Asam Garam Kehidupan: IMAM HAMBAL-300 RAKAAT SEMBAHYANG

Nuffnang

Pages

2 Nov 2013

IMAM HAMBAL-300 RAKAAT SEMBAHYANG

kita sambung lagi kisah Imam Hambal yea..

Sememangnya Imam Hambal memiliki rasa cinta yang mendalam terhadap golongan fakir dan miskin. Walaupun masyarakat menyanjung dan mengagungkannya, namun Imam Hambal tetap merendah diri di hadapan fakir miskin. Seorang muridnya berkata, " Aku tidak pernah melihat fakir miskin merasa mulia kecuali di majlis Imam Hambal."

Imam Hambal amat teliti dalam memilih makanan. Beliau tidak gemar memakan makanan yang bermacam jenis. Beliau pernah melarang anaknya memasak di rumahnya kerana ingin mengelakkan dirinya daripada makan makanan yang syubahat. Beliau mengetahui anaknya itu pernah mengambil harta daripada pemerintah. Beliau ditanya orang, " Dengan apakah hati manusia boleh menjadi lembut?" Dijawabnya," Dengan makanan yang halal."

Seperti tokoh-tokoh islam lainnya, Imam Hambal juga sangat menjaga hubungannya dengan Allah. Anaknya menceritakan bahawa Imam Hambal mengerjakan 300 rakaat sembahyang sehari semalam dan khatam Al Quran seminggu sekali.

Pada hari-hari terakhir hidupnya, Imam hambal lebih menumpukan kepada memperbanyakkan ibadah, yang wajib dan sunat. Beliau terus mengekalkan keadaan itu sehingga beliau diserang demam panas yang berlarutan hingga beliau tidak berupaya lagi untuk berjalan.

Setahun kemudian iaitu pada tahun 241H, Imam Hambal kembali ke rahmatullah pada usia 77 tahun. Puluhan ribu rakyat jelata mengiringi jenazahnya sewaktu pengebumian di kota Baghdad. Beliau meninggalkan jasa dan pengorbanan yang terlalu bernilai pada generasi sezaman dengannya dan generasi-generasi sesudahnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign