Asam Garam Kehidupan: Cuti sekolah dah nak habis....

Nuffnang

Pages

16 Aug 2013

Cuti sekolah dah nak habis....

Aku dah mula rasa sayu semacam, mengira-ngira dari detik ke detik, alahai...

Dah dua minggu kakak dan abang ada di rumah, makan sesama, gaduh sesama, si kakak pun dah pandai tolong 'hias-hias' blog ibu,...alahai

Rasa sekejap sangat dua minggu, pejam celik, gitu gini..rasa cam baru semalam kakak sampai, tup tup malam ni dah nak naik bas balik asrama, jauh pulak tu. Si abang dekat je, boleh gak balik dua minggu sekali, taklah terasa sangat.

Hari ni nak masak spesel sikit, kakak suka kari, so.. ingat nak buat spageti kari spesel, nak buat kek coklat lembap resepi dari blog cinnamon tu, moga-moga jadi dan menjadi.

Minggu depan, isnin..dah start kerja semula, dah sebulan cuti ni, skill ngajar pun dah lari agaknya.

So guys, doakan akak ye...

2 comments:

  1. memang terasa bila anak2 nak balik asrama kan kak? x mengalami lagi tapi boleh memahami... (baru nak mulakan hidup)... tapi tak apa, demi masa depan mereka... wah... masak special...mesti best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya farah, memang tersa sangat, sayu semacam, tapi cam farah cakap, untuk masa depan diorang, sedih kena tolak tepi..

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign