Asam Garam Kehidupan: KEMATIAN BERAMAI-RAMAI

Nuffnang

Pages

25 Mar 2014

KEMATIAN BERAMAI-RAMAI

Dunia berdukacita dengan kematian beramai-ramai yang sering berlaku pada akhir-akhir ini. Peperangan di Syria, pergolakan di Mesir, terbaru kita berkabung dengan khabar duka MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi...dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Atas kejadian yang menyayat hati ini tentu tiada siapa yang mahu ianya terjadi. Tetapi mengapa Allah jadikan juga? Apa Allah tidak kasihan pada hamba-hambaNya hingga diarahkan laut untuk menelan mereka itu? Tidak bolehkah Allah memaafkan salah mereka atau pa maksud Allah sebenarnya dengan mentakdirka itu semua?

Maha Suci Allah dari bersifat tidak berbelas kasihan, tidak memaafkan dan suka menyeksa hambaNYa. Tidak! Allah Maha Penyayang, Maha memaafkan dan sangat lemah-lembut terhadap setiap hambaNya. Kejadian-kejadian dahhsyat itu adalah gambaran betapa baiknya Allah pada semua hambaNya. Kita hayati sabda Rasulullah ini:

" Tidak akan ditikam kaki anak Adam oleh satu duri kecil sekalipun, melainkan mempunyai salah satu dari dua maksud: iaitu pengampuana dosa, yang mana tidak akan terampun dosanya melainkan dengan cara demikian itu. Atau untuk mendidik dan mengangkat darjatnya di sisi Allah."

Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa, samada dosa dengan Allah atau dosa sesama manusia. Dosa lahir atau dosa batin. Setiap dosa itu pula dicatit oleh malaikat. Ia akan disimpan untuk diadili di akhirat nanti. Dosa-dosa yang tidak diampunkan di dunia, pasti akan dihukum di akhirat nanti. Maka bagi seseorang yang memohon keampunan, bertaubat dari dosanya, atau seseorang yang Allah mahu membersihkan dosanya, maka hukuman dosa itu dilakukan di dunia ini lagi. Hukuman itu sepadan dengan dosa yang dibuat..

Bersambung....

7 comments:

  1. Allah juga yg maha mengetahui Azie..

    Berita terbaru hukuman mati dijatuhkan ke atas lebih 500 org penyokong Muhammad Morsi. Sedihnya... kerana ini juga melibatkan ramai akan mati. Bersama kita berdoa moga penyokong Ikhwanul Muslimin ini terselamat dan ada kuasa miracle membantu para syuhada ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendoakan saudara kita sesama muslim, mudah-mudahan ada di antara kita yang Allah dengar rintihannya...

      Delete
  2. sedih terharu...

    terima kasih Allah kerana Engkau jua yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  3. Adakah ini suatu petanda..Ya-Allah..Sesungguhnya Engkau yg maha mengetahui apa yg ada dilangit dan bumi...Semoga kita sama2 ambil ikhtibar atas kejadian2 akhir2 ini...

    ReplyDelete
  4. teringat program agama yg berlangsung di al hijrah bertajuk dajjal . ustaz mengatakan dajjal akan keluar di Syiria . Subhanallah !

    cara meletakkan iklan 8share di blog ...
    http://harumankasehvee.blogspot.com/2014/03/assalamualaikum.html

    ReplyDelete
  5. kak Eye-nee dan QV..
    sori tak dpt jawab komen personally..tenet bermasalah.

    BTW..thnks QV, InsyaAllah cuba buat.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign