Asam Garam Kehidupan: 'cikgu' ibu yang hilang sabar.

Nuffnang

Pages

1 Dec 2020

'cikgu' ibu yang hilang sabar.

Cabaran sungguh mengajar Umar Zikri nih. Barulah tau dia tak tau banyak benda lagi, uhuks3x..formula matematik, cara nak guna kamus..hadoiii..penin2x.
Kalau hari sekolah tu, kita tanya homework jawabnya dah siapkan kat sekolah, kita pun banyak kerja lain, tak kuasa nak check2 dah, tanpa rasa cuak menaruh sepenuh kepercayaan betul dia dah siap homework..bila jadi camni, barulah terfikir..ermmmm padanlah taun lepas ko turun kelas nak oiiii..!!Kerahan menggunakan kamus dewan English-Melayu. Dia nak senang minta phone cari google translate je. NOOO!! Big no this time..
Minggu lepas exam akhir tahun. Exam paper boleh bawak balik rumah, dengan arahan setiap paper siapkan dalam masa satu jam setengah saja. Tapi also a big sorry la cikgu2, bukan sejam setengah, bukan 2,3 jam tapi dah jadi sehari dua satu paper, huhu..mintak mahap la sangat2 cikgu, jenuh nak suruh siapkan dengan jerit pekik kalah tarzan naik minyak tau cikgu..

Dah siap kena submit semula ke sekolah. Tapi kan main seronok budak tu dapat hadiah fail dan pensil khat dari cikgu..
Ermmm..agak2nya cikgu tau tak umar zikri ngelat? Tapi rasanya bukan umar zikri sorang yang ngelat kot..dah bawak balik rumah kan, peluang ngelat tu cukup besar ye tak. 

20 comments:

  1. Aduh kena sabar banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takleh juga NA, hilang sabarnya.

      Delete
    2. Akak, saya sudah rujuk surah dan ayat, tidak sama ayat diberi dengan dalam al-Quran.

      Delete
    3. Ayat permulaan tu ustaz tukar dari rabbi inni kpd Allahumma inni sbb nak sesuaikan dgn permintaan.

      Delete
  2. hahahha biasalah tu kak oi, memang kita sanggup lagi kerja dari BDR... penat nak ngajar diaorang nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, ajar anak sendiri ni cepat betul hilang sabar, hadoila..

      Delete
  3. kakak2, abang, boleh pantau..sian ibu nak kena monitor..

    hehe..Alhamdulillah, selesai jwb exam paper, dapat hadiah lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong2 gitu lah sbb masing2 ada kerja sekolah juga, kecuali abang yg 18 thn tu, takdelah dipedulikannya..melainkan kakak 2 org tolong sikit2.

      Delete
  4. tiba2 teringat ada student saya haritu, dia macam teruja tengok saya selak buku teks depan dia, saya selak bahagian glossary dulu untuk cari word yang kami nak discuss tu ada dekat page mana.

    sumpah saya tak sangka budak2 zaman sekarang tak tau skill cari maklumat di buku adalah macam tu.

    berbeza betul zaman dulu..huhu..

    Oh ya betul kak, samalah.. anak orang saya sabar mengajar, anak sendiri kadang ribut taufan jadinya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, budak2 sekarang ni nak cepat dan nak senang je rasanya. Satu lagi dulu, masa akk first ada anak naik form 4, akk pelik la kenapa dorg boleh guna kalkulator buat add math, akk dulu terkial2 nak kira.

      Delete
  5. cabaran azimah kan bila kita nak kan yang terbaik buat anak-anak. rasanya memang anak-anak sekarang tak menggunakan kamus dah dalam mencari makna perkataan macam kita dulu-dulu wajib ada kamus di rumah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang guna phone je, cari google translate..mudah dan cepat. Nak buat ayat pun guna google translate pastu jadi manglish, haha..

      Delete
  6. Cabaran belajar dari rumah kot kak, ramai anak-anak ketinggalan. Besar dah Umar. Sabar jela ye 'cikgu'

    ReplyDelete
  7. budak budak sekarang semua nak google. hehe comel aje.

    ReplyDelete
  8. Memang sungguh mencabar, menggugat keimanan pun ada. Belajar dan mengajar anak sendiri di rumah memang menguji kesabaran sungguh. Apa pun memang kena bersabarlah juga hadapi karenah anak-anak.

    ReplyDelete
  9. Memang cabaran tahun ni.
    Paper exam dapat baru lah kami tau betapa anak2 ketinggalan jauh yang sekarang ni amat menyukarkan secara online.
    Jadinya buat exam sesama macam kelas tuition sekali.

    ReplyDelete
  10. Nak buat macam mana..kan kak azimah
    kertas soalan tu tetap kena buat kan..huhuu

    ReplyDelete
  11. Ha3.. macam2 peel menantu i sorang ni, nak2 tahun ni byk masa di rumah dek penangan covid 19.

    Alya jawab exam di library, depan cikgu kelas, pilihan yang diberi kpd pelajar.

    Umi lebih yakin gitu w/pun mungkin tahun ni akan ada yang akan pintas kedudukan dia, kejujuran itu perlu untuk menilai pencapaian.

    ReplyDelete
  12. Mencabar ya anak jawab exam kat rumah ni.. Nasib siap jugak dibuatnya.

    ReplyDelete
  13. Sangat mencabar nak jadi ibu merangkap cikgu ni. At least dapat juga tahu mana yang dia lemah.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign