Tapi perhatikan kalau daun2nya mula kecil, batangnya mula kecoklatan maknanya ros jepun anda telah diserang dengan ganasnya oleh musuh bawah tanah yang tak kelihatan melainkan anda selongkar tanah2 dalam pasu tu.
Lepas sehari ke sehari nak mengerjakan, asyik tertangguh2..hari ni tak boleh jadi..habis je budak ngaji pukul 11.30 tadi, den memulakan operasi membasmi musuh ros jepun.
kamera tepon den ni tak berapa nampak. Makhluk halus ni warna putih2 macam yang selalu menyerang pokok cili membuatkan daun cili jadi kerinting tu. Habis akar2 pokok tu diserangnya. Jadi akar2 ni semua kita buang je, kita ambil batangnya saja untuk semaian semula.
Tanah tu den bancuh dengan air racun pembasmi makhluk putih tu (memang den tak tau nama menatang ni), biar mati semua menatang tu. Nanti tanah tu bolehla guna semula untuk semai balik ros jepun den nanti. Harap2 la ros jepun den berbunga meriah semula menyerikan laman dengan keindahan dan kemeriahannya.
Ros jepun ni cantik bila kita rajin gemburkan tanahnya. Mudah je..kita patahkan batang2 dia semua sekali, kalau tanahnya dah kurang kita tambah, buang je akar2 dia sebab dia cepat je berakar semula. Lepas tu kita cucuk2 je semula. In shaa Allah kalau takde apa2 masalah, 2,3 minggu nanti dia akan berdaun dan berbunga cantik semula.
Harap hidup semula ros jepun itu.
ReplyDeleteBagus akak bagi tips untuk pasti kan ros jepun hidup.
boleh guna semula ye kak tanah tu..baru tau ni..tq
ReplyDeleteاسلام عليکم..
ReplyDeleteRupanya pokok ni pun ada musuhnya yer.. Saya panggil swbagai pokok bunga kembang pukul 10..hihihi
Wsalam.
DeleteAkk takleh trace la blogger namakucella ni. Minta maaf sangat2, tak dapat nak balas kunjungan, apapun trmkasih sudi meninggalkan komen
cantiknya kak, rumah dana ros jepun tak berapa menjadi... sebab kurangnya sinaran matahari... biasa kul 1 ke atas baru kene matahari tu pun tak lama, ini lagilah mendung je
ReplyDeleteYe dana, masa tgh cantik mmg meriah sangat berwarna warni, habis buat org geram, harap2 lepas ni okla semula.
DeleteRumah kita dah tak ada bunga2an, diganti oleh 1 buah rumah kucing
ReplyDeleteAduh kacau betul parasite tu. Nasib baik ada cara nak hapuskan, semoga segar balik ros2 jepun tu kak 😘
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteRos jepun memang cantik kalau kena menjaganya. tapi tulah ada pulak parasitnya...
Bunga ros jepun ni senang tumbuh. Lepas tu cantik pulak.. Harap dapat tengok bunga tu mekar cantik dua tiga minggu lagi. Nanti update tau kat blog. Hihi
ReplyDeleteOhhh musuh nya Sama utk pokok cili ye..
ReplyDeletePatutlah daun cili den kerinting..
Berbunga kemain rajin tapi tak lekat buahnya..
Bunga Ros jepun ni mmg cantik Dan senang nak hidup.. tapi den tak tanam pun 😁
Teringat emak kat kampung. Rajin tanam bunga ros Jepun. Cantik laman dengan macam-macam warna bunganya. Sekarang emak dah uzur, banyak berehat di dalam rumah.
ReplyDeletebaru saya tahu ada perosak dalam tanah juga. patutlah pun ada pokok tak hidup sebab ada prosak dalam tanah. Bunga ros jepun cantik kalau rimbun dan pelbagai warna. Harap harap pasni dah racun xde perosak dah.
ReplyDelete