Asam Garam Kehidupan: ALLAH bersama hati hamba yang hancur luluh (2)

Nuffnang

Pages

16 Nov 2013

ALLAH bersama hati hamba yang hancur luluh (2)

Suara yang membisik di hati wanita tersebut telah membuatkan dia membatalkan niat jahat dan bodoh itu. Hampir saja dia putus asa denga Tuhan dan ini bermakna neraka padahnya. Wanita itu menangis teresak-sak bila mengenangkan dirinya hampir terpedaya dengan tipuan syaitan. Alhamdulillah kerana suara yang membisik ke dalam hatinya tadi telah dapat menyelamatkannya. Tidak silap ia datang dari ilmu yang dipelajarinya. Benarlah apa yang dikatakan ilmu itu penyuluh hidup.

Dengan langkah longlai dia menapak pulang. Hatinya mendesak agar cuba mencari jalan penyelesaian dengan suaminya. Manalah tau, mungkin hati sang suami telah lembut dan berubah mahu memaafkannya..itulah harapannya. Kebetulan si suami juga baru pulang, cuma menjeling sepintas lalu dengan wajah tanpa reaksi. Dia menangkap tangan suaminya cuba menjernihkan suasana.." Abang saya minta maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, jangan hukum saya begini, saya tak bersalah, Allah saksi saya," Tapi sang suami seakan kering hatinya,melepaskan tangan isteri dan berlalu tanpa menjawab sepatahpun. Hatinya seakan pecah bak kaca..

Orang ramai makin ghairah memperkatakan peribadinya. Situasi itu telah membuatkan wanita tersebut mengasingkan diri dari masyarakat padahal sebelum ini dia bukan begitu orangnya. Dia orang masyarakat, orang berjuang. Wanita itu juga membisu seribu bahasa melainkan hatinya sering menangis dan merintih kepada Tuhan minta sentiasa berada dalam petunjuk. Minta diberi kekuatan untuk menempuh ujian maha berat untuk seorang wanita lemah sepertinya.

Salah seorang sahabat karib wanita itu telah datang bertemu dengannya menyatakan bahawa dia telah bermimpi melihat wanita itu dalam keadaan telanjang. Setelah ditanya kepada orang yang arif tentang maksud mimpi tersebut, mimpi itu katanya membawa maksud wanita itu dalam keadaan terfitnah ataupun maruahnya sedang jatuh disebabkan sesuatu perkara. Memang tepat tafsiran mimpi itu dengan keadaan yang menimpa dirinya saat itu. 

Kepada sang suami si sahabat wanita itu cuba menerangkan keadaan, kasihan benar dia melihatkan wanita itu teraniaya, tapi nampaknya sang suami masih berhati batu...

Wanita itu tidak peduli lagi. Baginya biarlah Allah yang menyelesaikan masalahnya kini. Perkhabaran mimpi itu telah membuatkan wanita itu tambah kuat bermunajat dengan Tuhan setiap malam. Merintih dan merayu supaya diampunkan dosa kerana setiap ujian yang Allah datangkan tidak lain kerana dua sebab, samada untuk pengampuanan dosa atau meninggikan darjatnya di sisi Tuhan. Tapi bagi dirinya dirasakan ujian itu tidak bukan melainkan untuk pengampunan dosa-dosanya yang telah lepas, dia orang masyarakat, mungkin secara tak sengaja banyak melukakan hati orang di sekelilingnya.

Rupanya ujian berat itu telah membuatkan wanita tersebut bertambah dekat dengan Tuhannya. Dia telah mula merasakan kemanisan merintih-rintih dengan Tuhan yang diiringi dengan air mata penyesalan di kala orang lain lena diulit mimpi. Sebelum ini dia belum pernah merasai keindahan bersama Tuhan. Jiwanya yang hancur luluh dirasakan kian terubat dan menjadi tenang apabila dia mengadukan masalahnya kepada Allah. Dia percaya kepada firman Allah: " Aku bersama-sama dengan hambaKu yang hatinya hancur luluh"

Terdetik di hati wanita tersebut, " Patutlah orang-orang soleh merasa susah hati apabila tidak diuji, mereka merasa Tuhan telah jauh. Ya! rupanya ujian itu adalah tanda kasih syang Tuhan. Supaya hambaNya sentiasa hampir dengan Tuhan dengan mengadu-ngadu dan merintih-rintih kepadaNya, aku faham kini, terimakasih Tuhan, Engkau bermaksud baik kepadaku, aku saja yang sering tidak sabar menerimanya..ampunkan aku wahai Tuhan..."

Di saat-saat begitu juga datang seorang ustazah menasihati dirinya kerana begitu simpati terhadap penderitaan dirinya, " Di saat-saat begini tanamkan rasa harap lebih daripada rasa takut kepada Allah di dalam hati. Supaya kamu tidak patah semangat dengan ujian yang berat dan supaya hati kamu sentiasa mengharap dan ingat pada rahmat Allah SWT yang maha luas. Allah terpelihara dari sikap hendak menganiaya hambaNya melainkan ada sesuatu sebab atau hikmah mengapa Dia jadikan demikian. Cuma mata hati kita tumpul untuk memahami siasah Tuhan kepada hamaba-hambaNya. Sebab itu jangan kamu putus harap dengan Tuhan. Di saat begini tiada siapa dapat menyelamatkan kamu melainkan Allah. Sebenarnya Allah amat suka melihat hambaNya berkeadan begini, sering menangis mengenangkan dosa walaupun benar kamu tidak melakukannya."

Hati wanita tersebut terasa bagai disirami embun pagi dan semangatnya pulih kembali untuk memulakan hidup baru. Baginya biarlah suaminya tidak menyayanginya dan tidak mempedulikannya asalkan Allah bersamanya. Hatinya terus merintih.." Tuhan, terimakasih di atas ujian hidup ini, kerana dari ketentuan ini aku telah dapat mengenaliMu dan siapa diriku,"

Setelah dua tahun berlalu suami wanita tersebut dan masyarakat sekeliling telah dapat pengesahan bahawa isterinya tidak bersalah. Sang pembawa fitnah itu sendiri mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Bila perkhabaran gembira ini disampaikan dengan penuh riang oleh suaminya, dengan rasa tenang wanita itu bersujud syukur sambil hatinya berkata, " Tuhan, berita pembelaan ini sudah tidak bererti bagiku, melainkan aku bersyukur kerana hasil dari ujian ini, Engkau talah mengajarku erti cinta yang hakiki."

Begitulah sepatutnya kita bila diuji, tidak ada gunanya kita meminta simpati manusia, kerana mereka sama lemahnya dengan kita, kembali kepada Allah..kerana Dia tidak menguji kita dengan apa yang tak mampu kita tanggung...

4 comments:

  1. Kesimpulan yg boleh kakak buat juga:-
    1. betapa lidah itu lebih tajam dari pedang
    2. mengapa Allah begitu membenci org membuat fitnah
    3. manusia sangat lemah tanpa bantuan Allah
    4. jgn mudah terpedaya dgn hasutan syaitan
    5. pengajaran buat kita utk mendekatkan diri pada Allah
    6. Allah sajalah sebaik-baik tempat utk mengadu

    Eh... banyaklah yg boleh kita jadikan iktibar kan. Terima kasih. Kakak suka cerita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga ramai lagi temam-teman lain atau sesiapa saja dapat mengambil iktibar dari kisah ni....ini kisah sebenar kak ye

      Delete
  2. Alhamdulillah boleh jadi panduan kepada saya supaya sentiasa tidak berputus asa berdoa pada Allah. Walaupun betapa lama saya kena tunggu jawapannya.
    Macam ada kaitan sedikit dengan saya tapi bukanlah pasal rumahtangga :)

    -wina1979-

    ReplyDelete
  3. Ya Na, Allah suka kita selalu merintih dan meminta-minta kepadaNya, sebab itu tak semua apa yang kita minta terus diberikannya, supaya kita makin dekat kepadaNya

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign