Asam Garam Kehidupan: Ayam PPNJ

Nuffnang

Pages

3 Sept 2020

Ayam PPNJ

Sape tak suka makan ayam kan? Anak2 terlebihla suka makan, digoreng., digulai, dibakar, disup..semuanya sedap. Tapi saya ni alergic ayam. Kalau makan habis jadi gatal..alergic sebab ada suntikan hormon. Telur pun saya tak boleh makan.

Tapi Alhamdulillah sejak jumpa ayam PPNJ ni, saya dah boleh makan ayam..yeyyy..
Ayam keluaran pertubuhan peladang negeri Johor. Takde suntikan hormon dan vaksin. Rasa daging ayam pun sangat berbeza, tekstur dia lebih kenyal dan isinya manis. Yang ni ayam popcorn. Puas hati sebab memang isi ayam betul, takde campur kulit. Ada ayam potong ikut saiz, sate..kalau nak tahu lebih lanjut nanti boleh search laman web dia.
Sejak jumpa ayam ppnj ni, hati dah tak berbelah bahagi dah bila nak makan ayam, haha..puas hati sangat. Yakin halalan toiyibah.
Nak cepat dan nak senang punya pasal, asalkan anak2 suka makan.
Jom saya syer resepi terlajak simple tapi terrrlajak sodap weyh..
-Goreng ayam popcorn hingga kuning.
-Tumis cili blend, masukkan bawang putih yang diketuk, masukkan bawang holland.
-Masukkan 3 sudu sos cili dan 4 sudu kicap manis.
-Kalau ada perencah tomyam adabi bolehla masukkan setengah sudu besar.
-Last sekali masukkan ayam popcorn tadi. Garam takyah dah, in shaa Allah dah secukup rasa, hingga menjilat jari gituh..tak caye cer try😉😉

12 comments:

  1. Ayam popcorn masak kicap ya?

    ReplyDelete
  2. Entahla Na, tapi bukan masak kicap, masak sos kot, takde kuah pun tu.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, nnt kita cuba ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa UA..takat resepi simple camni, apala sangat..UA ada resepi lagi best ye tak, hehe..

      Delete
  4. AYAM POPCORN MESTI SEDAP DIMASAK APA SAJA...CUBA MASAK RENDANG NOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam popcorn masak rendang te kak PI, cam best je.

      Delete
  5. Eh senangnya rupanya kak, boleh cuba la weekend ni, jadi misi kena cari ayam ni jugak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat syaz, sebab takyah basuh2 dah, campak je dlm kuali pastu tuang sos dah jadi, hihi

      Delete
  6. Ayam popcorcn paling fav. Kalau nak tunggu kfc punya mesti tak puas sebab sikit 😅 memang cari lain dekat luar goreng sendiri 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sarah, beli goreng sendiri puas hati, dpt makan banyak ye tak.

      Delete
  7. Nmpk sedap..tk pernah jumpa lg brand ni..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign