Asam Garam Kehidupan: Tergoda dengan cik ati pula.

Nuffnang

Pages

7 Dec 2020

Tergoda dengan cik ati pula.

Tergoda betul tengok kat blog Amie pasal pokok ati-ati. Tapi sebelum tu lagi hati dah tergoda bila lalu lalang kat depan jiran tu, amboi tengok pokok ati2 dia kemain cantik la. Bila Amie citer pasal ati2 tambah naik semangat ni, so dengan muka tak malunya hari jumaat lepas mintak dengan jiran, haha..kami memang selalu tukar2 pokok bunga sebenarnya, jadi memang biasa je buat muka tak malu. Tengok ni dapat sejambak, letak air dalam bekas plastik, letak atas meja..kemain cantik kan.
Dah selamat disemai dalam pasu plastik. Tengok youtube katanya kena letak tempat teduh dulu dalam seminggu..senang citer bawak masuk dalam rumah dulu.
Ada 6 jenis semuanya.Pokok ati2 ni jenis pokok yang senang dijaga, nak tanam pun senang, guna keratan batang, cucuk je dalam tanah gembur. Juga perlukan cukup cahaya matahari, kena siram selalu, tapi tak tahan panas berlebihan. Cahaya yang mencukupi buatkan daun ati2 ni berwarna cantik. Rupanya boleh buat ubat juga, yang daunnya warna gelap, cuma tadi tak sempat dengar habis kat youtube tu sebab budak2 ngaji dah sampai.
Nanti minggu depan kita nak letak kat luar rumah pula.

30 comments:

  1. Sy pun dah lama dok jeling2 pokok ati-ati jiran rumajmh hujung ni haha... Kecik-kecik dulu suka tanam pokok ati-ati ni, senang dijaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat muka tak malu mcm akk, hah..pi nurseri mesti mahal juga kan.

      Delete
  2. Dulu akak ada juga tanam berbagai jenis ati2 ni tapi kurang penjagaan cepat lah mati.
    Ya petua orangtua dulu kata memang boleh buat ubat terutama utk semput...tapi akak tak ingat pulak buat camna .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenala rajin bila dah menanam2 ni kak, bila tak dibela tu merajuk la dia.

      Delete
  3. Wahhhh cantik la depan rumah Azi minggu depan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak susun camane dah kak, penuh dah laman tu, sampai kena marah dgn ensomi😂

      Delete
  4. Hehe selamat menjaga pokok ati-ati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya NA..minat baru pula, puding, ros jepun dah ada.

      Delete
  5. Ya Allah! Cantik-cantiknya koleksi ati-ati dia... Kalau dekat memang nak mengendeng minta pucuknya...kah! Encik Suami kata memang kena letak bawah tempat redup dulu biar pokok tu selesa dan berakar. Tiba-tiba saya gelak sendiri teringat suami tanam ati-ati dalam baldi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cantik amie, terutama yg daun corak merah gelap tu, suka sangat.
      Best dpt free je amie,hihi.
      Dalam baldi pun comel tu, senang nak angkat, ada tangkai dia😁

      Delete
  6. Pokok ati2 ni senang tanam
    pakai kerat pucuk aje.
    Cuma nak rajin siram dan prunning

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Oh, saya teringatkan seuatu apabila melihat pokok ati-ati ni. Dulu-dulu arwah bonda banyak menanam pokok ini. Tanam di di dalam tin, letak atas para di hadapan rumah. sebak rasanya...

    ReplyDelete
  8. suka tengok pokok ni..pelbagai warna..

    ReplyDelete
  9. Cantik ya warna dan rupa tanaman ati-ati .., ingin menaman juga rasanya untuk di rumahku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke pokok ati2 di sana Himawan? Pasti ada, cuma mgkin sebutannya berbeza

      Delete
  10. siap simpan dalam rumah lagi kak... mak dana tanam ati-ati takde lak letak tempat teduh kak... semua dia tanam pastu letak je tepi rumah macam biasa...
    mak dana peminat tegar ati-ati dan puding, dia ada pelbagai warna dan corak, selalu jugak offer kat dana, tapi dana tak minat pokok bunga takde bunga hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok camnilah senang nak jaga dana, sebab tu akk tanam, akk tak mcm dana boleh tanam ros hidup cantik, kalau yg berbunga tu akk tanam yg senang hidup cam bunga butang, ros jepun..

      Delete
  11. Suka tengok daun pokok ati ati. Ada pelbagai corak dan warna. ralit tengok satu satu. Berkenan juga corak lawa lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, coraknya bermacam2, daunnya pun banyak bentuk.

      Delete
  12. Ya ampun..hari tungok tengok ati-ati amie dalam baldi. Ni kak pulak tunjuk koleksi..tak boleh jadi ni. Pernah tanam dulu 2 3 spesies tp dah arwah..rasa nak start semula tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..bolehla tanam lagi yaya, meriahkan laman rumah.

      Delete
  13. Tak kena cubit dengan anak2 ke tu? Hihi.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya ati-ati, nanti semakin merimbun makin cantiklah cik ati ni. Hehe.

    ReplyDelete
  15. Pokok ati2 mmg cantik, tp tak tahan lama, kena rajin2 tanam lain dari masa ke semasa

    ReplyDelete
  16. seriusla kak azimah..cantik sgguh kak :)

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign