Asam Garam Kehidupan: Share resepi laksa kuah lemak.

Nuffnang

Pages

7 Sept 2020

Share resepi laksa kuah lemak.

Seronok pulak share resepi masakan, hehe..tapi janganla fikir daku kan berubah arah menjadi blog masak memasak pulak, sebab daku bukanlah tukang masak pro pun, sekadar tukang masak di dapur suamiku saja ok lorr.๐Ÿ˜„

Sape suka makan laksa angkat tangan..hashhash..tapi susahla nak dapatkan laksa keluaran muslim, aritu ada jenama sufi..tapi susah nak dapat. Semalam singgah kedai aceh jumpa pulak laksa ni..
Laksa beras Terengganu korang, keluaran muslim. Den suka ni. Cara guna pun sonang, just celur dengan air panas, tak perlu rebus ye,lain kali kono singgah lagilah ke kodai aceh tu jawabnya. Kat Mydin takde pulak jenama ni. Mungkin ada di cawangan lain ke wallahualam la..

Well..ekceli..chehhh..
Haha..
Nyampah ye korang๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Okla..sebenarnya resepi kuah putih atau kuah lemak tu sama je dengan resepi kuah laksam. Tapi jomla den share kepada sape2 yang belum tau tu.
..ikan sardin besar 5 ekor rebus ambil isi. Tulangnya boleh diblend dan airnya boleh masukkan dalam kuah untuk lebih kaw
..santan dari sebiji kelapa sukatan untuk 2 bungkus laksa.
.. Bawang besar 2 biji, lada hitam setengah sudu besar diblend bersama.
..garam dan gula secukup rasa.
..ulam2an seperti timun, daun kesum, kacang panjang dipotong halus, tauge..semua ulam ni tak perlu celur ye.
..Cili kering yang diblend bersama sedikit saja garam.

Cara memasak.
Masukkan bawang dan ladang hitam yang diblend tadi ke dalam santan. Masak santan hingga mendidih, kena sentiasa kacau ye adik2 jangan kasi pecah minyak. Bila dah mendidih baru masukkan isi ikan yang sudah diblend tadi, terus padamkan api ye. Jangan biar mendidih lama bila dah masukkan isi ikan tu, kalau tak nanti isi ikan tu mendap ke bawah, ha..itu tak best.
tadaaa..dah siap. Camnilah cara dihidangkan. Ulam tak cukup plak tu ha, takdo kacang panjang, bungo kantan pun takdo, toge pun takdo, tapi nohal lah, asal ada timun cukup dah.
Jemput makan ye kawan2. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.

15 comments:

  1. Kalau orang tidak suka sayur tidak kisah laksa tidak cukup bahan.
    Mee yang digunakan laksa Terengganu tidak sama dengan mee untuk laksa utara ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama kot, ini guna tepung beras..kalo laksa utara tu guna tepung sagu rasanya.

      Delete
  2. Susah nak jumpa laksa keluaran muslim kat shah alam nie :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak, lama tak makan laksa macam ni. Nak masak, takut tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je syaz, bahannya pun tak banyak..try la buat๐Ÿ˜

      Delete
  4. Sedapnya...dah lama x mkn laksam...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya NA, lama tak buat, bak sini semangkuk..

    Jika saya tambah halia sikit dalam kuah laksa tu, bahan2 lain sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu, asam keping

      Delete
    2. Boleh juga UA, tapi kami tak letak, sbb dah ada lada hitam tu. Lagi satu kalau arwah mak dulu masa rebus ikan tu siap taruk lengkuas dan asam keping tu, so dah potong dah bau hanyir tu.

      Delete
  6. macam laksam kan azimah, boleh lah nanti nak try :)

    ReplyDelete
  7. ADA PRODUK LAKSA SEGAR YA SENANG GITU XYAH REBUS LAMA SANGAT

    ReplyDelete
  8. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign