekak ni

    ReplyDelete
  4. JEM ROSEL XPERNAH BUAT RAJIN NOR MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sedap kak PI, saya sapu kat biskut tawar pun sedap. Rajin sikit jer, hihi

      Delete
  5. hah..hah...my dinding kat kitchen pun macam tu. Kekadang terlupa nak lap heh..heh... Roselle tu dulu2 time PH kat sekolah dorang panggil Ribena flower. Tapi rasa ia tak sama pun dengan Ribena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..dah nak cepat mmg boleh lupa kan PH.
      Ya, memang ribena lagi sedap rasa dia..tapi ribena mahal..hihi

      Delete
  6. macam sedap je jem ni..shida xpernah rasa lg ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai shida, salam kenal😊
      Sedap shida, sapu kat biskut pun ok.

      Delete
    2. yeke..menariknya..pandai azimah buat jadi jem dan jus :)

      Delete
  7. Terlihat sedap.
    Meski saya belum pernah melihat langsung seperti apa Biji roselle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Him belum jumpa lagi ditanam di sana, apakata Him aja menanamnya sendiri, boleh jadi satu perusahaan betul nngak

      Delete
  8. ngaaaa sedapnya! terasa2 di tekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli ribena syaz, lebih kurang tulah rasanya

      Delete
  9. Replies
    1. Sikit2 je cikgu,youtube jadi rujukan, hihi

      Delete
  10. kak ana pun tengah menuai roselle sejak dua menjak ni tengah lebat berbuah ,musim kut ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana buat apa dgn roselle tu? Lps ni saya nak try buat sos pulak, mana tau kot sedap kan

      Delete
  11. Roselle yg selalu dibuat utk sirap air tu kan kak. wah, first time tgk buah roselle fresh dijadikan jem atau jus. nice info kak. huhu.

    ReplyDelete
  12. Ya GV, itulah dianya, suami akk tanam menjadi2 buahnya. Akk baru try buat sos pulak, nnt akk update.

    ReplyDelete
  13. Sedap ni. hari hari ulang minum jus roselle. sapu roti dengan jem roselle.

    ReplyDelete
  14. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign