Asam Garam Kehidupan: Sambal temu pauh.

Nuffnang

Pages

28 Dec 2020

Sambal temu pauh.

Tahniah kepada yang meneka hari tu, kerana tekaan anda tiada yang benar melainkan salah belaka, even wak petani pun salah teka walaupun ternyata wak pernah buat entri pasal temu pauh ni.

Ye,namanya temu pauh, adik beradik temulawak lah agaknya, cuma temu pauh ni warnanya macam halia, yang temulawak tu kekuningan sedikit macam kunyit. Rasanya ada macam rasa buah pauh muda, tapi tak masam. Buah pauh ni buah mangga la, orang teganu biasa panggil pauh.
jiran sejalan yang bagi, banyak juga. Nak buat ulam tak terabis rasanya. Akak tu kata boleh buat sambal. So kitakan suka try and error ni, tapi boleh tahanlah sedap juga.
Kalau2 ada yang terbeli, terdapat, ada kawan kasi ke bolehla try buat sambal macam ni.
Temu pauh cuci bersih, potong, blend kasar.
Bawang besar, ikan bilis, cili api..kuantiti depend pada banyak mana temu pauh tu, blend kasar juga.
Tumis dan masak hingga agak kering dan garing, jangan lupa garam dan sedikit saja gula.
Siap.
Temu pauh ni kata akak jiran tu elok untuk dalaman orang perempuan. Memang herba2 ni bagus kalau kita amalkan untuk kesihatan. Murah pun murah, jimat, takde pengawet. 
Salam isnin, salam sayang, salam hujung tahun 2020๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

7 comments:

  1. Ohhhh!!! temu pauh rupanya... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Oh adik temulawak ya. Hehe rupa sama macam saya teka itu.
    Tengok sekali lalu gambar itu macam rendang.

    ReplyDelete
  3. Mati2 ingat temu lawak, ha3

    Rupa2nya kat Malaysia, banyak TEMU...

    ReplyDelete
  4. Akak ada tanam ni Azi.Selain buat ulam ,boleh juga buat jeruk...sedap ,terlebih pulak selera makan.

    ReplyDelete
  5. sedap ni mkn ngan nasi..kalau ke pasar chow kit, ada jual herba2 mcm ni..

    ReplyDelete
  6. Sambal temu pauh, pertama kali saya dengar ni. unik betul :)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign