Asam Garam Kehidupan: APABILA MENINGGALKAN SEMBAHYANG.

Nuffnang

Pages

5 Nov 2013

APABILA MENINGGALKAN SEMBAHYANG.

Sembahyang adalah ibu segala ibadah. Cara ibadah yang paling lengkap untuk hambaNya merasakan rasa bertuhan dan agar hamba-hambaNya dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan, masa pembaharuan iman dan ikrar kepada Tuhan. Oleh yang demikian, apabila seseorang hamba itu tidak mengerjakan atau meninggalkan sembahyang maka mereka boleh dianggap sebagai berikut:

1.  Dia telah melakukan sombong yang paling besar, iaitu sombong kepada Tuhan yang menciptanya, menghidupkannya dan memberi nikmat kepadanya.

2.  Dia seolah-olah tidak mengaku bahawa Allah Taala itu adalah Tuhannya.

3. Orang yang meninggalkan sembahyang, orang yang sudah terputus hubungannya dengan Allah Taala iaitu talah putus asa dengan Tuhan dan terputus dari rahmatNya.

4.  Orang yang tidak bersedia berikrar atau membaharui ikrar agar hidup matinya untuk Allah Taala.

5.  Orang yang tidak bercita-cita, beriman dan membaiki jiwanya dan dirinya.

6. Orang yang tidak lagi mengharap kepada Tuhan.

7.  Orang yang tidak bersembahyang ertinya isytihar perang dengan Tuhan.

* ilham mursyidku *

2 comments:

  1. Terimakasih berpesan-pesan.

    ReplyDelete
  2. ya, sama-sama..terimakasih buat mursyidku yang banyak berjasa

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign