Asam Garam Kehidupan: TAHAN SENYUM SAMPAI KETAR.

Nuffnang

Pages

1 Aug 2013

TAHAN SENYUM SAMPAI KETAR.

Pernah terbaca sebuah artikel, bukan senang nak jadi ratu cantik. Syaratnya bukan sahaja rupa cantik, pandai bergaya, cerdik dan berbagai-bagai syarat lagi, malah yang penting boleh senyum sentiasa. 

Kawan pun pernah bercerita, ada orang yang masuk ratu cantik kat dunia ni terpaksa 'exercise' untuk senyum 24 jam. Pandang dinding senyum, pandang cermin senyum, pandang pokok senyum, orang marah senyum, pendek kata kena senyum memanjang. Sebab masa pertandingan nanti kena sentiasa senyum, kalau tak senyum markah boleh kurang. Ya tak ya juga, buat apa rupa cantik tapi wajah masam mencuka.

Bila tiba hari yang dinanti, maka si bakal ratu punyalah nak senyum memanjang sampai terketar-ketar gerahamnya menahan agar sentiasa senyum. Ertinya sudah tak larat nak senyum tapi dipaksa juga dirinya untuk senyum depan pengadil dan ribuan penonton. Nak menang punya pasal, takpalah susah-susah sikit. Walhal akhirnya tak menang pun...

Terfikir olehku, kalau pasal nak piala kemenangan orang sanggup 'menderita' kenapa untuk dapatkan pahala tak sanggup menderita? Cubalah senyum pada suami, pada kawan-kawan, pada jiran... Suami marah kita senyum, sakit hati kat suami pun senyum. Hati suami yang panas pun boleh sejuk tengok senyum isteri, tentulah tak jadi nak marah. Pahala pun dapat, suami pun sayang, di akhirat boleh sandang mahkota ratu syurga, tak ke hebat tu...

Tapi kena berpada-pada juga dalam memberi senyum, kena pada tempat, kena pada orang, tak kan nak senyum pada lelaki ajnabi, pahala tak dapat, bala yang dapat..

* Masih mujahadah nak senyum kalau suami marah...*

                           

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign