Asam Garam Kehidupan: SERIUSLAH UNTUK ISLAM

Nuffnang

Pages

2 Aug 2013

SERIUSLAH UNTUK ISLAM

" Apakah Tuhan berbincang dengan ibubapaku sewaktu memutuskan aku akan lahir ke dunia?"
Detik hati Saidina Ali dalam perjalanan pulang menemui ibubapanya. Sebelumnya dia telah bertemu Rasulullah SAW dan ketika itu Baginda telah mengajaknya memeluk agama Islam. Kerana umurnya baru 10 tahun , Saidin Ali telah meminta izin Rasulullah SAW untuk pulang berbincang dulu dengan kedua ibubapanya. Tapi di pertengahan jalan dia berfikir dan terus berfikir. Seriusnya bukan main. Akhirnya dia tiba pada satu kesimpulan, beriman tanpa izin kedua ibubapanya. Alasannya mudah, " Allah menjadikannya tanpa berunding dengan ibubapanya, jadi apa perlunya berunding dengan kedua ibubapanya untuk beriman kepada Allah"

Usamah bin Zaid dilantik menjadi Jeneral perang sewaktu berumur lapan belas tahun. Sultan Muhammad Al- Fateh menggantikan ayahnya Sulan Murad sewaktu berumur 14 tahun. Dan ramai lagi para sahabat Rasulullah SAW telah dibariskan ke medan perang ketika berumur belasan tahun. Hingga sejarah memaparkan ada di antara mereka yang cuba menjungkit kakinya agar kelihatan tinggi, dewasa dan layak dipilih ke medan perang.

Inilah remaja-remaja salafussoleh, remaja  yang sewdari mudanya sudah memikul tugas-tugas besar dan serius. Walaupun masih muda tetapi fikiran mereka sudah matang, bertindak juga sudah matang. Islamlah yang mendewasakan mereka. Islam adalah agama yang serius- serius untuk diyakini, serius untuk dihayati, serius untuk diamalkan dan serius untuk diperjuangkan.

Anda bagaimana?

Adakah anda seorang yang serius? Serius memikirkan nasib anda di akhirat? Serius memikirkan nasib Islam dan ummatnya? Serius memikirkan kepimpinan dunia yang lintang-pukang ini?

Jika ya, anda ialah pewaris generasi salafussoleh yang bakal menempa sejarah. Jika tidak......bicara ini bukan untuk anda. Maaf.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign