Asam Garam Kehidupan: Bila nak beli uniform sekolah.

Nuffnang

Pages

6 Dec 2020

Bila nak beli uniform sekolah.

Tahun 2020 ni mencatit sejarah di tanah air kita tempoh persekolahan paling singkat, lebih kurang 4 bulan sahaja seterusnya anak2 bercuti panjang disebabkan pandemik covid yang masih belum reda sepenuhnya. Di Selangor pun masih pkp, hanya beberapa daerah saja yang dah bebas pkp. Pkpb disambung lagi dari 4 hingga 26/12..eh..betul ke..haha..dah letih dah nak dengar info sambung pkp ni. Cuti panjang tapi nak balik kampung pun tak dapek, huwaaaa🤧🤧

Tu yang dok berkira2, bila nak pergi cari uniform sekolah si Umar Zikri ni. Tinggi dia mak oiii, omak eh dah jauh ketinggalan. Seluar sekolah dia dah naik atas dari buku lali. Hujung tahun lepas masa beli tu memang tutup buku lali sebab cadang dah malas beli uniform, memandangkan tinggal setahun lagi nak habis sekolah rendah. Tapi nampak gaya memang kena beli juga lah.

Uniform sekolah rendah mungkin belikan seluar saja. Bajunya boleh pakai lagi.
Uniform sekolah agama memang kena beli sepasanglah sebab takde jual asing2, jadi walaupun bajunya masih elok, nak tak nak kena beli 2 pasang juga.

Kasut sekolah belum check lagi. Tapi rasanya kena tukar juga. Bukan saja meninggi, saiz tapak kaki pun memanjang tu.
Cumanya dok berkira2 bila nak pi cari. Betul ke pkp tamat 26hb? Kalau sambung lagi camane sekolah? Cuti lagi ke pi sekolah ikut sop? 
Dah ada tengok iklan "back to school" merata2😁 cuma tengok takde pun lagi parent pi cari kelengkapan sekolah..agaknya diorang pun macam aku, dok berkira2 duit dalam poket, tunggu dan lihat bila tarikh persekolahan yang muktamad, tunggu last minit macam aku juga agaknya.

14 comments:

  1. betul kak, seluar anak saya semua dah senteng, kondisi elok lagi sebab jarang pakai kan tahun ni ahaha.. aahla, tak terfikir pulak nak gi beli baju2 sekolah..pkp punya pasal

    oh ya,akak terlepas cerpen latest ek, boleh baca kat sini hihi https://www.syaznirahim.com/2020/12/kerana-aku-tahu-fiksyen.html

    ReplyDelete
  2. Ya syaz, uniform semua masih baru. Nnt kena bagi kat sape2 la kan, sayang pulak kalo buang.
    Akk dah baca dah, cuma blm sempat komen je. Nak komen tu nak kena pikir juga, hihi

    ReplyDelete
  3. Aah skrg dh bulan december kan. Nk kena cari baju sekolah anak2 dh ni.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Ye, cuma dok berkira2 mana yg nak didulukan.

    ReplyDelete
  5. betul tu azi, tahun ni segalanya mencabar dan menguji kita sebagai hambaNya. Semoga 2021 ada sinar baharu dan kita tidak perlu lagi terikat dengan norma baharu yang tidak begitu indah dalam melayari kehidupan sesama insan dan kepada Yang Maha Pencipta, aamiin

    ReplyDelete
  6. Sama lah anak bobgsu akak ni,seluar dah senteng.Last beli pun masa nak naik sekolah menengah dulu.Tapi akak rasa nk beli last minute je sbb sekolah pun ntah bila bermula.

    ReplyDelete
  7. Takpelah tunggu pengumuman terkini. Beli awal-awal nanti takut sekolah buka lewat.

    ReplyDelete
  8. Tak tersedar pula akan bermula sesi persekolahan tahun 2021. Memang kena beli pakaian jugalah untuk Firdaus. Dah bulat badannya, perut dan pipi pun macam belon.

    ReplyDelete
  9. Belum sempat nak testing baju tahun ni. Confirm kasut sekolah semua pasang tak muat ni.

    ReplyDelete
  10. harap2 kes covid cepatlah reda, kesian budak2 nak sekolah..

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni masih tak boleh nak rancang apa. Selagi tak ada pengumuman tu, tunggu je lah kita. kejap betul berlalu tahun ni. PKPB dilanjutkan kali mujur juga dilonggarkan boleh rentas daerah/negeri.

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni kena selalu tengok tv, part Dr Hisham dengan Dato Sri je laa.

    ReplyDelete
  13. Dalam setahun ni, sekejab je budak ni sekolah. Lama kat rumah, ada yang membesar, meninggi.. Itulah kena beli baharu baju uniform sekolah tu. Hihi.

    ReplyDelete
  14. Kita tak komen lg ya kt sini, rasa2nya dah pernah baca.

    Umi dah tua, pelupa..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign